Sunday, May 27, 2012

BELUM PUN MENANG!!! Pemimpin UMNO Kedah dah berebut nak jadi Menteri Besar

Desas-desus Mukhriz akan menjadi calon Utama MB Kedah telah bertiup kencang dan dari sumber dipercayai beliau telah mengatur strategi untuk bertanding di DUN Kuah. Banyak aktiviti dan program telah diatur dikawasan Dun Kuah semenjak akhir ini dan dibantu oleh Tun Mahathir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bimbang isu calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional Kedah akan menimbulkan pepecahan di kalangan anggota parti.Sambil berharap persoalan siapa bakal calon Menteri Besar itu ditamatkan, beliau berkata sudah wujud suasana ketegangan yang tidak perlu akibat daripada timbulnya isu berkenaan beberapa hari lepas.

“Saya bimbang sekiranya isu berkenaan terus dimainkan ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti. Harus kita ingat UMNO dibina berdasarkan pasukan iaitu kesepaduan kesemua pemimpin, Kita bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara individu,”.


“Maka apabila ada pihak tertentu cuba cetus persoalan calon Menteri Besar, ia boleh menyebabkan rantaian tindakan yang boleh menjejaskan kesepaduan parti terutama kita sudah hampir pada pilihan raya,” katanya.“Saya amat berharap isu itu ditamatkan. Ia tidak membantu parti malahan merosakkan imej parti, parti pembangkang akan berkata tengok BN, belum menang negeri sudah berebut dikalangan mereka untuk menjadi Menteri Besar,”.


“Saya ingin nyatakan biar kita menang dahulu, kemudian kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk tentukan calon Menteri Besar dan siapa sahaja yang dipilih akan disokong semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persiapan Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.


Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, sekiranya BN menang kelak, semua calon daripada UMNO yang menang pada pillihan raya nanti layak menjadi Menteri Besar


TERLALU AWAL BERCAKAP SOAL CALON MB -Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata


terlalu awal untuk berbincang siapa calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata cerita-cerita menyebut beliau adalah calon Menteri Besar Kedah juga berupa satu khabar angin semata-mata."Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.


Mukhriz berkata beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi.


"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan."Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.


Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah.


UMNO KEDAH UMNO RECYCLE- Pandangan Ahli Biasa UMNO


UMNO KEDAH MERUPAKAN PARTI UMNO YANG TIDAK MEMPUNYAI MUKA-MUKA BARU UNTUK DIKETENGAHKAN DALAM PRU 13. Ini kerana sudah menjadi budaya UMNO Kedah supaya pemimpin pelapis baru tidak mempunyai tempat di dalam UMNO Negeri.


Ini terbukti bila UMNO KEDAH dan UMNO Bahagian mencalunkan semua muka-muka "RECYCLE" yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU 12. Muka-muka recycle ini tidak tahu malu dan masih lagi ingin menjadi calun sedangkan PILIHANRAYA sekarang bukang seperti pilihanraya dulu. Kalau letak monyet, monyet akan menang asalkan guna logo BN.


Tetapi kini rakyat sudah celik dan bukan senang untuk menang sekadar guna logo BN. logo BN pula kini ibarat logo yang tidak disukai rakyat kerana dikaitkan dengan Barang Naik.


UMNO Kedah pula asyik suka sangat kepada pemimpin yang sudak ditolak rakyat namun masih lagi ingin berkuasa di negeri kedah. Almaklumlah itulah budaya UMNO ... UMNO untuk TUO-TUO saja. Budak dan remaja cari parti lain.


Bila ramai remaja mula menjadi Pemimpin di DUN dan Parlimen kerana sikap Parti Keadilan, DAP dan PAS membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT adalah parti yang lebih sesuai untuk remaja.


UMNO cuma adalah sebuah parti yang lebih suka bagi RM 50 sekali sekala untuk menjadi PENCACAI dan PELAWAK. Bayangkan setiausaha Politik Pemimpin Pakatan ramai yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Tetapi di dalam UMNO, lebih-lebih lagi UMNO Kedah, kebanyakkan mereka cuma kelulusan SRP, LCE dan SPM.


Dalam UMNO kalau TAU CAKAP ... dan TAU AMPU cudah cukup untuk menjadi pemimpin di UMNO KEDAH.Kedah.kini

Read more ...

SPR HILANG MANDAT!!! Tidak dipercayai rakyat untuk menguruskan pilihanraya



KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini. Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang.

Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13. Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing.


"Keyakinan rakyat adalah isu besar, rakyat sedar bahawa SPR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk meyakinkan rakyat bukannya keluar mendabik dada."SPR hanya pekerja dan telah lama mendapat kepercayaan rakyat," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.


Apabila ditanya mengenai tinjauan yang membawa keputusan bahawa SPR sudah kehilangan mandat

sebagai badan bebas pilihan raya negara ini, Ambiga berkata :"Ya, saya percaya."

"Ini menunjukkan bukan sahaja kaji selidik tersebut, tapi dibuktikan dengan kehadiran 250,000 ketika perhimpunan Bersih."Beban itu bukan sahaja ditanggung SPR, tapi pihak berkuasa juga perlu memastikan pembaharuan pilihan raya dilaksankan," katanya. Kaji selidik itu menyebelahi Bersih," kata Ambiga.


