Hari ini, Hafiz Nordin muncul lagi di TV3!, bekas Ketua Pemuda Pulau
Pinang ini masih lagi ahli Pas tapi sering menyerang partinya sendiri
dengan dibelakangi oleh hampir kesemuanya musuh Pakatan Rakyat.Malam tadi dia muncul mengumumkan keadaan getir yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang terutamanya di Butterworth yang sedang dilanda serangan aktiviti memurtadkan mereka.
Dikhabarkan bahawa terdapat sekumpulan aktiviti Kristian yang sedang giat mengetuk pintu dari rumah ke rumah dengan hasrat menjual Bible dalam bahasa Arab. Jika di layan, hasrat menjual tersebut akan bertukar menjadi pemberian percuma.
Kumpulan NGO atau gabungan organisasi yang risau keselamatan akidah umat Islam tersebut yang menjadikan Hafiz Nordin sebagai jurucakap mereka merasa amat risau takut-takut umat Islam di Pulau Pinang akan membaca Bible dalam bahasa Arab itu lalu jatuh murtad!.
Mungkin majoriti daripada Umat Islam di Pulau Pinang amat fasih berbahasa dan membaca kitab Arab, saya tak berapa pasti, tapi agak sukar untuk mencari penterjemah setiap kali ada jemaah tabligh dari tanah arab singgah di Masjid-Masjid di sana. Agaknya ramai umat Islam di Butterworth panda Arab secara diam-diam dan hanya akan digunakan untuk membaca Bible dan bukan untuk membaca Al-Quran.
Hafiz Nordin beserta kawan-kawannya yang lain akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di P Pinang agar akidah umat Islam akan terpelihara. Tempat di mana himpunan tersebut akan diadakan belum ditentukan lagi.
Rasa letih dengan pendapat sesetengah orang bahawa orang lain perlu menjaga akidah orang lain. Letih juga dengan pendapat baca Bible boleh bawa murtad dan letih dengan pendapat berhimpun boleh memelihara akidah.
Umat Islam di Malaysia dijajah oleh bangsa Kristian sejak 1511 dan hampir kesemuanya masih kekal Islam. Terdapat lebih daripada 260 sekolah berorientasikan kristian atau sekolah mubaligh kristian di negara kita yang wujud sejak sebelum merdeka, dan umat Islam masih kekal Islam. Isu ini juga tidak pernah dibangkitkan oleh penyelamat akidah secara besar-besaran serta mendapat liputan media seperti sekarang. kenapa kini ia menjadi kalut???
Apa mungkin ini cubaan melabelkan DAP yang memerintah Pulau Pinang sebagai sebuah parti yang cuba memertadkan orang Melayu?Warta Subhi










SEMALAM ReJaM© berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru.