Thursday, December 13, 2012

300 000 AHLI PERKASA PENTING!!! Jadi umpan Brahim Ali tarik perhatian nak jadi calon BN


http://mk-cdn.mkini.net/244/b1bf536447b7ce067d854968191229b7.jpgKUALA LUMPUR - Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.



"Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa hujung minggu ini.


Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."


"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya lagi.


Perkasa ditubuhkan susulan pilihan raya umum empat tahun lalu. Ia akan mengadakan perhimpunan agung tahunan ketiga Sabtu ini.


Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.


"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.


"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih," kata beliau yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk menyokong BN.


Katanya, ia keputusan dicapai pada sesi pemukiman Perkasa pertengahan tahun ini.

11 comments:

Amuraria said...

BANYAKNYA KATAK ! ABU JANGAN LUPA !

Anonymous said...

katak puru.x boley pakai.

Amurparia said...

Ibrahim Ali bagi warning pada fuckatan tu...

Anonymous said...

ABU = Allah Bersama Umno

Anonymous said...

Perkasa adalah satu pertubuhan /// yg lemah dan pengecut..xdak telor... suka menyorok..bodoh sombong..mengampuq BN sbb nk dpt dana anjurkan majlis..poorah!!

Anonymous said...

Teruskan perjuangan dato ibrahim ali. Terima kasih krn memberi kesedaran terhadap keburukan wajah perjuangan pakatan. Alhamdulillah, saya dah sedar..

Langsi said...

Perhimpunan???...ingat lagi aku masa BERSIH2.0 dulu.

FrogHimAli kata nak berhimpun sume pahlawan PERKASAM kat Stadium Titiwangsa untuk lawan BERSIH...tup2 TokKepala FrogHimAli tak datang berselimut dalam kain bini, demam konon. Pastu ahli yg berhimpun tak berape kerat pun...kena PERKOSA dgn TokKepala Perkasa!

Jgn esok berhimpun... TokKepala FrogHim Ali kene tahanan rumah lagi dek orang rumah.

Selamat diPERKOSA dan diPEERKASAMkan dek TokKetua FrogHim Ali buat ahli-ahli PERKASAM @ PERKOSA!

Dunia said...

Bodoh nya, ahli perkasa sama ja ahli umno. Perkasa tak ada ahli yg bukan ahli umno

Dunia said...

Nak tipu pm pun agak2 lah ambil ahli umno jd ahli perkasa lepas tu dakwa ada 300 ribu ahli perkasa semata2 nk kerusi parlimen

insafdoh67 said...

Huh.huh.huh. . Banyoknya Tipu.. Taaaaakuuuuuut... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Dari jumlah 300,000 ahli perkasa tu, 299,000 adalah ahli UMNO, seorang lagi bekas ahli yang di tendang dari UMNO seumur hidup dan sedang gila talak tahap gaban.

Amik la balik Braheng ni wahai UMNO dan letakkan beliau bertanding di mana-mana saja. Sekurang-kurangnya PR dah jamin dapat satu kerusi di tempat yang ditandingi Braheng Kataki