Tuesday, September 24, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Yuganu Yunus menang TYDP PAS Pasir Puteh, YDP dan NYDP menang tanpa bertanding

Pas: Yuganu ikrar satukan ahli
PASIR PUTEH - Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Yuganu Yunus menganggap kejayaan mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan ini kelmarin, merupakan bukti penerimaan perwakilan terhadap usaha menyatukan ahli parti itu yang sekian lama dilaksanakannya.

Menurutnya, mandat itu dijadikan sebagai dorongan untuk beliau meneruskan usaha itu kerana ia jelas memberi kekuatan kepada parti untuk menghadapai musuh di pentas politik.

“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan dan akan memastikan ahli Pas di kawasan ini terus bersatu bagi mengukuhkan lagi organisasi ini,” katanya yang berjaya mengalahkan pencabarnya, Tuan Mazlan Tuan Mat yang merupakan Adun Gaal.

Beliau berkata, usaha merealisasikan Bandar Baru Pasir Puteh, kawasan industri di Kulim, kawasan pertanian di Padang Pak Amat dan Pusat Tahfiz Sains akan diberi perhatian.

“Saya bersedia untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan baik ini menjadi kenyataan terutamanya Pusat Tahfiz Sains, saya benar-benar mahu melihat ia terlaksana,” katanya yang menang dengan majoriti 140 undi.

Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kali Ke-54 di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) itu menyaksikan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed kekal sebagai Yang Dipertua dan Wan Hassan Wan Ibrahim kekal sebagai Naib Yang Dipertua selepas menang tanpa bertanding.

Mesyuarat yang dirasmikan Ahli Jawatakuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan kehadiran 806 perwakilan itu turut menyaksikan Ramli Mohamad menang tanpa bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap.

Ahli Jawatankuasa untuk sesi baru adalah Zainuddin Awang Hamat, Tuan Sharifuddin Tuan Ismail, Nik Yusof Nik Abdullah, Saipul Bahrin Mohamed, Zarir Yaacob, Che Bisi Hassan, Mohd Adnan Mohd Nor, Mohd Rodzi Jaafar, Mohd Nazry Mohd Nor, Mohd Judin Samat, Ismail Yaacob, Awang Ismail, Abdul Shakur Sharrie, Mohd Zain Mahmud, Abdul Halim Mohamad dan Dzulkaedah Ali Muhamad.

Senarai itu melengkapkan jawatankuasa Pas kawasan ini selepas Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas dan Nor Asilah Mohd Zain memenangi jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas dengan mengalahkan penyandang, Rohani Mamat.SH

No comments: