Thursday, November 14, 2013

PEMILIHAN PAS!!! TKP dan NKP - Ku Is , Ust. Khalil sengit, Ahmad Zamri ada peluang


PAS and PKR supporters make their presence felt in Sungai Limau. The Malaysian Insider by Najjua Zulkefli, October 23, 2013.
Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat akan menyaksikan persaingan sengit antara Dr. Raja Ahmad Iskandar ( Ku Is) dengan Ust. Khalil Abdul Hadi.

Penulis kenali Ku Is sejak beliau menjadi SU politik Dato’ Mahfuz yang ketika itu Ketua Pemuda PAS Pusat. Masa itu, nama Ku Is dah dikenali perwakilan pemuda berikutan peranan Ku Is sebagai SU politik Ketua Pemuda.

Ku Is ketika itu , walaupun masih muda sudah menampakkan ciri kepimpinan yang proaktif , ramai menjangka Ku Is bakal menjadi pemimpin muda masa depan.

Selepas menyambung pelajaran ke luar negara, nama Ku Is sudah kurang kedengaran sehinggalah beliau pulang dan terus bergiat dalam Dewan Pemuda PAS Perak. Tak lama selepas itu beliau telah dilantik menjadi Exco Pemuda PAS Pusat memegang Lujnah politik antarabangsa.

Kemudiannya, pemilihan  2011 Ku Is menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. 

Walaupun  Ku Is menjadi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ku Is dilihat lebih aktif mengerakkan Dewan Pemuda PAS Perak. Beliau kerap bersuara terhadap isu-isu kritikal di Perak dan kadang isu-isu nasional.

Penulis melihat Ku Is memang bergerak mendepani isu rakyat, tapi kebanyakannya hanya melalui kenyataan media atau sidang akhbar. 

Masih belum nampak keberanian Ku Is berhadapan secara fizikal dengan penguasa zalim sebagaimana Suhaizan Kayat dalam Isu PPSMI dan isu pengambilan tanah rakyat di Johor.


Penulis boleh bersangka baik bahawa Ku Is tidak mempamirkan ketegasan dan keberanian kerana masih berjawatan no 2 dan no 3 dalam Dewan Pemuda Perak dan Pusat. Namun, sebagai YDP PAS Kuala Kangsar ,Ku Is juga kurang ketegasan menghadapi isu dalam kawasannya. 

Ku Is  mungkin mahu menjaga hubungan baiknya dengan semua pihak dan tidak mahu dilihat jelas memihak kepada mana-mana kelompok dalam parti.  Biar pun begitu, Ku Is tidak dapat juga mengelak dari serangan keras lawan politik dalam jamaah.

Sebelum pemilihan Pemuda PAS Perak, Ku Is diserang dengan label anti ulama, parasit walaupun hakikatnya beliau cukup menghormati ulama dan pemimpin parti lain. 

Harapannya, setelah Ku Is menang jawatan Ketua Pemuda PAS Perak,  Ku Is akan lebih berani berhadapan dengan penguasa zalim, dan lebih tegas bila berhadapan dengan isu dalaman parti.

Bagaimana peluang Ku Is ? Sengit . Sungguhpun lawannya bukanlah calon yang dikenali semasa berada dalam Dewan Pemuda PAS Pusat, tapi lawannya ada faktor peribadi yang akan diambil kira oleh perwakilan. Kemenangan Ust. Nik Abduh semasa pemilihan 2011 juga dikatakan kerana faktor ini.

Penulis tidak kenal Ust. Khalil Hadi secara dekat, cuma mendengar namanya sebagai Exco Pemuda Pusat dan anak pemimpin utama parti. Penulis mengenali Ust. Khalil melalui teks usrah yang ditulisnya yang penulis guna diluar negara dijadikan teks usrah kepada adik-adik jamaah kampus.

Ust. Khalil adalah calon pemuda yang mempunyai ciri-ciri ulama yang dikehendaki , tidak ada kontroversi dalam kenyataan dan tindakan. Apabila ketiga-tiga calon Ketua Pemuda bukan dari lulusan agama, maka peluang Ust. Khalil dipilih mewakili lulusan agama di jawatan Timbalan.

Satu kekurangan Ust, Khalil adalah kurang  menonjol dalam isu-isu nasional. Mungkin  skop lujnahnya menjurus kepada pentarbiyahan menyebabkan namanya kurang kedengaran. Bagaimanapun, namanya masih dikenali oleh perwakilan melalui program tarbiyah Dewan Pemuda.

Sengit, kedua-duanya ada kelebihan yang bakal menyukarkan perwakilan membuat pilihan. Pandangan umum Ku Is menjadi pilihan, namun berdasarkan faktor  peribadi dan kelulusan Ust. Khalil mungkin menjadi pilihan perwakilan walaupun bukan pilihan umum.

Jangkaan penulis untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

1.   Dr. Raja Ahmad Iskandar            1. Ust. Khalil Abdul Hadi

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda , penulis kurang mengenali dua tokoh baru pemuda ini. Kedua-duanya dilantik sebagai AJK Pemuda PAS Pusat pada sesi 2011-2013. Ir. Khairil dilantik sebagai Bendahari, manakala Peguam Ahmad Zamri dilantik sebagai Pengarah JUHAM.

Ahmad Zamri dikenali kerana menjadi calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, dan kerap membuat kenyataan media apabila ada isu nasional berkaitan perundangan. 

Ir. Khairil , sungguhpun kurang menonjol tetapi dikenali perwakilan terutama semasa Ijtimak Tarbawi apabila menjadi salah seorang ahli panel forum semasa ijtimak.

Jika ikut pandangan umum Ahmad Zamri menjadi pilihan, pilihan perwakilan juga dijangka memihak kepada Ahmad Zamri kerana Ir. Khairil agak lewat diketengahkan sebagai calon.

Jangkaan penulis untuk jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat.

1.   Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
2.   Mohd Khairil Nizam Khirudin


1 comment:

Shakirin Al-Ikram said...

assalamualaikum, saya juga bukan lulusan Agama tetapi dihari tua hanya PAS sahaja harapan sebenarnya Ummat dan bangsa!
Selagi wujuwd Melayu sekular PAS wajib melipat-ganda pengaruh Ulama (bukan Shiah)berkaliber dan tulus ikhlas dalam membantu ummah kearah yang hak bukan duniawi dan batil.
Saya mengharap UAI berminat tetapi beliau lebih suka dipinggiran.
Kalau saya mengundi saya utamakan ULAMA'
Sangat sesuaian dari segi intelek dan hala tuju PAS azali!
Maka saya harap pada Mukatmar kali ini peranan Pemimpin yang mahu ditonjol dan dipilih oleh perwakilan wajib memberi mesej yang TEPAT dan TERANG, ape dia halatuju dan perjuangan hakiki PAS untuk kami yang sangat mengharapkan `clarity of Purpose!'
Selamat berjuang semua yang ikhlas demi Islam, Mukminin dan Tanahair.
Semoga Allah memberi kita semua petunjuk dan Hidayah kearah masa depan yang lebih gah dan memberangsangkan!
La haulawala kuwatilla billah!