Wednesday, January 23, 2013

CERITA DEBAT DI PERAK!!! Yang Halal setia menanti, yang Haram tak mari-mari



Ini kisah Halal dan Haram di sebuah program debat negeri Darul Ridzuan...

Semalam berlangsung Debat Darul Ridzuan di antara Halal  dan juga Haram, ramai menjangka Haram tak akan  berani terima cabaran ini dan ianya tepat sekali, kerana sebelum ini Haram membuat macam-macam alasan tak mahu terima cabaran dengan sebab-sebab yang tak masuk akal manusia.

Perangai hipokrit Haram ini memang diketahui umum kerana hanya berani berucap dikalangan mereka saja ,bila diajak berdebat mengenai beberapa isu yang Haram fitnahkan kepada Halal, Haram pasti cuba lari sebab sifat pengecut piang hanya pandai menuduh tanpa fakta dan sumber.

Haram Gagal

Program debat yang diadakan di sebuah hotel di ibu negeri Darul Ridzuan ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Haram yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya pihak Halal sahaja yang berucap. 

Ketidakhadiran Haram juga telah membuatkan hilang minat orang ramai terhadap Haram dan krebiliti Haram jatuh seperti burung gagah ditembak mergastua.


Halal Berjaya 

Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan. 

Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Haram melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya.

Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.
 
Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan.

Pihak Halal dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak Haram  dari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini sebab tahu akan kantoi jika datang berdebat.


Rumusan Halal dan Haram

Inilah peluang yang diberikan oleh Halal kepada Haram  untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Darul Ridzuan sendiri. 

Malang kepada Haram yang masih berdolak-dalih dalam setiap isu yang mereka sendiri cetuskan tapi tiada berasa untuk dikupaskan atau didebat dihadapan rakyat.

Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran antara Halal dan Haram di Darul Ridzuan.
Haram pendusta sebab itu tak hadir.....

2 comments:

Anonymous said...

kesian ... x abis-abis syok sendiri

Anonymous said...

macam pencacai umno syiok komen tak berani berhujah cara live

yg mrk tahu ngutuk, porno , fitnah