Wednesday, March 17, 2010

PR tetap bawa topik royalti minyak

KUALA LUMPUR , 17 Mac : Pakatan Rakyat (PR) tetap akan membawa topik royalti sebagai topik utama pembangkang dalam dalam perbahasan titah Diraja.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob berkata, pihaknya berjaya mendapatkan dua dokumen penting bagi usaha mendapatkan hak Kelantan dalam isu itu.

“Kita dapatkan surat Petronas kepada Kerajaan Terengganu, bertarikh 16 September 1978 dan ia menjelaskan anggaran bayaran royalti minyak berjumlah RM3.2 juta kepada negeri itu,” katanya.

Menurutnya, jika isu tiga batu nautika menjadi ‘penghalang’ Kelantan mendapatkan haknya, dalam surat tersebut ia tidak menyatakan syarat tiga batu nautika.

“Ia disebut sebagai royalti dan tidak timbul sebagai wang ihsan atau isu tiga batu nautika ataupun menafikan telaga minyak yang dijumpai di luar pantai,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya berjaya mendapatkan Surat Perjanjian antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Nasir yang ditandatangani pada 19 Mei 1975.

“Jika diteliti perjanjian ini langsung tidak menyebut isu tiga batu nautika dan dengan jelas memperuntukkan Petronas hendaklah memberi balasan sebagai keistimewaan petroleum yang diletakkan Kerajaan Negeri.

“Apa yang penting, selagi mana ia diletakkan dalam perairan negeri tersebut, Petronas harus membayar royalti lima peratus,” katanya, semalam.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, permintaan beliau untuk membawa isu ini dalam usul tergempar ditolak Speaker Dewan.SH

Read more ...

Anwar mahu segerakan kes

KUALA LUMPUR, 17 Mac : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan rayuan untuk meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S N Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pagi semalam.

“Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac.

"Daripada situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu) Mohd Saiful Bukhari Azlan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Pada 8 Februaru lepas, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap :Utusan Malaysia: berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.SH

Read more ...

Keluarga miskin terharu dikunjungi Pemangku Raja

TUMPAT , 17 Mac : Dua keluarga miskin di Kampung Bendang Kerian cukup terharu apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, mencemar duli melawat rumah mereka dekat sini.

Kehadiran Tengku Muhammad Faris disambut baik oleh Kamaruddin Omar, 42, dan Hussin Awang,56, kerana sudi meluangkan masa mengunjungi rumah mereka.

Kamaruddin berkata, dia tidak menyangka menerima kunjungan Tengku Mahkota dan meluangkan masa beramah mesra dengan keluarganya.

“Ternyata Tengku seorang yang prihatin dan mesra rakyat apabila sanggup mencemar duli melawat rumah kami yang uzur ini.

“Saya agak terkejut apabila diberitahu Tengku ingin mengunjungi rumah kami dan melihat kesusahan kami sekeluarga,” katanya sempena Program Ziarah Pemangku Raja Kelantan ke Jajahan ini,” katanya yang bakal mendapat rumah baru melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) bagi menggantikan rumah pusaka berusia 40 tahun itu.

Menurutnya, dengan pendapatan sebagai tukang rumah hanya cukup menampung tujuh anak yang masih belajar dan membeli keperluan dapur yang sekadar cukup makan untuknya sekeluarga.

“Selepas bahagian depan rumah runtuh sejak lima tahun lalu, kami tinggal di bahagian dapur, di situlah kami tidur dan makan.

“Bagi mengelakkan anak-anak kesejukan saya membuat dinding dengan zink, namun bila hujan kami terpaksa berpindah ke rumah saudara berdekatan kerana lantai basah menyebabkan tiada ruang untuk tidur," katanya.

Sementara itu Hussin berkata, beliau terharu dan berterima kasih kepada Tengku Mahkota yang akan mengusahakan rumah baru kepada keluarganya.

Hussin berkata, beliau tidak mampu membina rumah baru atau membaikinya kerana pendapatannya sebagai buruh hanya cukup untuk makan minum.

“Saya sedih melihat anak-anak tidak dapat belajar dengan selesa jika hari hujan kerana keadaan bumbung rumah bocor.

“Pernah anak-anak tidak ke sekolah kerana buku basah. Kadang-kadang kami sekeluarga tidak dapat tidur dengan baik kerana keadaan lantai yang basah,” katanya.

