Monday, December 10, 2012

KANTOI LAGI!!! Gambar Jelajah Janji Ditepati Najib diedit untuk gambarkan ramai rakyat bersama Najib

Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.



Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Keganjilan yg di bulat-bulat.. kahkahkah
Patut lah Najib rilek je muka dan perbanyakan pogram mari tabur janji.. kahkahkah rupanya media mereka pun menipu Najib sendiri, konon2 sokongan tak berbelah bagi.. kahkahkah




Jelas kelihatan apabila diteliti, pada gambar yang dibulatkan di sebelah belakang sekali bahagian kiri dan kanan menunjukkan imej lelaki seakan dipinda dan kelihatan lebih besar daripada manusia yang berada di sekelilingnya.



Selain itu, bayang kelam di hampir satu pertiga bahagian gambar ini terutamanya di bahagian tengah menunjukkan tindakan 'tidak cermat' tukang edit gambar ini yang terpapar jelas di muka hadapan akhbar yang kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina, India dan komuniti perniagaan warganegara asing yang kebiasaannya mendapatkan akhbar berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

19 comments:

insafdoh67 said...

Ramai giler org kt najib... Pandai cai tipu.. Malaysia Boleh..Boleh..Boleh.. Kih.kih.kih...

rakab said...

Itu memang gambar sebenar. Yang blogger Pakatan tandakan bulatan itu sengaja dibuat sebagai bahan fitnah.

Gambar siaran langsung di TV menunjukkan kehadiran rakyat yang sememangnya penuh sesak.

Gambar edit bendera Pas di Gaza dah kantoi jadi blogger Pas buat N3 ini demi menutup malu.

Anonymous said...

rakab....rakab...tak sedor ko..ditipu oleh geng sendiri......apa nak buat terima jer ler....hihihihihi

Anonymous said...

Keje menipu fitnah sabbotaj adu domba baling batu sembunyi tangan edit mgedit gambar dll mmg keje umporno sdn bhd,diaorg mmg pakar dlm keje2 mcm ni .tak heran gambar kat atas mmg keje diaorg...keje menipu jer.

Anonymous said...

Kasihan org pas ditindas daripada mendpt maklumat yg benar. Itu mmg gambar sebenar. Berita dkt rtm, tv3 dan astro awani pun menunjukkan kehadiran org yg sgt ramai! Tapi apa nak buat, pemikiran org pas tidak berkembang krn hanya baca harakah..

Anonymous said...

Kah! Kah! Paspb kantoi menipu lagi. Cuba ko tgk gambar dkt utusan dan berita harian. Mmg ramai orglah. Kalo ko still tak percaya jugak, tgklah berita dkt tv3 atau rtm. Kalau still was was jugak, astro awani ada! Kah! Kah! Org pas diperbodohkan lagi..

Anonymous said...

Ye ramai, ramai rakyat yang mampu beli rumah dengan harga RM 300,000.00. Bising kata Pakatan tak buat rumah... rumah yang nak Najib nak tawar pun tercirit nak beli....

Hidup Melayu... hidup-hidup kena tipu... kering je Najib tipu.

Anonymous said...

Umno ni diri sendiri pun ditipunya apatah orang lain.

Anonymous said...

Umno ni megah dengan penipuan !.

Anonymous said...

Yang buta perut mana tau tipu tidaknya, janji RM 20 macuk !..

Anonymous said...

Penyokong umno ni nilainya RM 20 sahaja, lebih murah dari harga pelacur.

keris telanjang said...

kah kah kah...ada org suruh baca utusan..akhbar penyebar fitnah no 1 malaysia...utusan dh tak laku jualan merudum jatuh sampai kna mintak bantuan dr perk(o)asa ....akhbar mcm ni hndak baca jadi bodoh bangatlh kita kena tipu hidup2

insafdoh67 said...

Jgn kutuk wahyu melayu wei.. Utusex.. Tv 1/3 suku.. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

syok sendiri lah kau najib,teman2 umno haprak kau dah siap pisau terhunus nak tikam kau dari depan dan belakang...nasib kau lah jib!!!!

Anonymous said...

rakab ni spisis apa tak tau.takleh nak pikir hak mana selalu menipu.ni nak ajar kalau selalu kena saman.n kena bayar ke orang tu tak ke penipu.tak rrti lg.

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

SUSAH SUSAH JER DEPA NI. NUAR DI JOHOR DEPA TIPU GAMBAQ, NAJIB PULAK SUSAH SUSAH DEPA ALTER GAMBAQ...

ORANG UMNO TENGOK TV. HANG BOLEH KENA TIPU ORANG HANGPA PASAI TV DIHARAMKAN TENGOK...

Anonymous said...

Puak2 ni TV tak tengok, utusan tak baca haram tapi pemimpin depa dok baca utusan tengok TV kena tipu buta2 aja lepas tu buat bermacam2 fitnah sedarlah sikit jangan sampai tergelincir dari AKHLAK Islam. Aminnnnnn.

Anonymous said...

Kerajaan Bn mempunyai bermacam-macam muslihat untuk menang pru..kalau tak caya tunggu la...

insafdoh67 said...

Sebut Nama B.N..tau doh..Banyok Nipu.. Nk tengok gane tv 1/3 suku.utusex.. Nawok bnyok... Jgn di Tololkan...lg. Fikirkanlah... Insaflah..... Wei....