Beliau berkata hasil kaji selidik itu turut menunjukkan pengundi Malaysia menuntut akauntabiliti daripada SPR dan suruhanjaya itu tidak boleh membiarkan perkara itu."Rakyat tidak membeli penyelesaian ... SPR juga tidak seharusnya memikirkan yang masyarakat tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan, mereka bukan bodoh."


Kaji selidik Merdeka Centre mendapati 92 peratus daripada pengundi menuntut untuk daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus menyatakan keyakinan terhadap pilihan raya di Malaysia bebas dari unsur salah guna kuasa.


48 peratus respondan bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan "dibelenggu" dengan pengundi meragukan seperti warga asing, mereka yang dipindah tanpa pengetahuan atau individu yang memiliki identiti lebih dari satu."


Perhimpunan Bersih 28 April lalu adalah yang ketiga dalam tempoh lima tahun menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.Selepas demonstrasi Julai tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk mengemukakan cadangan terhadap sistem pilihan raya dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporan lengkap.


Bagaimanapun, Bersih mengadakan protes yang menegaskan jawatankuasa itu gagal memenuhi tuntutan

mereka termasuk membersihkan daftar pemilih, pengundi pos, media bebas, dan penggunaan dakwat kekal.Namun Merdeka Centre berkata dalam kenyataannya, kaji selidik yang dijalankan antara 14 April hingga 26 April itu mendapati 39 peratus responden memahami pembaharuan tuntutan pilihan raya.

Bagaimanapun, 34 peratus percaya jawatankuasa dwipartisan itu ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya. Perhimpunan yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan hujung bulan lalu dan menyaksikan pertempuran antara perusuh dan polis telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan melalui demonstrsi.

Read more ...

BAKAL TERDEDAH!!! Siapa Menteri UMNO kantoi akibat nafsu serakah?




 
gambar hiasan
 
Selepas isu Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal yang hubungannya dengan artis Zahida Rafik terdedah kepada pengetahuan umum dan dipercayai sudah berkahwin di luar negara, seorang lagi menteri UMNO turut 'terkantoi' baru-baru ini kerana menyembunyikan perkahwinan dengan isteri keduanya sejak lebih setahun yang lalu.

Menteri terbabit dipercayai sudah melangsngkan perkahwinan kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya di luar negara dan selama ini berjaya menyimpan rahsia itu kerana beliau diatakan tidak menunjukkan unsur-unsur yang mencurigakan, termasuk sentiasa bermalam di rumah setiap malam kecuali jika ada tugasan di luar kawasan.


Bagaimanapun isterinya yang dikatakan sudah mendengar 'bisik-bisik burung' bahawa suaminya telah menikah lagi satu sejak beberapa bulan lalu, tidak terus mempercayainya sebaliknya telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengintip gerak-gerinya suaminya itu.


Hasil daripada pengintipan dan bukti-bukti yang diperolehi melalui hasil kerja penyiasat persendirian itu akhirnya mengesahkan bahawa menteri terbabit bukan saja didapati sudah berkahwin lagi, bahkan dikatakan sudah memperolehi seorang anak hasil perkahwinan keduanya itu.


Isteri keduanya yang dipercayai dinikahi di luar negara itu adalah bekas seorang model dan tidaklah terlalu popular dan glamour seperti Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Afdal.


Oleh kerana perkahwinan yang cuba disembunyikan itu sudah terkantoi, kini hubungan menteri terbabit dengan isteri pertamanya berada dalam 'zon perang dingin' dan menteri berkenaan juga didapati sudah kurang muncul di dada-dada media sama ada bercakap tentang isu politik mahupun melibatkan tugasan kementeriannya.


Malahan jika diperhatikan wajah terbarunya yang sesekali muncul di akhbar dan tv, kelihatan raut wajahnya tidak lagi ceria, sedikit susut dan bagaikan sudah hilang aura sebagai seorang pemimpin yang diharapkan untuk masa depan UMNO.


Tindakan menteri terbabit berkahwin lagi dan menambah bilangan isteri sebenarnya tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana beliau memang berkemampuan tetapi sebagai seorang menteri dan anggota pentadbiran kerajaan sepatutnya menghormati undang-undang syariah Malaysia yang menetapkan bahawa mana-mana lelaki yang ingin menikah lagi harus mendapat kebenaran daripada isteri pertama terlebih dahulu.


Adalah amat jelek dan menimbulkan kecacatan kredibiliti bahawa seorang menteri pun sanggup melanggar undang-undang hanya kerana gagal mengawal nafsu sendiri.


Selain itu, tindakan menteri terbabit berkahwin lain juga menimbulkan persepsi tidak baik kepada masyarakat dan seolah-olah mengesahkan kebenaran tanggapan umum selama ini bahawa antara hobi pemimpin UMNO dan kerajaan bila disaluti kuasa dan kemewahan ialah menambah bilangan isteri, dan bukannya melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat.


Dengan beberapa orang menteri UMNO yang sebelum ini turut diketahui mempunyai lebih daripada seorang isteri dan mempunyai pelbagai hubungan terlarang walaupun diketahui 'tidak sekacak mana', terbongkarnya rahsia seorang lagi menteri ini pastinya menambah-burukkan imej UMNO di mata umum.