Katanya, beliau berharap rumah baru yang akan diterimanya nanti memberi keselesaan kepada tujuh anaknya untuk belajar dengan lebih baik.

Program ziarah Tengku Mahkota sehari itu turut mengagihkan daging lembu kepada penduduk di Kampung Bendang Kerian serta zakat kepada 100 penduduk miskin di Masjid Assomadi, Geting dan Masjid As-Salam, Kampung Bendang Kerian.:

Tengku Mahkota turut menunaikan solat Asar di Masjid As-Salam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Jajahan Tumpat, Serpudin Mohamad.SH

Read more ...

Tuesday, March 16, 2010

Guan Eng tindas Melayu dan Islam ?


PERMATANG PAUH, 17 Mac : Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang.


Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.


Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang dikatakan oleh Bn.


Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.


YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.


Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.


“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”


Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“,Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”


Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat.


Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama.


Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.


Turut sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya.


Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.WRLR

Read more ...

Pimpinan PAS ziarah keluarga Ketua Pemuda Penyokong PAS yang mati ditembak


LANGKAP, 16 Mac : Kira-kira pukul 3.30 petang, mayat Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, mendiang Siva telah tiba di rumahnya di Taman Mawar, Langkap. Ketibaan mayat mendiang Siva telah disambut oleh beberapa orang pimpinan dan wakil rakyat PAS.



YB Dato' Wan Abdul Rahim dari Kelantan turut hadir.


YB Ustaz Nasir Zakaria dari Kedah juga mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengucapkan takziah.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Jerai (Kedah)YB Ustaz Nasir Zakaria, YB Dato' Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Kelantan), YB Haji Zainuddin Yusuf, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Mustafa Shaari dan lain-lain pimpinan PAS tempatan.

Di samping itu, turut hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, Ketua DHPP Perak Sdr. Surianarayanan, Ketua Dewan DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh (Ram), Sdr. Richard Wong serta beberapa orang pimpinan DHPP.




Dato' Wan Rahim menyampaikan sumbangan kepada balu mendiang Siva.


Dr. Mujahid mengucapkan takziah kepada balu mendiang Siva.

Turut hadir ialah pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iatu Sdr. Khairul Faizi, Ketua Lujnah Perpadan Nasional DPP Pusat.

Dr. Mujahid turut bersama-sama mengusung keranda mayat mendiang Siva dibawa masuk ke dalam rumah. Kesemua pimpinan dan wakil rakyat PAS telah bertemu dan mengucapkan takziah dan simpati kepada balu mendiang Siva. Mereka juga telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri mendiang.


Wakil muslimat turut hadir menziarahi balu mendiang.

Mendiang Siva telah meninggalkan lima orang anak. Anak ketiga mendiang bernama Viji, 25 tahun sehingga kini masih trauma akan kejadian tersebut kerana peristiwa kejam itu telah berlaku di depan matanya ketika dia membantu bapanya mencuci kereta di kedai bapanya.


Dr. Mujahid membuat kenyataan media. Di sebelah beliau ialah ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin.

Di dalam kenyataan bersama media, Dr. Mujahid meminta pihak berkuasa khusus polis dapat menjalankan siasatan segera dan rapi sehingga tertangkapnya pembunuh kejam itu. Beliau juga turut berjanji bahawa PAS Pusat melalui Lujnah Perpaduan Nasional akan membantu keluarga mendiang Siva. Bagi beliau, Sdr. Siva merupakan seorang pemuda yang berani dan rajin dalam melakukan kerja parti.

Dr. Mujahid juga berharap pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda DHPP Perak ini bukan bermotifkan politik. Namun jika jelas ia bermotif politik beliau meminta tindakan tegas patut diambil.

Mengulas tentang pembunuhan itu juga, beliau meragui akan tahap keselamatan rakyat pada masa kini. Kejadian pembunuhan Sdr. Siva membuktikan bahawa rakyat negara ini pada bila-bila masa terdedah kepada risiko nyawa rakyat terancam. Beliau berharap pihak polis dapat mempertingkat tahap keselamatan dalam negara agar peristiwa malang ini tidak berlaku lagi.



YB Ustaz Nasir pula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Begitu juga dengan YB Dato' Wan Abdul Rahim menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang.



Bagi YB Haji Zainuddin, beliau tidak pernah melihat suasana di mana rumah orang India yang kematian telah dihadiri orang ramai berbilang kaum seperti hari ini. Kehadiran orang Melayu, Cina dan India untuk menziarahi keluarga mendiang Siva membukti bahawa suasana sedih dan terharu ini turut dirasai bersama oleh kaum Melayu dan Cina walaupun yang matinya seorang India.



