Tuesday, January 1, 2013

PRU 13!!! PAS mampu menang 19 kerusi, BN 13 kerusi

Penulis telah membuat analisa di semua negeri di semenanjung yang dimenangi BN dalam PRU 12 kecuali negeri Terengganu.

Analisa pilihanraya negeri Terengganu tidak sama dengan negeri-negeri lain yang mempunyai pengundi bercampur.  Peratus pengundi Melayu secara puratanya di negeri Terengganu adalah 85 %, malah banyak  kerusi yang mempunyai peratus pengundi Melayu melebihi 95 %.

Justeru, slogan ‘PAS ganti Umno’ sememangnya sesuai di negeri Terengganu yang menyaksikan pertembungan sengit antara PAS dan Umno yang mewakili BN.

Hanya dua kerusi dun yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu dun Bandar yang mempunyai hampir 39 % pengundi bukan Melayu dan dun Cukai yang mempunyai hampir 15 % pengundi bukan Melayu.


Kedua-dua kerusi ini masih dimenangi calon BN pada PRU 12 kerana sokongan orang Cina masih memihak kepada BN. 

Namun, bagi PRU 13, kedua-dua kerusi ini bakal menjadi milik PAS kerana sokongan pengundi Cina kepada PR sudah melebihi 70 %. Buktinya, undi PAS untuk dun Bandar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah melebihi undi BN.

Bagi melihat potensi PAS dan Umno bagi PRU 13, Keputusan pilihanraya umum yang lalu perlu dijadikan rujukan. Kawasan kubu PAS dan Umno sebenarnya tidak banyak berubah jika dilihat keputusan pilihanraya sejak tahun 1982.

PAS mempunyai peluang besar  di empat kawasan parlimen iaitu Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Dungun. Kerusi-kerusi dun dalam 4 kawasan parlimen ini silih berganti dimenangi oleh PAS dan BN setiap kali pilihanraya umum.

Malah , jika dilihat kepada keputusan majoritinya juga kecil kecuali kerusi-kerusi yang sememangnya menjadi kubu kuat PAS dan BN.

Kemenangan BN dalam PRU 2004 berlaku kerana pertambahan tidak normal undi untuk BN , sedangkan undi untuk PAS tidak berubah malah lebih daripada undi PAS pada PRU 1999. Mengapa ini berlaku? Sudah banyak analisa tentang perkara ini.

Pada PRU 2008, tidak berlaku pertambahan lagi pertambahan undi tidak normal ini, namun pertambahan undi untuk PAS masih belum dapat mengatasi pertambahan undi tak normal BN pada semasa PRU 2004.

Penulis menjangkakan pada PRU 13, undi PAS akan dapat mengatasi undi BN di banyak kerusi yang mempunyai majoriti undi 1500-1600 ke bawah dan mengekalkan kerusi PAS sedia ada.Kenapa?

1.   Pengundi baru di kalangan anak muda 70% akan memihak kepada PAS walaupun Umno banyak mendaftar pengundi muda ini .

Perlu diingat , Umno memberi ganjaran kepada anak muda yang mendaftar mengundi melalui pendaftar Umno

2.   Pengundi luar Terengganu yang dibawa masuk semasa PRU 2004 masih ada dalam daftar pemilih pada PRU 2008 kerana BN tidak menjangkakan tsunami akan berlaku. Selepas PRU 2008 , BN di negeri asal pengundi ini juga memerlukan  undi pengundi ini.

Oleh itu, urusan pemindahan pengundi dari Terengganu ini sebenarnya telah berlaku . Pertambahan undi yang besar di Selangor juga berpunca dari pengundi dari Terengganu yang dipindahkan semula ke Selangor.

3.   Pergolakan Umno Terenganu yang tidak berkesudahan antara kem Ahmad Said dan kem Idris Jusoh, isu-isu penyelewengan , boros dan tidak telus pentadbiran Terengganu menyebabkan undi atas pagar akan memihak kepada PAS. Suasana lebih memihak kepada PAS dalam setiap isu yang timbul di Terengganu .