Itu belum didedahkan lagi bagaimana kemewahan yang dilimpahkan kepada isteri barunya itu dan ia akhirnya akan meleret pula kepada bagaimana sumber-sumber kemewahan itu diperolehi sebagaimana yang terjadi kepada Shafie Afdal.


Jika itu terbongkar nanti, UMNO dan kerajaan juga yang menanggung bebannya. Harapan kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya pasti akan terjejas dalam PRU 13 ini kerana perlakuan sebegini adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahu berubah walaupun kuasa yang dipegang kini sudah berada di tepian gaung.


Sebagaimana kata-kata seorang bekas menteri, " orang lelaki yang bekahwin lebih dari satu tidak boleh dipercayai cakapnya kerana mereka akan berbohong sepanjang masa".


Kalau isteri dan keluarga pun boleh dibohongi, rakyat apatah lagi!! (SH21/05/2012)

Read more ...

KES NAYA!!!Orang UMNO kena tipu hidup-hidup oleh Taukeh Sekinchan Ikan Bakar


Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

 

Sekali lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau telah mendakwa mengalami kerugian akibat Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui, meskipun Tun Mahathir telah mengatakan hanya orang-orang bodoh yang kini bersama UMNO, yang memimpin ahli-ahli UMNO itu tidaklah sebegitu bodoh sebenarnya.

Perlu kita akui dalam beberapa hal, pemimpin UMNO ini sangat bijak terutama sekali menipu dan memperbodohkan ahli-ahlinya dan juga rakyat Malaysia.
Mereka bijak dalam hal membina kekayaan dengan memperbodohkan penyokong-penyokong dan juga ahli UMNO sendiri.

Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan?

Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu?

Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000?
Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini..
Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.
1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..

Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya..

Lamborghini Aventador LP 700-4
Dengan RM14 Juta itu beliau mampu memiliki 7 buah Lamborghini model 2012 iaitu Aventador LP 700-4 yang berharga sekitar RM2 Juta sebuah.
Adakah Datuk Jamal bodoh?

Beliau tidak bodoh… tatapi beliau bijak mempergunakan dan mengambil kesempatan dari orang-orang yang bodoh untuk mengaut keuntungan sebenarnya..

Berikut adalah syarat-syarat yang sudah tidak lagi kelihatan dalam “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan”…
    
Oleh itu… jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!!

Sumber: DI SINI

jomkitabaca

Read more ...

JOM BACA!!!Yang akan hilang kuasa ialah UMNO, bukan Melayu

Mari kita lihat tektik UMNO dalam menipu bangsa Melayu..
  • Justeru itu kami berasa terpanggil bagi mendidik generasi muda melayu bagi memahami situasi yang meruncing serta merugikan bangsa melayu islam seluruhnya.
  • Tektik UMNO ini adalah pengaruh yahudi dengan mengunakan tentera-tentera dajalnya bagi melemahkan daya pemikiran umat islam di seluruh kepulauan Melayu ini dari bangkit meperjuangkan hak mereka dalam beragama.
  • Tektik UMNO untuk menggugut pengundi Melayu. Kata mereka kalau UMNO kalah dalam pru-13, orang melayu akan hilang kuasa. Sebenarnya UMNO yang hilang kuasa, bukan orang Melayu. Kalau calon Melayu UMNO kalah, calon Melayu PKR dan PAS lah yang akan menang. Bukankah calon Melayu PKR dan calon Melayu PAS juga Melayu?
  • Bersandarkan fakta kedudukan Dewan Rakyat selepas PRU-12 (2008) dibandingkan ketika PRU-11(2004), jumlah calon melayu (2004) adalah sebanyak 123 orang, manakala jumlah calon Melayu (2008) adalah sebanyak 130 orang.
  • Walaupun selepas UMNO kalah 5 negeri kepada pakatan rakyat, jumlah calon Melayu yang menang bertanding telah meningkat sebanyak 7 orang. Peningkatan dari 58.1% dari tahun 2004 kepada 62.8% di tahun 2008. Jelas dari fakta ini, kenyataan dari UMNO dan Barisan Nasional bahawa Melayu akan hilang kuasa jika UMNO kalah di PRU-13 ini adalah sesat semata-mata.
Rakyat sudah bijak menilai fakta yang sedia ada dan tidak mudah ditipu oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional  melalui media murahan mereka yang sentiasa suka melacurkan etika kewartawanan demi kuasa diri, keluarga dan kroni-kroni.

Hancurkan UMNO, hancurkan Barisan Nasional, negara selamat.jomkitabaca

Read more ...

DEDAH!! Wakil Rakyat BN salah guna kuota pembelian rumah kos rendah semasa perintah Selangor?

Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat akan didedahkan.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .

“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .

“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Serah semula rumah

Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga sekarang.

“Ba
gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri – Sharipah Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.

“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.

Read more ...

MUSNAHLAH HARAPAN!!! Setpol Najib tersungkur di kaki MCA

Di antara pegawai Najib yang paling ghairah untuk menjadi calon pilihanraya ialah Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah Pengerusi BN Wangsa Maju dan Ketua Penerangan UMNO WP.

Sejak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 2008 lagi, antara umpan kempen yang sering digunakannya ialah beliau boleh "berbisik" dengan Najib supaya mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA kepada UMNO.


