Monday, December 24, 2012

LUAS Vs SYABAS!!! Betulkah musim hujan tapi empangan di Selangor tiada air?

Melalui pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100%

Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%
 
Bagi Empangan Sungai Selangor pula, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter. 
 
Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.

Selain itu, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 20 Disember 2012 adalah sebanyak 4611 juta liter sehari (JLH). 
 
Jumlah aliran air sungai mampu untuk membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya. 
 
Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

Manakala pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012. 
 
Pengurangan pelepasan air ini adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012. 
 
Corak dan purata paras air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012 ditunjukkan di Graf 1.

Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangkakan akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac. 
 
Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013.

Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 JLH setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi. 
 
Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501JLH. 
 
Sekiranya usaha dilakukan untuk menakung atau menyimpan sebanyak 40% daripada jumlah air larian permukaan tersebut, sumber air mentah di Negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030.

Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai selain daripada empangan sedia ada. 
 
LUAS telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari Jaya di Lembangan Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana ianya akan berfungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood flow
 
Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendah/low flow.


LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang jugaberpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. 
 
Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut ialah 325 juta meter padu. 
 
Selain itu,beberapa lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan dikenal pasti oleh LUAS, seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di Lembangan Langat. Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan. 
 
Kriteria yang perlu dilihat untuk kolam-kolam ini digunakan sebagai sumber air tambahan adalah keluasannya yang perlu melebihi 10 hektar, kualiti airnya yang perlu mencapai piawaian air minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan muka sauk/LPA, serta ianya adalah tanah milik kerajaan dan anak syarikat kerajaan. 

GAMBAR 2 :
PARAS AIR DI EMPANGAN SUNGAI TINGGI
PADA 23 OKTOBER 2012



Di dalam masa yang sama juga, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor. 
 
Justeru, kenyataan oleh Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di Bernama berkenaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Negeri Selangor adalah tidak tepat memandangkan usaha-usaha sedang giat dijalankan. 
 
Sekiranya segala inisiatif ini dapat mendapat kerjasama daripada semua pihak, bekalan air mentah di Negeri Selangor adalah mencukupi untuk menampung peningkatan permintaanair.


Haji Md. Khairi Bin Selamat,
Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor.

8 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya pemimpin umno yang sudah tak berair kerana mati pucuk pimpinan.

Deepak said...

anon 0939,...kalau nak kira mati pucuk, nik aziz lah orangnya....kaki sebelah dah masuk liang lahad pun masih mengidam nak jadi calon.

pooraaah !!

rakab said...

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pembalakan di Gunung Inas serta Pedu di Kedah dihentikan serta-merta.

Arahan itu telah dikeluarkan kepada Jabatan Perhutanan Kedah untuk dikuatkuasakan .

Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang ! Memang kerajaan Pas menjalankan aktiviti membalak dengan sewenang-wenangnya.

“Semua aktiviti penebangan hutan di kawasan Gunung Inas dan Pedu telah diarah dihentikan serta-merta sehingga laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di siapkan.

“Berdasarkan siasatan awal memang terdapat kawasan tadahan air dibalak dan digondolkan.

Asal boleh jadi duit, Pas sondol semacam !

Anonymous said...

asal tabur fitnah aje tentu umno bn,kenapa ye.mungkin dah nk mampus xingt mati kot.rakab juga yg bangang

Anonymous said...

Fitnah tu dah jadi darah daging nak buat mcmana..dah mcm makan nasi (hari2 mahu).selagi masih hidup mereka tak akan sedar..dah masuk kubur nanti baru mereka tahu..lain la mcm deepak..belum masuk kubur dah kena bakar..kesiannn

insafdoh67 said...

Natang depak... Pok mu nak masuk lubang kubur... Celaka mulut mu depak... Jangan kata orgtua gitu.. Tak kira mu sape.. Mok pok mu dok ajar ke mu suruh hormat orgtua... Kalau dok ajar memang celaka mu semua.... Insaflah.......

Deepak said...

kihkihkih...bodohnya insafbodo

sejak bila pulak puak mu ada hormat pada orang tua ? kalau pada mahadey puak mu lah yang paling celupar.

Bila kena batang hidung sendri pandai pulok nak maroh !
bodo mace nate mi nih

insafdoh67 said...

Bengong mu depak... Nk kutuk psl politik xhal.. Ni mu ckp psl lobang kubur bodoh tolol mu.. Ke mu mabok todi... Oooooh... Dok ingat mu kerja dgn Group san miguel... Molek doh wei... Kih.kih.kih...