Sunday, December 30, 2012

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor?

Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato’ Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. 



Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged.
 

Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

 Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.

 Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an. 


Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.


Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor. 

 
Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya. 


Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.Kedahkini

14 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

BUMI DIPIJAK MILIK NIK AZIZ, NGEH DAN NGA ! 200 EKAR NAK SIASAT, 4000 EKAR NAK SEDEKAH...

ITULAH PAKATAN DI HUJUNG HAYAT...

Anonymous said...

Itulah keje pemimpin umno dan barisan nasional. Seperti kata Mahathir 'busuk sampai ke usus'

Anonymous said...

luncai lebih busuk daripada jamban

Anonymous said...

Luncai busuk dan berulat....

Anonymous said...

saudaraku luncai,....bukan 4000 ekar, tapi 4000 hektar !

....sama dengan 10,500 ekar !

tanah balak kelantan diserah pada nga dan ngeh, kafir harbi dap !!

celaka punya puok setan lidah bercabang!

Anonymous said...

BN pajakkan tanah selama 99 tahun saja tapi nizar/pas pajakkan 999 tahun pada cina dap perak,..pajak sampai kiamat !

celaka punya pemimpin pas.

Anonymous said...

beruk umno nak spin apa? tanah kat kelantan tu hanya pajakan. tapi tanah yang dibaham pemimpin umno ni pakai tak dapat dah.

bukan sahaja celaka, memang haram jadah punya umno ikut kata najib.
memang syaitan ikut kata mahathir

Anonymous said...

3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957 tinggal hanya 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. semuanya kerana puak celaka umno haramjadah

Anonymous said...

tanah tanjung pagar langsai. pulau batu putih, putih mata dah. bravo

Anonymous said...

jahanam puak songkok tinggi ni

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

LUPA LAK NAK TANYA, TANAH YANG NIK AZIZ SUAMI ISTERI BALUN DI PROGRAM LADANG RAKYAT TU..DAH JUAL KAT NGEH DENGAN NGA JUGA KER..?

Anonymous said...

luncai dapat komisen jual tanah rezab melayu. celaka punya luncai

Anonymous said...

blog luncai.. Mcm gampang..

Anonymous said...

kalau bleh luncai keparat ni nk bantai habis tanah rizab