Monday, December 24, 2012

FITNAH UMNO!!! Sampai hari ini, Adun BN Perak tidak berani ulangi tuduhan rasuah pemimpin DAP Perak di luar dewan




IPOH, 24 DIS: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menafikan fitnah blog pro-UMNO yang menuduh mereka berdua mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan kerana memberi jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Ngeh menjelaskan bahawa dakwaan blog pro-BN, Pisau.net yang menuduh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meluluskan tanah itu kepadanya sebagai habuan untuk DAP, sebagai parti majoriti di Perak selepas PRU 2008, kerana melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, adalah satu penipuan dan fitnah berniat jahat.

Beliau telah membuat laporan polis pada 19 Disember lalu menuntut pihak polis bertindak terhadap mereka yang memfitnah dan memburukkan beliau (Ngeh), Nik Aziz dan Nga.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menfitnah saya dan Nga.


“Saya nyatakan perkara ini dengan rendah hati kerana saya juga mempunyai kelemahan lain. Tetapi masyarakat umum tidak harus meragui keikhlasan saya dalam usaha membanteras rasuah. Kita tidak harus membenarkan BN menggunakan kepalsuan untuk mengalihkan perhatian awam daripada amalan rasuah mereka,” jelas beliau.

Apa yang sebenarnya berlaku

Ngeh berkata, pada 13 September 2000, kerajaan negeri Kelantan meluluskan satu lot tanah  kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang kemudian diserah kepada satu syarikat untuk diusahakan tetapi gagal.

Berikutan kegagalan syarikat itu membangunkan tanah berkenaan, ia kemudian diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004 dan diserahkan pula kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 di mana satu perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, Upayapadu Plantation juga gagal membangunkan tanah yang diberi itu dan akhirnya pemegang saham Upayapadu Plantation membuat keputusan untuk menjual syarikat terbabit.

Ngeh menjelaskan bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau dan Nga TIDAK diberi tanah oleh kerajaan negeri Kelantan kerana mereka berdua bersama pelabur lain membeli syarikat Upayapadu Plantation pada April 2012 secara komersil di pasaran terbuka tanpa sebarang rahsia.

Menurut beliau lagi, pembelian Upayapadu Plantation hanya dilakukan selepas pemegang saham asal syarikat itu membuat keputusan menjual Upayapadu Plantation kerana mereka gagal membangunkan tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan.

Beliau yakin fitnah itu sengaja dicipta kerana UMNO-BN sudah terdesak dan takut akibat usaha beliau bersama Nga yang telah membongkar skandal tanah BN di Perak.

“Saya dan Nga telah mendedahkan dalam sidang DUN yang lalu mengenai tindakan kerajaan BN Perak meluluskan tanah yang bernilai ratusan juta ringgit kepada kroni mereka,” ujarnya.

Tuduhan rasuah adalah fitnah pecacai UMNO-BN

Menurutnya, tuduhan rasuah itu adalah pembohongan besar para pecacai UMNO-BN kerana:

(i)       Ngeh telah memaklumkan kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit siang beberapa bulan lalu bahawa beliau terlibat dalam sebuah projek di Gua Musang.

(ii)     Ngeh telah memaklumkan dan menerangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Perak sekitar dua bulan lalu mengenai perkara ini apabila blog “Media Perak” mula mengeluarkan laporan jahat terhadap beliau dan Nga melibatkan isu yang dibangkitkan.

(iii)      Ngeh juga telah menghantar surat bertarikh 6 September 2012 memaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenai pengambilalihan syarikat tersebut dan telah bertanyakan samada sebarang cukai perlu dibayar melibatkan pengambilalihan ini.

(iv)   Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Hamzah Bin   Zainuddin (dari UMNO) juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini sebagai Pengerusi  Pembangunan Ladang Hutan  (Reforestation Programme) yang mana telah memberi pinjaman untuk membangunkan tanah tersebut. Mereka berdua telah  bertemu di Parlimen secara peribadi dan beliau (Hamzah) menjelaskan bahawa kerajaan akan meneruskan pembiayaan pinjaman walaupun projek itu kini telah diambil alih oleh Ngeh dari pihak oposisi (Pakatan Rakyat). Projek pembangunan ini adalah untuk menanam klon pokok getah balak yang penting untuk memastikan bekalan berterusan bagi industri pembuatan perabot.

“Saya telahpun menjelaskan perkara yang dibangkitkan ini melalui media dan Tuan Guru Nik Aziz melalui setiausaha medianya dan dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Tuan Guru juga telah menyangkal dakwaan jahat ini,” jelas Ngeh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bruas berkata tidak ada mana-mana wakil rakyat BN berani mengulangi isu ini di luar DUN kerana mengetahui bahawa dakwaan itu bohong belaka.

“Jelas, tuduhan yang mengatakan bahawa tanah tersebut diberikan sebagai perjanjian pertukaran untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekadar pembohongan besar secara  terang-terangan,” katanya, yakin bahawa rakyat tidak mudah dipedaya oleh UMNO-BN yang semakin tidak relevan dalam arena politik.

6 comments:

rakab said...

Pokoknya, kenapa Nik Aziz pajakkan tanah seluas 10,500 ekar kepada syarikat Ngeh Koo Ham ?

woooooii, banyak tuuu...nak tolong rakyat Kelantan ke atau nak bagi kaya pemimpin DAP ??

Tanggapan orang ramai..."ada ubi ada batas, ada budi ada balas.." tak gitu ??

Anonymous said...

Kesiaaannn insafdoh,....hasil bumi mengalir ke tangan yang lain.

Anonymous said...

rukun iman umno yg pertama ialah percaya kpd fitnah...jadi fitnah tu wajib bagi mereka..

insafdoh67 said...

Mu rakab baham bodo... Pajak dgn Beri lain. Tolol puok mu.. Mu tau dok psl Bisnes... Dia pajak je.. Yik bukan jual tanah.. Bengong puok mu.. Bukan macam puok umno baham tanah jual ke cina. Bukan pajak.. Jual terus ke cukong cina... Cis.. Kata ke pas.. Padahal puok mu bukan je tanah.rompak abis harta rakyat.. Cis... Lembu pun baham... Wat malu melayu je... Haprak... Piraaah... Pui.pui.pui... Kih.kih.kih. Insaflah.. Cai.. Jangan cari Dosa Kering sokong orang buat Jahat mcm Umno..

Deepak said...

Kenapa ?..dah habis ke melayu/Islam kat Kelantan atau di Malaysia ni yang boleh diberi keutamaan memajak tanah di Kelantan tu ?

kau tak sedar ke berapa ramai orang melayu miskin tegar yang merempat dibumi sendiri?,....oooooo ini ladang rakyat cara Pas !

Tokehnya cina Dap, melayu cuma jadi hamba kuli batak. Inikah kaedahnya Pas nak kembangkan ekonomi umat Islam ??...dengan menjadikan cina anti Islam kaya raya sementera melayu/Islam Kelantan terus merempat ditanahair sendiri.

Anonymous said...

deepak..ko ni keling kan..so tak payahla ko nak sibuk cerita pasal tanah org melayu..lebih baik ko sibuk pasal tanah keling..ko ni mcm samy vellu dah tak bagi cium kentut dia je..