4.   Wang ehsan sudah tidak mudah diberikan sebagaimana semasa PRU 2008 kerana menjadi perebutan antara dua kem. Berlaku saringan yang ketat sehingga menyebabkan ramai penerima yang dibuang namanya.

5.   PAS Terengganu di bawah Pesuruhjaya Abdul Wahid Endut dan Jentera Pilihanraya Terengganu di bawah Ariffin Deraman cukup berperanan menjadi tonggak dalam mengaktifkan semua PAS Kawasan dan Jentera MTD setiap Dun. 

Banyak program bercorak kebajikan dan kemasyarakatan di jalankan secara berterusan  terutama melalui MTD setiap dun. Kesan gelombang  sokongan rakyat boleh dilihat semasa himpunan ‘PAS ganti Umno’.

Berdasarkan faktor ini , penulis akan menyorot potensi PAS dan BN di setiap dun mengikut kawasan parlimen di Terengganu




Parlimen / Dun - Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
KUALA TERENGGANU
14 448 (PAS)
1933 ( BN )
628(BN)/2631 (PAS)
PAS
Wakaf Mempelam
5760 (PAS)
1888 (PAS)
2193 (PAS)
PAS
Bandar
511 ( PAS )
1612 ( BN )
1142 ( BN )
PAS
Ladang
2574 (PAS)
1041 ( BN )
31 ( PAS )
PAS
Batu Buruk
5400 (PAS)
140 (PAS)
1161 ( PAS )
PAS

Kerusi parlimen Terengganu merupakan kubu kuat PAS kerana mempunyai dua dun Wakaf Mempelam dan Batu Buruk yang sejak sekian lama di menangi PAS.  

Kerusi dun Ladang juga pasti akan terus dipertahankan PAS manakala , dun Bandar berpotensi dirampas PAS memandangkan sokongan pengundi Cina yang memihak kepada PAS.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
MARANG
12700 (PAS)
163( BN )
2747(PAS)
PAS
Alur Limbat
3275 ( PAS )
1153 ( BN )
799 ( BN )
PAS
Bukit Payung
2356( PAS )
720 ( BN )
115 (PAS)
PAS
Ru Rendang
3843 (PAS)
1435 (PAS)
2686(PAS)
PAS
Pengkalan Berangan
1609 ( PAS )
1371( BN )
930 (BN)
PAS

Selain Kuala Terengganu, Marang adalah kerusi parlimen akan mudah dipertahankan PAS. Kerusi Ru Rendang dan Bukit Payong menjadi kubu akan terus dipertahan PAS. 

Manakala kerusi dun Alur Limbat dan Pengkalan Berangan akan menjadi milik PAS memadangkan majoriti kecil BN yang berpotensi diatasi semasa PRU 13.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
KUALA NERUS
7078 (PAS)
4097 ( BN )
1341 ( BN )
PAS
Tepuh
3057 ( PAS )
774 ( BN )
430 ( BN )
PAS
Teluk Pasu
2570 ( PAS )
884 ( BN )
462 ( BN )
PAS
Seberang Takir
557 ( BN )
1980 ( BN )
2430 ( BN )
BN
Bukit Tunggal
1942 ( PAS )
616 ( BN )
336 ( PAS )
PAS

Berdasarkan majoriti kecil BN , PAS mampu merampas kerusi parlimen Kuala Nerus, dun Tepuh dan Teluk Pasu serta mempertahankan dun Bukit Tunggal. Dun Tepuh dan Teluk Pasu sangat berpotensi kepada PAS kerana undi majoriti BN untuk setiap pilihanraya adalah kecil dan PAS pernah memenangi kerusi ini.