Atas kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Najib di Kementerian Kewangan dan gembar-gembur tentang hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, umpan yang digunakan itu memang mudah menambat hati ahli dan perwakilan UMNO. Ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila tidak lama selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian, beliau juga berjaya meyakinkan pucuk pimpinan agar memberikannya pula jawatan Pengerusi BN Wangsa Maju yang sebelum ini dipegang oleh Yew Tiong Look daripada MCA.


Namun perkembangan dalam politik semasa sekarang ini memperlihatkan bahawa Najib tidak akan menukar ketetapan kouta antara parti-parti dalam komponen BN yang telah dipersetujui sebelum ini. Ini bermakna, sekurang-kurangnya dalam konteks WP, pembahagian kouta adalah kekal sepertimana dalam pilihanraya 2008 lalu.


UMNO akan terus bertanding di Putrajaya, Setiawangsa, Titiwangsa dan Lembah Pantai sahaja sementara lain-lain kerusi akan ditandingi oleh MCA dan Gerakan. Najib dipercayai tidak mahu menanggung risiko perpecahan di kalangan komponen BN dan kehilangan sokongan bukan Melayu pula jika beliau bertindak menukarnya dalam suasana sekarang.


Ini bermakna harapan UMNO dan Shafie Abdullah untuk melihat kerusi Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO tidak akan kesampaian dalam PRU ke 13 ini.


Tersungkurnya harapan Setiausaha Politik Najib untuk bertanding di Wangsa Maju diperkuatkan lagi bilamana MCA akan menganjurkan jamuan makan tengahari besar-besaran bersama NGO-NGO dan persatuan penduduk seluruh Wangsa Maju pada Ahad, 27 Mei ini di Kampung Pengantin, Jalan Genting Kelang yang akan turut dihadiri oleh semua pucuk pimpinan MCA termasuk Dr Chua Soi Lek dan mereka yang memegang menteri, timbalan menteri dan sebagainya.


Di majlis itu nanti, semua pemimpin atasan MCA akan diselerakkan untuk duduk dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Wangsa Maju.


Keberanian MCA mengadakan majlis jamuan yang dijangka dihadiri oleh lebih 1,000 orang itu dan kesediaan semua pimpinan kanan MCA turun ke Wangsa Maju adalah indikator jelas bahawa kerusi MCA akan terus kekal ditandingi oleh MCA dalam pilihanraya akan datang ini.


Tetapi jika indikator itu belum memadai, pada 29 Mei ini pula Najib sendiri akan turun ke Wangsa Maju dalam satu majlis di Kolej Tunku Abdul Rahman atau TAR Kolej yang merupakan IPTS milik MCA. Ini bermakna sekali lagi sebahagian besar pemimpin kanan MCA akan berada di Wangsa Maju.


Dua majlis yang diatur oleh MCA dalam tempoh seminggu itu termasuk kesediaan Najib sendiri turun bersama MCA adalah petanda yang cukup jelas bahawa Shafie akan terus "menggigit jari" untuk menjadi calon piliharaya di Wangsa Maju, bahkan beliau akan terpaksa bekerja kuat memastikan kemenangan calon MCA demi maruah UMNO dan Najib walaupun mengambil sikap yang keras dan bermusuh dengan pemimpin MCA Wangsa Maju sebelum ini.


Calon MCA dalam pilihanraya 2008 ialah Yew Tiong Look tetapi beliau kalah dengan 150 undi kepada calon PKR, Wee Choo Keong. Bagaimanapun Wee kini telah meninggalkan PKR dan menjadi calon Bebas yang menyokong BN serta kepimpinan Najib.


Dengan gagalnya misi "berbisik" kepada Najib untuk memperolehi kerusi Wangsa Maju, Shafie dijangka tidak mudah patah semangat dan akan mencuba "berbisik" buat kali kedua untuk membolehkannya bertanding sama ada di Parlimen Setiawangsa mahupun di Titiwangsa pula.


Kerusi Setiawangsa paling menjadi idaman beliau kerana kawasan itu adalah sebahagian daripada Parlimen Wangsa Maju sebelum berlakunya pecahan kawasan pada 2004, selain terdapatnya puluhan ribu undi pos di situ yang lebih memudahkannya untuk memperolehi kemenangan.


Shafie juga turut mengintai untuk bertanding di Titiwangsa bagi mengulangi sejarah tahun 2004 di mana Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju ketika itu, Astaman Abdul Aziz telah dipayungterjunkan untuk bertanding di Titiwangsa menggantikan Drs Suleiman Mohamad.


Jika misi "berbisik" dengan Najib kali kedua itu juga menemui kegagalan, beliau mungkin terus "berbisik" buat kali ketiga pula tetapi kali ini mungkin dengan memperlahankan sedikit nada suara bisikannya iaitu dengan meminta dilantik sebagai Senator pula.


Sekurang-kurangnya dapat juga bergelar Yang Berhormat!! (SH 25/05/2012).

Read more ...