Bagi Ustaz Mustafa Shaari, sebagai mewakili PAS Perak pula berkata Pesuruhjaya Perak dan DS Hai Nizar akan menziarahi keluarga mendiang Siva apabila mereka kembali dari lawatan ke negara Arab dan UK nanti.

Beliau yang juga merupakan YDP PAS Pasir Salak, merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Siva. Sepanjang bekerja bersama Sdr. Siva, beliau memuji akan kerajinan dan keberanian mendiang. Beliau amat-amat menghargai segala jasa yang dicurahkan oleh mendiang.


Van jenazah tiba dari Ipoh.


Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama-sama orang ramai mengusung keranda.

ar_rawa

Read more ...

PKR teruskan khidmat walaupun Mohsin lompat

BAGAN SERAI, 16 Mac : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap rakyat di Bagan Serai meskipun terdapat masalah membelenggu mereka.

Boon Chye berkata, satu badan bertindak yang dinamakan ‘Pasukan Khidmat Cabang Bagan Serai’ akan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, PKR tidak akan berputus asa dan meneruskan perjuangan secara ikhlas kepada rakyat tanpa mengira masa.

“Sehubungan itu, kita akan mengumumkan wakil ‘Penyelaras Parlimen Bagan Serai’ dalam masa yang terdekat.

“Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menjalankan beberapa tugas antaranya program kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah yang melanda rakyat di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, semangat ‘Reformasi’ yang diterapkan dalam PKR tidak akan tergugat walaupun ada pihak yang membuat keputusan untuk mengubah haluan.

“Walau apa pun yang terjadi kita akan sentiasa bekerjasama dan melaksanakan rancangan sistematik demi menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Boon Chye dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khusus untuk menguruskan Parlimen Bagan Serai.SH

Read more ...

Kerajaan diminta bantu warga emas

KAMPUNG TAWAS , 16 Mac : Kerajaan diminta lebih peka dengan memberi perhatian serta sumbangan kepada warga emas dan rumah kebajikan orang-orang tua.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, sumbangan yang dihulurkan kepada warga emas adalah untuk meringankan beban harian mereka serta ianya merupakan satu-satunya peluang untuk menghargai jasa mereka.

“Adalah wajar untuk kita menghargai segala pengorbanan mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan.

“Pemberian sumbangan kepada warga emas tidak sepatutnya terhenti dengan pemberian keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal malah harus dipertingkatkan dengan rawatan perubatan harian mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menanggung keselesaan kesihatan mental dan fizikal warga emas di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan patut bertanggungjawab untuk meningkatkan peruntukan bagi warga emas dan rumah orang tua.

Katanya, kerajaan juga harus memberikan bantuan perubatan kepada orang-orang tua dengan menghantar doktor dan jururawat yang terlatih khususnya untuk menjalankan rawatan di rumah orang tua secara teratur.

Julai tahun lalu, sebuah laporan Starprobe telah membawa kepada pengetahuan masyarakat bahawa peningkatan bilangan warga emas yang dihantar atau boleh dikatakan dibuang ke hospital dan terbiar di jalan raya.

Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai kewajipan untuk menghentikan tindakan kejam seperti ini yang dilakukan kepada warga emas.

“Janganlah masalah ini menjadi masalah yang serius dan menggusarkan masyarakat.

“Di Singapura terdapat undang-undang di bawah Akta Penjagaan Orang Tua 1996 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika anak-anak mereka membiarkan orang tuanya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga harus mengimplementasikan undang-undang seperti ini supaya dapat mengurangkan masalah ini berlanjutan.

“Kerajaan harus mempertimbangkan perkara ini dari segi perundangan dan kewangan untuk membantu individu daripada menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

“Bagi mereka yang meninggalkan orang tua mereka di hospital atau di jala nraya, mereka dihukum dengan menghantar mereka ke penjara,” katanya.SH

Read more ...

11 Bahagian Umno cuba jatuhkan Zambry


PARIT BUNTAR , 16 Mac : Wujud tangan ghaib cuba menjatuhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila 11 ketua bahagian dikaitkan dengan gerakan sulit ini.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, khabar angin kuat mengatakan 11 Ketua Bahagian menganjurkan gerakan sulit untuk memburukkan imej dan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar ke peringkat kepimpinan pusat UMNO.