 Manakala dun Seberang Takir adalah kubu kuat Umno yang tidak pernah tewas walaupun berlaku gelombang perubahan rakyat Terengganu pada PRU 1999.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
DUNGUN
8118 (PAS)
4896( BN )
4994 ( BN )
PAS
Bukit Besi
87 ( PAS )
2290 ( BN )
2492 ( BN )
BN
Rantau Abang
2443 ( PAS )
945 ( BN )
790 ( BN )
PAS
Sura
3173 (PAS)
169 ( BN )
1000 (PAS)
PAS
Paka
2686 ( PAS )
1444 ( BN )
344 ( BN)
PAS

Sebuah kerusi parlimen lagi yang berpotensi di menangi PAS ialah Dungun. Ini kerana tiga kerusi dun Sura, Paka dan Rantau Abang tidak mustahil dimenangi PAS. Dun Sura akan terus dipertahankan , dun Paka dan Rantau Abang hanya dimenangi dengan majoriti kecil oleh BN pada PRU 12.

Hanya dun Bukit Besi yang sukar dirampas PAS kerana PAS hanya memenagi kerusi itu hanya dengan 87 undi semasa PRU 1999. Sementara pada PRU 12, majoriti untuk BN di dun ini semakin bertambah walaupun kerusi lain berkurangan.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
SETIU
3020 (PAS)
6696 ( BN )
7232 ( BN )
BN
Jabi
1494 ( PAS )
1100( BN )
804 ( BN )
PAS
Permaisuri
451( PAS )
2735( BN )
3639 ( BN )
BN
Langkap
157 (PAS)
2192 ( BN )
2551 ( BN )
BN
Batu Rakit
1187 ( PAS )
1690 ( BN )
1486 ( BN )
PAS

PAS hanya berpotensi memenangi kerusi dun Jabi dan Batu Rakit dalam parlimen Setiu. Dun Jabi dan Batu Rakit adalah kubu PAS bagi parlimen ini. Majoriti kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya umum bagi dun ini adalah kecil.

Kerusi dun Permaisuri dan Langkap akan terus dipertahankan BN melihat kepada pertambahan majoriti semasa PRU 2008 dan kemenangan tipis PAS pada PRU 1999. Jika dua kerusi ini dimenangi BN, parlimen Setiu juga akan terus menjadi milik BN.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
HULU TERENGGANU
4111 (PAS)
7760 ( BN )
10 460(BN )
BN
Telemong
660 ( BN )
4240 ( BN )
5893 ( BN )
BN
Manir
1916 (PAS)
310 (PAS)
432 (PAS)
PAS
Kuala Berang
1844 (PAS)
1695 ( BN )
1592 ( BN )
PAS
Ajil
125 ( BN )
3783 ( BN )
4727 ( BN )
BN

Hanya dun Manir dan Kuala Berang sahaja yang berpotensi dimenangi PAS di Parlimen Hulu Terengganu. Manir adalah kubu PAS yang dimenangi setiap kali pilihanraya, dun Kuala Berang pun di menangi BN dengan majoriti yang mampu diatasi PAS pada PRU 13.

Sama seperti di parlimen Setiu, kerusi dun Telemong dan Ajil adalah kubu kuat Umno  akan terus dipertahankan BN melihat kepada pertambahan majoriti semasa PRU 2008 dan kemenangan BN pada PRU 1999. Jika dua kerusi ini dimenangi BN, parlimen  Hulu Terengganu juga akan terus menjadi milik BN.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
KEMAMAN
1535 (PKR )
15882( BN )
12 683(BN )
BN
Kemasik
104 ( BN )
3082 ( BN )
2118 ( BN )
BN
Kijal
264 ( PAS )
3496 ( BN )
3157 (BN)
BN
Cukai
436 (PAS)
2815 ( BN )
769 ( BN )
PAS
Air Putih
479 (PAS)
4274 ( BN )
3821 ( BN )
BN

Parlimen Kemaman merupakan kubu BN dan juga kubu Menteri Besar Ahmad Said. Tiga kerusi dun Kemasik, Kijal dan Air Putih sememangnya sukar dimenangi PAS. Tambahan pula , faktor kawasan Menteri Besar yang tentunya dilimpahi pelbagai peruntukan menambahkan kesukaran PAS di sini.