Saturday, May 26, 2012

RUPANYA!!!! Hiburan maksiat Himpunan Belia Negara diluluskan oleh Majlis Pengampu Negara

DILULUSKAN OLEH MAJLIS PENGAMPU NEGARA

Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik". 
Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. 
Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti. 
Bagi aku, secara asasnya Himpunan Belia ni ada kebaikannya. Diwujudkan karnival mencari kerja dan ruangan utk para peniaga untuk berniaga dan mempromosikan barangan depa. Kita lupakan sejenak yang Himpunan ini merupakan salah satu cara UMNO BN untuk meraih sokongan belia. 
Lupakan sejenak betapa pelbagai penyalahgunaan jabatan dan kementerian awam dalam penganjuran dan promosi Himpunan Belia ini. 
Lupakan, jika boleh, bahawa ini merupakan satu cara Najib untuk melawan pengaruh PR dalam menganjurkan perhimpunan terutamanya selepas himpunan UMNO di Bukit Jalil tak "menjadi". 
 Lupakan juga betapa pelajar2 sekolah diarahkan oleh kementerian pelajaran menerusi sekolah masing2 untuk hadir memeriahkan suasana agar tercapai target "jutaan belia" hadir. 
Cuma, yang aku kesalkan MENGAPAKAH PERLU DISELITKAN perkara2 yang HARAM seperti konsert K Pop untuk menarik minat belia menghadiri himpunan ini? Mengapa mesti disajikan persembahan yang langsung tak membawa apa2 pengisian baik dari segi jasmani mahupun rohani ini? 
Malah, yang dibawa bukanlah artis tempatan pun tetapi disumbatnya artis2 Korea dan Jepun! Patriotik apa namanya ni kalau bab menyanyi pun kena import? Artis2 kita ni layak buat opening act je ke? Menyentil populariti orang lain? Inilah yang benar2 buat aku pelik. 
Apa kaitannya konsert K Pop untuk melahirkan generasi yang cakna dan berwawasan? Adakah ada pengisian dari segi memantapkan akidah? Ada ke modul untuk mencambahkan rasa cinta terhadap Jalur Gemilang? Ada? 
Yang ada hanyalah anak2 muda yang majoritinya melayu (tak perlu ambil kira org2 luar negara) terkinja2 menjerit2 memuji muja penyanyi2 K Pop kesayangan depa, sampai ada yang sanggup menconteng muka dan tangan dengan pewarna untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang depa terhadap artis2 kafir itu. 
Malah kalaulah berpeluang, remaja2 ini - perempuan majoritinya dan ada yang bertudung pun - pastinya akan memeluk cium artis2 pujaan depa ni tak nak lepas2! Inikah pengisian yang ingin dibawa oleh UMNO BN? 
Pada tahun lepas, ketika himpunan yang sama berjalan (dan sekali lagi artis K Pop dijemput menyanyi), ada puak2 yang menembak aku dengan menyatakan "kenapa tak kutuk konsert di I City" dan seumpamanya. 
Kali ini, depa nak jawab apa lagi - 2 tahun berturut2 hiburan maksiat serba lagha ini dianjurkan sedangkan kerajaan negeri Selangor TIDAK LAGI MENGADAKAN KONSERT LAGHA SECARA BESAR2AN, dan pada kali ini situasinya jauh lebih biadab - sanggup membatalkan tauliah mengajar kepada seorang Ustaz supaya kuliahnya di Putrajaya dibatalkan kerana bertembung dengan aturcara program Himpunan Belia ini, yakni konsert K Pop tersebut. 
 Inilah hakikatnya - konsert K Pop diutamakan berbanding Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus. Konsert maksiat serba lagha didahulukan, pengajian ilmu akhirat diketepikan. Inikah transformasi yang dicanangkan oleh pentadbiran Najib? Men"transform"kan belia negara daripada hanyut kepada SESAT LARAT? 
Apakah satu dosa kiranya penganjur menyelitkan kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus ini sebagai salah satu agenda program utama? Alang2 dia dah ada kat Putrajaya kan? Aku yakin, jika penganjur buat mcm ni sudah pastilah depa akan mendapat segenap pujian dari semua pihak dan dari segi political mileage, ini adalah satu benda yang amat hebat untuk populariti depa. 
Even kalau tak jemput Ustaz Azhar Idrus pun atas alasan beliau ini agak cenderung ke PAS, buatlah program2 seperti diskusi agama bersama ulama muda UMNO. Payah sangat ke? Tetapi depa memilih untuk terus melaghakan belia negara. 
Depa memilih untuk terus menjahilkan belia2 masa depan negara ini. Depa mahu menarik minat belia, tetapi depa memilih cara yang haram. So yang datang pun semuanya yang mcm haram la. Aku menaip bukanlah marahkan depa yang datang. Budak2 ni jahil. 
Hijab minda tak terbukak lagi jadi golongan sebegini perlu kita didik dan tuntun dengan baik serta mengikut landasan agama agar depa tidak terpesong. Ustaz Azhar Idrus - yang amat mengagumi Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyid al Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz - telah melakukan tugas yang amat menakjubkan apabila berjaya menarik minat pelbagai golongan termasuklah golongan muda, kaki lepak, kutu rayau, mat rempit, artis malah golongan mat pit untuk menggali isi kuliahnya. 
Berapa ramai budak2 remaja yang mengikuti dengan tekun kuliah2 Ustaz Azhar - dan aku temui - mula berubah fikrah depa iaitu lebih ke arah keIslaman? Depa tetap remaja - lepak, main bola, main gitar tepi tembok, merempit tetapi depan mata aku sendiri, lagi 10 minit nak maghrib depa pun brsurai dari melepak - "weh, nak maghrib ni. blah blah blah. lambat lak nak pi surau sat gi". 
Inilah impak yang amat positif! Alangkah indahnya kalau SEMUA belia kat negara ni berjaya dituntun ke arah ini! Malah, jika depa benar2 didedahkan dengan Islam dan Iman, depa akan jadi lebih kuat dan kukuh kesetiaan dalam hati dan ini termasuklah kecintaan dan kesetiaan kepada negara sebab Islam sememangnya mengajar kita agar setia dan berkorban untuk negara dengan ditunjangi ruh Islami. 
Inilah asas utama melahirkan belia patriotik. Yang menjadi sasaran kemarahan aku adalah penganjur. Penganjur yang berterusan mencambahkan bibit2 lalai dan maksiat dalam diri anak2 muda kita. 
Meminjam kata2 Najib, inilah "HARAM JADAH"! Alhamdulillah, walaupun tempat kuliah terpaksa diubah demi memberi laluan kepada "pengisian ala-UMNO", Masjid As-Salam di Puchong Perdana tadi tetap penuh sesak menerima kehadiran belasan ribu umat manusia - 60% daripadanya belia - yang dahagakan curahan ilmu dan tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus. 
Gambar2 yang dikongsi di laman Facebook rasmi UAI membuatkan aku terfikir, "alangkah bodohnya UMNO BN!" Nak buat mcm mana, depa mmg bodoh. Mendahulukan maksiat banding rahmat. Dan ini kot "Islam Wasatiyyah" ala UMNO. 