Menurutnya, suara dari kumpulan yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Menteri Besar cuba menikam dari belakang, menggunakan gerakan sulit.

“Kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 11 ketua bahagian UMNO negeri ini dalam usaha menganjurkan gerakan sulit semata-mata mahu melihat Dr Zambry meninggalkan jawatan dipegang sekarang.

“Inilah sikap dan tindak-tanduk pemimpin bahagian yang tidak matang serta tidak cerdik dalam permainan politik mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, mereka tidak boleh bersikap demikian kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua bahagian, sokongan jitu perlu diberikan kepada kepimpinan Menteri Besar bukannya memulaunya.

Katanya, jika pihak berkenaan tidak boleh menerima arahan atau pandangan Menteri Besar, letak jawatan adalah keputusan terbaik bagi membersihkan serta memulihkan kembali imej UMNO yang dipenuhi dengan pemimpin pentingkan diri serta kroni.

“Dipercayai 11 ketua bahagian ini diketuai oleh seorang ketua yang cukup berpengaruh dalam UMNO negeri serta dalam masa sama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Individu inilah yang dipercayai menjadi dalang kepada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Saya cukup terkejut dan hairan kenapa mereka ini sanggup bersikap sedemikian walhal kita di bawah satu bumbung, parti, agama serta bangsa yang sama, kalau beginilah sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, UMNO hanya tinggal nama sahaja,” katanya.SH

Read more ...

MB Kedah nafi laporan blog


ALOR SETAR , 16 Mac : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan laporan sebuah blog yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kedah Corporation Berhad (KCB), Akashah Ismail meletak jawatan kerana dikaitkan dengan isu pelaburan pembalakan RM4 juta di Papua New Guinea yang dikatakan mengalami kerugian.

“Saya tidak terima apa-apa surat peletakan jawatan daripada beliau sehingga kini. Jika benar beliau meletak jawatan, beliau perlu menghantar surat itu kepada saya kerana saya adalah Pengerusi Kedah Corporation Berhad,” katanya.

Azizan berkata, dakwaan blog itu, yang mengaitkan peletakan jawatan Akashah dengan isu pelaburan itu juga tidak diketahui kesahihannya.

“Saya tidak pasti adakah ianya saling berkait antara satu sama lain. Biarlah dibuat siasatan terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Akashah didakwa meletak jawatan gara-gara dikaitkan dengan isu pelaburan pembalakan RM4 juta di Papua New Guinea yang dikatakan mengalami kerugian. KCB adalah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri (GLC).

Azizan berkata, Kerajaan Negeri telah melantik sebuah Jawatankuasa GLC untuk membuat siasatan terperinci terhadap mana-mana GLC yang bermasalah.

“Tunggu sahaja laporan siasatan daripada Jawatankuasa GLC. Saya serahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa itu untuk menyiasat dan membuat penilaian. Saya akan dedahkan hasil siasatan itu apabila masanya tiba,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersikap terbuka dan telus dalam perkara ini dan tidak akan menyembunyikan mana-mana penyelewengan yang berlaku di negeri ini.

“Saya tidak boleh buat keputusan sekarang, semuanya perlu dikaji terlebih dahulu, terutama dakwaan yang mengaitkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Mengulas mengenai pelaburan yang dikatakan mengalami kerugian di Papua New Guinea, Azizan berkata, untung rugi dalam sesebuah pelaburan adalah rencah ekonomi dan bukannya sesuatu yang dianggap pelik.

“Tidak semestinya semua pelaburan itu menguntungkan. Ada yang rugi dan ada yang untung. Itu senario biasa dalam pelaburan. Tetapi jika kerugian berlaku disebabkan oleh penyelewengan, itu perkara lain,” katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri kini membuat penilaian semula terhadap semua GLC yang didapati tidak konsisten, tidak aktif, serta bermasalah dan akan sedaya upaya membantu. Namun terdapat beberapa GLC yang terpaksa diberi suntikan modal oleh Kerajaan Negeri kerana tidak mampu meneruskan operasi.

“Kita telah kenal pasti beberapa GLC yang lemah, termasuk melanggar prinsip pengurusan, peraturan dan undang-undang Akta Syarikat. Berikutan itu, kita akan membuat penyusunan semula dan kemungkinan menghentikan mana-mana GLC yang tidak aktif dan sebagainya,” katanya.