PAS hanya berpotensi di dun Cukai, memandangkan terdapat hampir 15% pengundi Cina di sini dan kemenangan BN pada PRU 12 juga kecil mampu diatasi oleh PAS.

Parlimen / Dun – Maj.
1999
2004
2008
Potensi 2013
BESUT
3057 (PAS)
8500 ( BN )
10590( BN )
BN
Kuala Besut
487 (PAS)
2027 ( BN )
2631( BN )
BN
Kota Putera
710 ( PAS )
2013 ( BN )
3332 (BN)
BN
Jertih
1464 (PAS)
2047( BN )
3046 (BN)
BN
Hulu Besut
598 (PAS)
2633 ( BN )
2453 ( BN )
BN

Perlu diketahui bahawa parlimen Besut merupakan kawasan parlimen tumpuan PAS sejak bermulanya pilihanraya umum.  Kesemua kerusi dun dalam parlimen ini dimenangi dengan majoriti yang kecil oleh BN setiap kali pilihanraya umum kecuali PRU 1999. Malah PAS pernah menang kerusi dun Jertih pada tahun 1990.

Bagaimanapun kekuatan PAS di parlimen ini cukup merosot sejak PRU 2004. Walaupun PAS tewas pada PRU 2004 dan PRU 2008, namun undi kepada PAS adalah meningkat kecuali kesemua dun dalam parlimen Besut.

PAS Terengganu mungkin sudah mengenalpasti masalah ini dan mengatasinya. Jika dilihat semasa himpunan PGU di Besut , nampak sokongan kepada PAS di Besut bertambah.

Ada dua kemungkinan pertambahan besar undi BN di Besut. Pertama, kerana kawasan ini adalah kawasan Menteri Besar dahulu Idris Jusoh. Maka , tentunya pengundi dilimpahi projek pembangunan dan rasa terhutang budi kepada Idris Jusoh.

Kedua, pemindahan pengundi luar ke Besut pada PRU 2004 tentulah paling tinggi kerana kawasan ini adalah kawasan bakal Menteri Besar Terengganu pada masa itu , Idris Jusoh.

Walaupun begitu kedua faktor ini sudah tidak lagi penting di Besut. Justeru itu, PAS Terengganu kini berpeluang besar di Besut. 

Secara keseluruhannya, PAS berpotensi memenangi  19 daripada 32 kerusi dun di Terengganu. Walaubagaimanapun , keputusan sebenar amat bergantung kepada gerak kerja jentera pilihanraya PAS menarik sokongan pengundi kepada PAS.
http://tulahan.blogspot.com.au/

7 comments:

Anonymous said...

Moga2 kemenangan memihak kpd UMNO, yg lebih boleh dipercayai untuk memelihara kepentingan islam!

Anonymous said...

moga2 pas menjunjung kemenangan islam

Anonymous said...

Kalau ramai org kristian dkt terengganu, pas ada kelebihan..

Anonymous said...

cakap ikut nafsu.nilah puak jahil ugama

Anonymous said...

Ini lah contoh pihak yg ingat mereka punya martabat islam yg tinggi - yg mendokong perpecahan ummah, sedangkan Allah swt jelas menyuruh supaya bersatu. Tinggi ke martabat islam kalau perintah Allah yg jelas dlm Quran tidak dipatuhi?

Anonymous said...

umnGok la punca perpecahan.. Parti rasuah.. jahil agama.. Semua da dlm UmnGok..

Anonymous said...

semoga PRU13 ni kembali menjadi milik PAS... Seronok duk bawah PAS.. Takbir!