Tuesday, December 11, 2012

NAJIB TAK JADI MASUK PUTRAJAYA!!! Dari 500 kini 2500 berhimpun tuntut hak dinafikan


Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.


Tidak ketinggalan, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.


Hadir sama, ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha; ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, ahli parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.
Difahamkan, rundingan baru selesai dijalankan antara 10 pemimpin yang dibenarkan masuk ke dalam bangunan JPN dan baru saja berakhir kira-kira lima minit tadi. 

“Kami juga akan berkhemah depan JPN dan tidak berganjak selagi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan aku janji bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Surendran kepada Keadilan Daily.
Bercakap dalam kenyataan sebelum ini, Surendran dan dua lagi Naib Presiden – Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar berkata, masalah tersebut melibatkan semua rakyat dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat berketurunan India.
Menurut mereka, sebahagian besar rakyat tanpa warganegara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan menjalani keseluruhan kehidupan di negara ini.
“Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan,” tambah kenyataan itu.


Kata mereka, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada golongan tersebut dan secara terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.
Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi.
Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu.
“Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini.
“Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan.
“Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini,” katanya.
Paling mencuri tumpuan adalah kad besar dengan nama Najib a/l Razak jelas diangkat tinggi bagi menunjukkan kesabaran mereka sudah sampai ke tahap maksimum.
Ada di antara mereka bukan setakat bangsa India tetapi turut disertai kaum Melayu yang dinafikan hak yang sama.

Mereka dikatakan lahir di Indonesia tetapi maklumat sebenar mendapati mereka merupakan tiga beradik yang lahir di Port Dickson, Negeri Sembilan!
Najib dikhabarkan tidak masuk ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu setelah dimaklumkan dan atas nasihat kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi.

10 comments:

Anonymous said...

Wah!!! Out of the 8,000 without citizenship, 2,000 are now in Putrajaya. If Najib can give them their blue IC immediately, he will solve 25% of a national problem in one day! That is a fantastic KPI for a Prime Minister.

But then, he choses not to go to his office. What a coward!

Anonymous said...

Najib teman rosmah p shopping kat LV boutique kot..takut bini katakan...

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

KALAU BAGI NANTI KATA NAK SURUH UNDI BN. USAH BAGI DULU.

LAGIPUN APALAH SANGAT. 2500 DARIPADA 300 000....

Anonymous said...

KO SEDAP CAKAP LUNCAI SEBAB DAH DAPAT IC. BERAPA RAMAI LAGI ANAK MELAYU YG DINAFIKAN HAK DAPAT IC. TAK CAYA PI RUMAH ANAK YATIM

Anonymous said...

kenalaa undi BN....dh bg IC biru...itu perkara 1st yg mesti dibuat....UNDI BN JD PEMBANGKANG MALAYSIA.....HEHEHE HIDUP ABU !!!

Anonymous said...

misti ade sbb kenapa x dapat warganegara. kalau semua ikut peraturan & prosedur yang ditetapkan, misti x de masalah nak dapatkan warganegara. 26 juta lebih rakyat malaysia yang dapat warganegara, tp kenapa 300,000 (yang dikatakan) tecicir? rumah anak yatim tu ade ibu/bapa yang tidak diketahui. bapak org malaysia, mak orang luar, x nikah, harusla x dapat warganegara. pikir dlu sblm komen. peace!

Anonymous said...

tapi bila mat indon, bangla , filipina mudah sangat dapat ic spy boleh undi bn. kes sabah sebagai fakta

rakab said...

Jumlah 300,000 itu adalah pembohongan puak Pakatan demi untuk menarik perhatian saja.

DS Najib sendiri ketika di perhimpunan MIC dah menyebut sebahagian permohonan sudah diluluskan, sebahagian sedang diproses dan selebihnya akan turut dipertimbangkan mengikut giliran.

Yang penting disini ialah tindakan sedang di ambil dan proses tengah rancak berjalan.

Puak Pakatan tak perlu menyibuk laa...

Anonymous said...

Kalau bukan kerana PR kuat kat parlimen dan menyebabkan BN x dpt 2/3 majoriti...jangan haraplah BN nak layan dgn BRIM...pencacai UMNO kena bukak mata sikit....

rakab said...

Pemberian BR1M ialah kerana kos hidup yang semakin tinggi bukannya sebab PR kuat di parlimen!

Dah bukak mata pun masih tak nampak lagi.