Jawatankuasa GLC dianggotai Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali; Penasihat Undang-Undang, Tuan Anas Ahmad Zakie dan bekas Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Syed Zain Syed Abdullah.

Terdapat 120 buah GLC di Kedah dalam pelbagai sektor yang dilantik sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.SH

Read more ...

Tuduhan pemuda Umno tidak logik

SEREMBAN , 16 Mac : Dakwaan Exco Pemuda UMNO, Mohd Hishammuddin Yahaya, berhubung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan imbuhan dan jawatan kepada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) pergerakan berkenaan adalah tidak tepat.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Ibrahim Yusof berkata, tindakan itu amat bertentangan dengan prinsip parti malah ia tidak logik.

“PKR tidak mempunyai banyak wang untuk memancing AJK Pemuda UMNO dan kami tidak berkuasa menawarkan jawatan kepada mana-mana individu.

“Memang ada kegiatan menambah ahli. Kami menawarkan konsep perjuangan parti kepada semua rakyat negara ini, tidak kepada AJK Pemuda UMNO sahaja,” jelasnya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan dibuat Mohd Hishammuddin tentang kegiatan tawar-menawar oleh PKR bagi menarik beberapa AJK Pemuda UMNO menyertai parti itu.

Menurut Mohd Hishammuddin, kegiatan itu bertumpu di kawasan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti undi tipis pada pilihan raya umum lalu.

Menurut Ibrahim, dakwaan itu dibuat Mohd Hishammuddin mungkin kerana bimbang ramai ahli UMNO khususnya di kawasan bandar akan menyertai PKR.

“Kebimbangan itu ada asasnya kerana ramai ahli PKR berasal dari UMNO. Malah, ada juga bekas ahli UMNO yang masuk PAS.

“Mereka masuk PKR dan PAS secara sukarela demi perjuangan ke arah kesejahteraan rakyat, kemajuan negara dan demokrasi. Bukan disebabkan tawaran wang atau jawatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR Negeri tidak gentar dengan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri.SH

Read more ...

Tiada anggota tinggal Mesyuarat Agung PKR Kuala Selangor


SHAH ALAM , 16 Mac : Tiada anggota meninggalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor, kata Setiausaha kepimpinan Negeri Selangor dan PKR Malaysia, Hamidi Hassan.

Beliau berkata, terdapat beberapa isu ditimbulkan beberapa pihak berhubung perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Kuala Selangor yang diadakan pada 14 Mac lalu.

Menurutnya, sebagai ketua wakil pemantau dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, beliau ingin membuat penjelasan agar ahli parti dan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

“Isu yang dibangkit semasa mesyuarat itu adalah berkaitan ketiadaan salinan notis Mesyuarat Agung dalam Laporan Tahunan yang diedarkan.

“Notis bertulis bertarikh 25 Februari 2010 telah dikeluarkan kepada semua ahli dan Cabang juga mengambil inisiatif mengeluarkan iklan dalam akhbar Sinar Harian bagi memastikan semua ahli sedia maklum tentang tarikh serta tempat mesyuarat ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Hamidi berkata, langkah berkenaan juga diambil bagi menangani masalah notis yang tidak dapat disampaikan melalui pos.

Mengenai isu kehadiran ahli, beliau berkata, kehadiran yang dicatatkan adalah seramai 241 orang dan jumlah itu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kehendak Perlembagaan di mana Mesyuarat Agung mesti dihadiri sekurang-kurangnya 30 ahli yang membayar yuran tahunan mereka.

“Jumlah ini jauh lebih baik dari kehadiran sebelum ini dan sepanjang pemerhatian kami, kejadian meninggalkan dewan semasa mesyuarat berlangsung tidak pernah berlaku,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang mendakwa ‘meninggalkan’ mesyuarat itu tidak berada dalam dewan ketika mesyuarat berlangsung malah kenyataan bahawa 50 orang terlibat adalah tidak benar.

Katanya, terdapat dakwaan bahawa seorang ahli jawatankuasa (AJK) Cabang adalah bankrap dan tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, semakan di Jabatan Insolvensi pada 21 Januari 2010 telah mendapati AJK yang dimaksudkan terbabit bukanlah seorang bankrap.SH

Read more ...

BN gagal tunai janji

KUALA TERENGGANU, 16 Mac : Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa masih gagal menunaikan sebahagian besar manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Menurut Ariffin, melalui pemerhatiannya masih banyak janji yang diberikan kepada rakyat belum tertunai, terutama dari segi penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia negeri ini.