Mana geng ILMU, fathul bahri dan orang-orang agama dlm UMNO?. Itulah hakikat sebenar kerja mereka, hanya menjadi "ilmuan terompah" yg "dirasuah" untuk menzahirkan kefasiqkan dan kemaksiatan sebagai satu amalan mulia pimpinan mereka. Dipakai oleh pimpinan mereka hanya apabila saat diperlukan. Laknatullah alaih!. -Ikhlaskanlah dengan ilmu Allah, jangan perniagakannya. - [Gambar di atas menyatakan bahawa program tersebut mendapat restu dan redha ilmuan agama yg mengaku islam dlm UMNO - anda nilaikan]

Read more ...

DEMO RAKYAT!!! Najib tuduh 'Demo-Crazy' , tapi tak sedar UMNO dok anjur demo 'gilab**i'

Tun Mahathir dah tua tapi masih bercakap soal politik yang pertahankan Umno-BN.Patutnya kita tak lagi bercakap dan menyerang Tun.Bukan ada untung apa beliau bukan lagi PM Malaysia.

Tapi bila Tun kata PR akan bertindak ganas iringi kekalahan mereka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kita kena jawab balik apa yang disebut Tun tu adalah terbalik.Umno lah yang akan jadi ganas kalau hilang kuasa di Putrajaya.

Dalam zaman Umno berkuasa ni pun banyak serangan samseng dah berlaku seperti samseng Jalan Kebun pukul India, samseng Dataran Merdeka pukul dan belasah mahasiswa,samseng di Melaka baling batu dan telur dan terkini samseng Umno Wilayah Persekutuan KL baling batu dan telur di Lembah Pantai sampai ada warga emas dan kanak-kanak cedera parah.


Seperti biasa Umno baling batu sembunyi tangan atas segala kerja ganas dan samseng yang Umno buat.Mampoih tak mengaku.

Tu zaman Umno ada kuasa berlagak samseng, kalau kalah dan hilang kuasa di Putrajaya agak-agak la berapa banyak yang mati kena bunuh dengan samseng Umno?

PM Najib belajar daripada Mahathir dan Rosmah macam mana nak cakap putar belit dan berkuntau lidah dengan rakyat Malaysia.Kata PM Najib dalam laporan malaysiakini
Najib:Demokrasi bukan 'demo-crazy'

"Apa yang kita buat tak lain tak bukan kita amalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi bukan demonstrasi jalanan, tendang anggota polis.

"Itu bukan demokrasi, itu 'demo-crazy'," kata Najib sewaktu merasmikan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya -Lapor Malaysiakini 


Ni cakap putar belit dan perlecehkan tuntutan rakyat namanya.Semua rakyat dan dunia tahu pihak polis yang dapat arahan regim Umno-BN lah yang paling ganas dalam demo Bersih 3.0.
Hanya Umno yang tak mengaku dan buta mata hati. Bagaimana yang kena terajang dengan polis atas arahan regim zalim Umno-Bn dalam demo Bersih 3.0.
Ni la kerja Umno daripada dulu,kini dan selamanya.Tapi ni bukan demo-crazy tapi demo gilab**i!

Rakyat tuntut pilihanraya Bersih yang begitu mudah ditunaikan kata demo-crazy tapi Umno lagi teruk dah jadi gilab**i.Jangan harap tuntutan mudah ini ditunaikan.Tunggulah macam tunggu dan tengok babi panjat pokok dan boleh terbang!Misai Merah

Read more ...

