Tuesday, December 11, 2012

TAK SANGGUP LAGI DIKECAM!!! Utusan tarik balik tulisan bodoh Zam Maidin kutuk BJ Habibie


Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia. 


Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).

Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.


Habibie pengkhianat



Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin (kiri), menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, pada hari Isnin.

Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".

Tulisan itu menimbulkan kecaman dari pelbagai tokoh di Indonesia. Zainuddin dikatakan bukan sahaja telah menghina Habibie, tetapi juga menghina bangsa Indonesia. Tulisan tersebut tidak sewajarnya ditulis oleh seorang bekas menteri Malaysia.

Anwar Ibrahim turut secara khusus mengeluarkan kenyataan di salam blognya dengan menyebut Zainuddin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahawa reputasi Zainuddin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Habibie tidak mengendahkan tulisan tersebut dan sekadar tertawa. "Kalau ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis dalam Twitter Habibie Center.

7 comments:

Anonymous said...

"Kalau ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan dia," Lihat betapa tinggi hati budi manusia yang bermaruah.Tidak seperti manusia yg bernama zainudin maidin (mamak asli) yang mengatakan bahawa Malaysia ada 'erection' lima tahun sekali se waktu ditanya Aljazeera selepas Bersih 1.0 . Wahai pecacai umno lihat betapa tingginya ilmu menteri umno,election pun tak tau bezakan daripada 'erection'. Erection tu apa, Oooo pak mustar tau erection tu ' pianoooo!!!!

Anonymous said...

Kah3...ni menteri umno ek? Bahalol!

Anonymous said...

Mamak sekor ni yg rasa dia lagi melayu dri melayu yg lain

Anonymous said...

bekas menteri dari umno yg bangaaaaang

Anonymous said...

wah wah awwwnooo.... cuba jawab lak bila Pulau Batu Putih terlepas... siapa pula penghinat Bangsa dan Negara....siapa? siapa? ....tanah KTM di spore terlepas...siapa? yg akan dipanggil pengkhianat...??? betol la melayu awwwnoooo mudah lupa.... tapi tuhan x lupa
akan pegkhianat pada agamanya....(ab-mt)

insafdoh67 said...

Hih.hih.hih.. Bnyoknya doh pecah.. Bau tak tahan doh wei.. Cai.. Tak bau ke Taaaa..iik.ik.ik... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Dulu pru 2008 mamak tongkang ni dgn bgitu angkuh & sombong nk kalahkan calon pkr di sg petani bukan saja kalah tapi hilang wang pertaruhan...last2 sapa yg hilang mamak tongkang ni yg hilang....seorang btaraf menteri pusat kalah dgn majoriti yg besar yg cukup memalukan.