“Kalau kita tengok, peluang kerja di negeri ini memang kurang, apatah lagi dengan keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya memeritkan lagi mereka mencari kerja,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan BN hanya menumpukan kepada pemberian wang ihsan kepada golongan tersebut sedangkan kaedah itu tidak memberi keuntungan pada jangka masa panjang selain meraih sokongan semata-mata.

Selain itu katanya, usaha pembasmian kemiskinan oleh kerajaan BN juga masih belum berjaya sepenuhnya apabila ramai rakyat negeri ini tergolong dalam kelompok miskin.

“Isu kemiskinan seolah-olah tidak berkesudahan sedangkan ia perkara penting harus diselesaikan bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan lebih selesa berbanding sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Ariffin yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menggesa Kerajaan Pusat menyegerakan pemberian royalti minyak kepada Kerajaan Negeri bagi membolehkan rakyat menikmati hasilnya.

Menurutnya, janji penyerahan itu telah sekian lama dibuat namun belum terlaksana sepenuhnya sehingga menyebabkan pihaknya berasa kesal kerana ia bukan untuk kepentingan pembangkang sebaliknya rakyat negeri ini.SH

Read more ...

Bukan Islam mampu jadi pendakwah

KOTA BHARU, 16 Mac : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan masyarakat Islam di negeri ini gagal mengambil peluang untuk menyebarkan agama Islam kepada jiran yang bukan beragama Islam.

Beliau berkata, perkara itu penting supaya suatu hari nanti golongan bukan beragama Islam ini mampu menjadi pendakwah Islam.

“Islam ini bukan untuk Melayu saja tetapi untuk semua manusia. Kesilapan kita di Kelantan sendiri satu masa dulu, kita tidak terfikir Islam ini hendak disebarkan kepada bukan Islam walaupun Cina atau India duduk di sebelah rumah atau masjid,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10 dekat sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini beliau meminta penduduk Islam Singapura berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada bangsa lain dengan harapan mereka akan berminat untuk mendekati Islam.

“Gerakan Islam satu ketika dulu tidak banyak sangat terbabit dengan perkembangan Islam. Saya juga minta penduduk Islam Singapura berusaha supaya Islam ini turut diperkenalkan kepada orang (bangsa) Cina supaya satu hari nanti mereka akan jadi pendakwah Islam, imam dan khatib.

“Takkan bangsa Cina tak boleh terima Islam kalau kita dedahkan Islam dengan baik. Kita di Kelantan, Pas, walaupun serba kekurangan dalam segala kemudahan komunikasi tapi kini ada kelab penyokong Pas, satu hari nanti kelab penyokong Islam pula,” katanya.SH

Read more ...

Penangguhan GST kejayaan kempen Pakatan


KUALA LUMPUR , 16 Mac : Pakatan Rakyat (PR) mengakui keberkesanan kempen bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilancar mereka sehingga menyebabkan Kementerian Kewangan menangguhkan Pembentangan Rang Undang-Undang itu untuk bacaan kedua dan ketiga yang dijadualkan pada sesi Dewan Rakyat bermula semalam ditangguhkan.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR membantah sekeras-kerasnya pendekatan ekonomi yang tidak jelas seperti GST.

“Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) yakin GST satu-satunya cara menyelesaikan masalah defisit negara tetapi kini mereka mengaku tersilap langkah kerana tidak mengambil kira pandangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Ahli Parlimen PR, di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan menangguhkan perbahasan tersebut akan menimbulkan beberapa masalah baru kepada sektor swasta kerana sejak lima tahun lalu, kerajaan memberi mesej yang berbeza mengenai GST.

“Setiap kali kerajaan mengumumkan keputusan laksanakannya, banyak syarikat terpaksa berbelanja buat persiapan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, PR berpendapat, BN tidak mempunyai komitmen menghantar mesej jelas kepada rakyat, pasaran dan komuniti perniagaan.

“PR minta BN hentikan pendekatan yang tiada kepastian; sama ada GST tidak dilaksanakan sama sekali atau sediakan perancangan jelas mengenai pelan GST agar memberi masa kepada rakyat untuk bersedia,” katanya.SH

Read more ...

Monday, March 15, 2010

Najib lantik penasihat Yahudi










KUALA LUMPUR, 15 Mac : P
erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau. -TVS

Read more ...