BATAL DI PUTRAJAYA!!! Ribuan anak muda penuhi Masjid As-Salam dengar Kuliah Ust. Azhar Idrus

Koleksi foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam ,,,
Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda..

Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

Read more ...

ANGKARA UMNO!!! Adik Nurul Balqish sambut Hari Lahir dengan tangan berbalut

KUALA LUMPUR 26 MEI: Perbuatan samseng Umno menyebabkan Nurul Balqish Mohd Isa berusia 12 tahun terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran dengan tangan berbalut akibat dilempar batu.

Anak bongsu dari tiga beradik itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa jam sebelum keganasan itu berlaku.


"Saya berada di sebelah pembesar suara bersama ayah. Tiba-tiba keadaan jadi gelap.


"Serentak itu, saya terasa balingan batu dan tangan kiri berasa sangat sakit.


"Ayah periksa dan terus bawa saya ke klinik," katanya kepada Keadilan Daily dengan tangan yang bengkak dan berbalut.

Ibu mangsa, Adita Ketek apabila mengetahui keadaan itu, terkejut dan sedih hingga menangis.


"Saya tak sangka terjadi perkara ini. Bagaimana jika kena mata atau kepala anak saya? Semoga tuhan sahaja yang membalas," katanya.


Keganasan samseng Umno di Pantai Dalam sekitar jam 11 malam itu menyaksikan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera akibat dilontar batu, telur dan botol air.


Malah, seorang warga emas berlumuran darah akibat dibaling batu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap hingga menimbulkan kemarahan Ketua Pembangkang itu.


Kejadian berlaku selepas bekalan elektrik di lokasi ceramah disabotaj.


http://keadilandaily.com/mobile/?post=30901

Read more ...

TERKINI!!! Dua penonton cedera parah di Himpunan Belia 2012 Putrajaya




Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.


Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.


Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.


Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.


Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.


JALAN PULANG

Read more ...

500 ARTIS!!! UMNO bagi pengisian rohani kepada belia



Wassatiyah apa ni? Mesej pengisian rohani dengan konsert 500 artis ? Bangang apakah yang melanda seluruh Kerajaan Malaysia? 

Mana jawatankuasa fatwa ?
Mana Imam Muda ?
Mana Mohd Razi Othman ?
Mana Jamil Khir ?
Mana Zul Kulim?
Mana Hassan Akidah ?

Apa yang dah masuk dalam kepala ko orang ni weyh ? Apsal bangsat sangat ? Sampai ke tahap jijik gini pon, lu orang pilih untuk berdiam diri. Celaru sungguh la autoriti agama yang ada kat tanah melayu. Me'layu' sungguh.




Ni .. terselak tersiat sampai nampak seluar kecik.. pengisian rohani hotak luorang. Nganga la sampai mati weyh.. ampulah sampai ke kubur.. jual lah agama sekehendak  ko orang .. TAPI INGAT ~!! Allah Maha Mengetahui.ghaflah

Read more ...

MELAYU DIUSIR!!! Hanya rekaan fitnah UMNO untuk burukkan Kerajaan PR


PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.

Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.
Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.
"Bagikan saya senarai 50 buah kampung yang bakal diusir oleh mahkamah.  Saya nak tengok dengan bukti sekali  sebab setahu kami tiada pun kejadian itu berlaku melainkan cadangan kerajaan negeri mahu menaikkan taraf perkampungan Melayu sedia ada dengan lebih proaktif berdasarkan kepada rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang  2020," tegas Mansor ketika dihubungi.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung Titi Teras, Kampung Pondok  Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang di bahagian Balik Pulau.
Di bahagian Seberang Perai pula membabitkan Kampung Ceruk To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Ara Kuda, Kampung Sungai Acheh, Kampung Kota Aur dan Kampung Mengkuang Titi.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri senantiasa memantau jika ada tanah yang terlibat dengan syarikat untuk dibangunkan sepertimana yang telah berjaya diatasi seperti di Kampung Perlis 10 Kongsi, Bayan Lepas di mana 84 orang berbagai bangsa tidak mendapat geran dari 1987 yang diatasi pada 2011.
Selain itu ialah Kampung Cross Street, Bukit Mertajam, perobohan 12 buah rumah di Kampung Sungai Nibung Besar, 22 buah rumah diatas tanah milik KL Metro Development Teluk Kumbar Balik Pulau, Perumahan PPR Sungai Chenaan Seberang Perai Selatan, Kampung Melayu Tanjung Tok Kong Fasa 4A, Kampung Binjai Bayan Lepas, 13 keluarga  bangsa Cina di Kuala Jalan Baru Balik Pulau dan Kampung Bagan Serai Seberang Jaya.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat perancangan begitu berhemah dan baik  demi rakyat yang tercinta.

“Kami tidak  sekali-kali menginaya penduduk sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan BN yang terdesak," katanya yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

Read more ...

PANAS! Samseng UMNO ikut 'Arahan Provokasi' Mahathir??


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tak sudah-sudah buat onar lagi!

Terbaru, Mahathir mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.


Dakwa Mahathir, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.


"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.


"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.


Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.


Tidak seperti di era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikecam beliau, Mahathir memilih untuk membantu menyerang Pakatan Rakyat dan menyembunyikan ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran Najib.


Alasannya mudah.


