Sunday, December 2, 2012

ALTANTUYA & SCORPENE!!! Tindakan menyepi Najib, sahkan kebenaran dakwaan Deepak?



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang diberi liputan meluas untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Ia hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.


“Sesungguhnya, rakyat menanti respons PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.


Tuan Ibrahim juga berkata perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang enggan menjawab tuduhan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau mencampuri urusan pihak polis.


PAU kali ini, katanya terpesong tujuannya sebagai medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama.


“Persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno,” kata Tuan Ibrahim.


Perwakilan Umno, kata beliau, langsung tidak memikirkan kepentingan negara kerana tidak berani menyoal isu Scorpene, kegagalan Najib menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas, isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak dan isu keselamatan negara.


“Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.


“Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan,” sindir Tuan Ibrahim.


Kelemahan Umno dalam memerangi rasuah, kata beliau jelas terpapar di PAU Wanita Umno di mana ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu National Feedlot Corporation masih disanjung kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.


“Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan,” terang beliau.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mempersoalkan mengapa ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU tatkala Najib mengisytiharkan bahawa boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum ke 13.


“Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan (serangan terhadap PR) itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku,” katanya.


Tuan Ibrahim turut menyarankan agar seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.


“Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka.


“Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh,” nasihat beliau.

20 comments:

rakab said...

Pertama kali Deepak mengaitkan nama Najib dan Rosmah saja aku dah boleh agak ini satu lagi sandiwara yang di dalangi oleh Anwar dan puak Pakatan.

Masa yang dipilih untuk melancarkan serangan ketika bermula PA Umno juga bukannya kebetulan.

Dalam perkara ini ternampak jelas pemimpin Pas dan blogger mereka seperti PASPB hanyalah keldai dungu penyebar fitnah ternakan Anwar Berahim semata-mata.

insafdoh67 said...

Betul.... Sebab pakatan perintah ke. puok ni geng sape. Ckp ikut sdap je. Nk komen biar pndai. . Jgn bodohkan diri sendiri. Pakatan mne ada Kuasa... Jgn main ckp je....

rakab said...

Mula-mula setakat jual karpet pada Rosmah kemudian mengaku pulak dah berkawan baik dengan Najib sekeluarga.

Eh..tiba-tiba si penjual karpet ni boleh terlibat isu scorpene pulak !!
Najib order karpet untuk lantai kapalselam ke ??
muahahaha...

Skrip macam dah disusun jer...

Anonymous said...

Tunggu najib saman fitnah depak kaldai dungu umno tak nak tau ke ending depakrosmah ni

rakab said...

ooooo....rupanya Deepak ada masalah penipuan pinjaman dengan Kuwait Finance Bank,..jadi dia mintak tolong Rosmah suruh Najib selesaikan supaya dia tak bankrup !

Rosmah tak mau terlibat,...patut ler Deepak berdendam ! Bila Nurul Izzah dan Anwar dapat tahu, mereka pun jadikan Deepak alat untuk menyerang Najib. Maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku...

Orang Pas jugak yang bodoh,..Anwar kata angguk, semuanya mengangguk, ..bila Anwar kata geleng cepat-cepat semuanya menggeleng. Jadi barua..!!

rakab said...

Anwar menafikan dia kenal Deepak !

hmmmmm,..dulupun dia kata tak kenal Eskay tapi akhirnya terbukti dia kawan baik dengan Eskay.

Begitu juga kononnya mula-mula tak kenal Saiful, tetapi sebaliknya apabila kebenaran terbongkar.

Orang Pas pun tak percaya pada Anwar sebab tu tak mau dia jadi PM,...kecuali puak Anwarinas dalam Pas macam PASPB !

insafdoh67 said...

Betu... Klau org pas x bodoh mcm umno. Klau pas bodo mcmne blh perintah jd MB. Org PAS ada tempat dia bodoh. X mcm Umno penuh dgn Rasuah. Skandal. Tipu. Bnyk lg r mls nk crite... Ada masa smbung. Jgn suka ckp Fitnah.. Insaf lah.....

Anonymous said...

kih kih kih apa diaaa? SANDIWARA puak pakatan? Anwar Ibrahim? Wehh...yg pakar jadik munafik dan pakar sandiwara (selain daripada pakar bom org) ialah pemimpin BN yg terpekik terlolong macam org kematian Polong belaan masa PAU 2012...

Simple jek benda ni...semua berkaitan dengan SCORPENE...semua berkaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA.....sooo...takyah hidup dalam penafian la...yg penting SATU MALAYSIA tahu Deepak tak buat cerita dan yg penting...SEMUA AHLI UMNO tahu yg Muhiddin Yassin DIBELAKANG DEEPAK...jeng jeng jengggg

Anonymous said...

Puak Umno maseh terpikat lagi suara Najib yang meneran ketika berucap bagai nak terberak.

Selepas PRU 13 mungkin mereka pun lari terberak berak berserta Najib.

Anonymous said...

Macamana Rakab kenal Deepak ?

Anonymous said...

Sebab dulu dia suka hutang carpet dengan Deepak.

Dia marah Deepak selepas bergaduh tak bayar hutang carpet RM 50.

Dia sokong Umno sebab selalu dapat upah RM 20

Leceh punya olang.

Anonymous said...

Cakap banyak xguna..
Panggil rosmah jawab deepak..
Suruh la najib saman..

Anonymous said...

Cakap banyak xguna..
Panggil rosmah jawab deepak..
Suruh la najib saman..
kau pencacai mane tau asal usul rosmah dgn najib..

Anonymous said...

Cakap banyak xguna..
Panggil rosmah jawab deepak..
Suruh la najib saman..
Kau pencacai xtau ape..

Anonymous said...

Cakap banyak xguna..
Panggil rosmah jawab deepak..
Suruh la najib saman..
Org pas mmg xpercaya kt umno..
Sbb umno is dead.

rakab said...

kehkehkeh..

Aku pulak dituduhnya berhutang karpet dengan Deepak !

kelakar laa anon Pas 0244, 0247 tuu..

Kalau semua orang Pas macam kau, alangkah senangnya kerja aku !

najeb said...

woih, cybertrooper umno tgh bekerja ni. toksah dok layan la depa ni sebab kalau tak bodoh bukan umno la. kita bantai gelak je, kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

insafdoh67 said...

Jgn jd tukang basuh berak org. X elok tu kwn. Taik bau kat tngan tu Rakab.. Org lain bau bunga kta bau taik... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Rakab tu tukang basuh berak orang ke ?

Padanlah bangang.

Anonymous said...

Semalm Deepak cari Rakab minta hutang carpet.