Beliau tidak mahu BN yang semakin lemah hilang kuasa dan seterusnya membolehkan seteru politiknya utamanya, Anwar Ibrahim menerajui Putrajaya.


Oleh itulah kita lihat kini Mahathir lebih banyak memberi komen berhubung politik negara berbanding isteri PM, Rosmah Mansor!


Walaupun di awal pentadbirannya, Che Det mengkritik dua mantan PM iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn kerana didakwa selalu bersuara mencampuri urusan pentadbiran negara, kritikan beliau nampaknya terkena batang hidung sendiri apabila gemar bercakap mengkritik penggantinya pula.


Kepakaran Mahathir sebagai seorang 'spin doctor' boleh dilihat dalam isu samseng politik yang kian menjadi-jadi sekarang ini.


Walaupun para pemimpin Umno bersungguh-sungguh menafikan pembabitan parti itu dalam beberapa kejadian di seluruh negara, umum mengetahui siapakah dalang dan punca kejadian samseng-samseng itu mengganas.


Kejadian terbaru membabitkan ceramah anjuran KeADILan di Lembah Pantai.


Ceramah yang disampaikan Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar 24 Mei lalu dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur oleh Pemuda Umno.


Seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke klinik kerana tercedera terkena batu di kepala.


Motif Umno mengadakan ceramah lebih kurang 100 meter daripada lokasi ceramah anjuran KeADILan itu juga bertujuan mewujudkan ketegangan. Apatah lagi ceramah itu disampaikan penglipurlara cerita lucah dan porno Umno, Umi Hafilda Ali.


Malah Umi Hafilda dilapor memekikkan perkataan "Anwar al-Jub*ri.


Dia pro-Israel.


Dia bapa kaki perempuan" bagi menenggelamkan ceramah Anwar.


Hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai juga dilapor menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini".


Ucapan Nurul Izzah turut tertangguh 15 minit apabila bekalan elektrik sengaja dipotong.


Walaupun Umno Lembah Pantai yang dipimpin Raja Nong Chik menafikan terlibat dalam insiden ganas dan sabotaj itu, bukti-bukti yang wujud tidak boleh menafikan penglibatan Umno.


Begitu juga dengan insiden yang menimpa Anwar di Johor dan Pahang apabila kereta milik Ketua Pembangkang itu menjadi mangsa tindakan samseng upahan Umno.


Di Melaka, program menampilkan Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan baru-baru ini turut diganggu samseng.


Malah Adun (Umno) Serkam dan Ahli Parlimen (Umno) Jasin turut dikesan berada di dalam kawanan gerombolan samseng tersebut.


Beberapa kejadian kacau ganggu di hadapan kediaman Ambiga pasca himpunan bersih 3.0 punya kaitan dengan samseng Umno.


Walaupun pihak-pihak terlibat melindungi kegiatan samseng mereka di sebalik nama badan bukan kerajaan (NGO), carian di internet membuktikan penglibatan mereka dengan Umno.


Walau bagaimana kerasnya penafian pemimpin Umno terhadap pembabitan parti itu dengan gerombolan samseng, Umno tidak boleh bersembunyi di sebalik lalang nan sehelai.


Di Melaka sebagai contoh, budaya samseng politik dipelopori Pengerusi Perhubungan Umno yang juga Ketua Menteri, Ali Rustam sendiri.


Menjadi hobi kepada Mohd Ali untuk mengadakan 'ceramah kilat' berhadapan lokasi pentas ceramah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.


Mohd Ali akan menjerit-jerit menggunakan pembesar suara bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat walaupun yang berada di hadapannya hanyalah sekitar 20 atau 30 orang penyokong Umno/BN.


Di Terengganu, sikap yang sama ditunjukkan pemimpin Umno apabila menganjurkan siri kempen "PAS Parti Ajaran Sesat".


Apa yang melucukan, tatkala ghairah menuduh PAS sebagai 'sesat', Umno masih teringin untuk bermuzakarah bagi mencapai 'perpaduan ummah'.


Begitulah hebatnya Umno bersandiwara untuk mengekalkan kuasa.


Walaupun tindakan provokatif dan samseng Umno ini dilakukan secara berleluasa, namun ia tidak langsung dilihat sebagai satu ancaman oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap keselamatan negara.


Hatta mantan Ketua Polis Negara sendiri menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'bapa kafir' hanya semata-mata kerana menyokong perhimpunan duduk, bantah Bersih 3.0.


Mungkin juga pihak polis berasa 'malu alah' memandangkan penaja dan pelopor kegiatan samseng ini ialah para pemimpin Umno yang sebahagiannya ialah memimpin kerajaan.


Kumpulan-kumpulan samseng ini juga berselindung di sebalik nama NGO.


Mereka juga mendapat pelbagai gelaran yang dianugerahkan pemimpin Umno. Antaranya "benteng ketiga pertahanan negara".


Tidak hairanlah jika ada penganalisis politik meramalkan PRU13 akan datang bakal menjadi PRU paling buruk dalam sejarah negara.


Kegiatan samseng politik akan sampai ke kemuncaknya pada waktu itu.


Dan tidak seperti tanggapan Mahathir, kegiatan samseng dan ganas itu bukan dipelopori Pakatan Rakyat tetapi didalangi BN yang sudah tentunya diterajui Umno!

Read more ...