Tuesday, October 23, 2012

UMNO BACUL!!! Soi Lek boleh kata apa, UMNO akan pertahankannya

 
KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Read more ...

FAKTA KEMARAHAN UMNO!!! 4 tahun Pakatan tadbir Selangor lebih baik daripada 55 tahun BN

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya.

“Kita ada wang lebihan RM2 bilion, semasa Umno BN kejayaan itu tidak pernah berlaku. Ini baru empat tahun (Pakatan) perintah, jadi lebih baik Pakatan daripada BN walaupun 55 tahun tadbir.

“Kalau kerajaan nak beri duit, ambik, jangan tak ambik, kerana itu duit kita, bukan dia punya,” kata Khalid disambut sorakan 500 penyokong yang tidak berganjak dalam hujan lebat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Sekamat, Taman Klang Utama, Klang, petang Ahad lalu.

Khalid berkata, konflik yang sengaja dicipta Umno BN memakan diri mereka apabila kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar.

“Mereka sengaja nak cari salah kita, tapi rupanya dia (BN) yang buat salah. Untung hutang Talam, dia cakap kita kutip hutang, silapnya dia yang bagi Talam hutang tapi tak kutip hutang.

“Isu air pula dipolitikkan, jadi hujan ini adalah rahmat buat kita kerana tidak perlu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak lawat empangan Sungai Sireh yang sudah dipenuhi air. Kita bersyukur kerana Tuhan memberikan kemenangan kepada orang yang benar,” kata Khalid.

Read more ...

RM 210 BILION!!! Hutang kroni dan keluarga pemimpin BN, tak mampu bayar tabungan rakyat jadi sandaran

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).

"Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu?

Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).


Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar. ~kd

Read more ...

SKANDAL MB N.SEMBILAN!!! Rembat tanah secara haram

KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.

Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.


Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.


“Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.


Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).




“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.


Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.


“Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.


“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff -
Keadilandaily

Apa implikasinya kepada negara?


•Peratusan hutan simpan tetap di seluruh Malaysia semakin berkurangan dan dijangkakan jika tidak ada perubahan dasar bersabit pembalakan dan pengekalan hutan simpan, Malaysia akan berdepan dengan kepupusan hutan dalam dua generasi


•Kegiatan pembalakan dan rampasan hutan simpan telah menjadi punca utama rasuah hasil dari persekongkolan di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang menjadi proksi atau pembiaya kepada ahli politik. Tanah-tanah rakyat yang luasnya berpuluh ribu ekar hilang tanpa pengetahuan rakyat kerana dipindahmilikkan kepada syarikat-syarikat kroni sedang hasilnya tidak masuk ke Perbendaharaan Negeri


•Tanah-tanah hutan simpan yang diterokai untuk pembalakan, kemudiannya dijadikan pula ladang untuk penanaman kelapa sawit dan akhirnya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Keuntungan beratus juta ringgit yang sepatutnya milik rakyat akhirnya menjadi kekayaan peribadi tokoh-tokoh Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka


•Pembalakan dan penerokaan yang berleluasa itu sering tidak mengendahkan kesan alam sekitar yang mengundang bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan hakisan. Akibat ketamakan Umno/Barisan Nasional, puluhan ribu penduduk di sesuatu tempat yang terkesan dari aktiviti penghapusan hutan simpan akibat pembalakan ini berhadapan dengan bencana alam.


Tapi... pencacai UMNO peduli apa itu semua... diaorang menderita tak apa.. asal pemimpin diaorang bahagia..



Lagi dokumen berkaitan sila lihat di sini (
Rafizi Ramli )ASD

Read more ...

Monday, October 22, 2012

FITNAH ADUN DAP!!! Khir Toyo akhirnya meminta maaf kepada Ronnie Liu


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.


Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:
Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008. 
Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar mahkamah dibuat.

Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

JALAN PULANG

Khir Toyo apologises to Ronnie Liu to settle defamation suit - The Star Online

KUALA LUMPUR: Former Selangor Mentri Besar Mohamad Khir Toyo on Tuesday read out a statement of apology to Ronnie Liu to settle a defamation suit stemming from a statement.
The apology was part of the settlement terms recorded before High Court judge Justice Nik Hasmat Nik Mohamad.
This included a consent judgement.
(Consent judgment is a judgment issued by a judge based on an agreement between parties in a lawsuit to settle a matter aimed at ending the litigation with a judgment that is enforceable).
In his lawsuit, Liu said that Dr Khir had caused a libelous publication against him in the China Press on May 9, 2008.
Liu said although Dr Khir did not name him, the defendant had made a clear reference against him (Liu) when he (Dr Khir) mentioned a state executive councillor in charge of local government.
In a statement of claim filed on Oct 6, 2008, Liu said the words had meant he was involved in prostitution activity, that he was immoral and not qualified to be a politician.
Liu said the words also implied he was not fit to be a Selangor exco member.

Read more ...

NAJIB KENA JAWAB!!! Ke mana wang haram USD338 Juta dilarikan?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, laporan Ketua Audit Negara 2011 langsung tidak menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03 bilion) yang mengalir keluar dari negara ini.
Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.
“Menurut Global Financial Index (GFI), ‘illicit financial’ (aliran wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Belum dijawab oleh kerajaan.
http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/07/NajibRazak.jpeg“(Seperti) ada muslihat untuk melindungi penjenayah yang merompak wang negara. Kita diberikan senarai oleh laporan ketua audit negara, hasil belanja, defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang keluar) tak disentuh langsung,” katanya di Dewan Rakyat semalam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara langsung tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau prestasi ekonomi negara.
“Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat),” tegasnya.
Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.
“Ini kadar paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Najib) sebagai Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.
“Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,” tempelak Anwar.
Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian ‘berbilion ringgit’ yang didakwa ‘hilang atau dipadamkan begitu sahaja’ daripada laporan Ketua Audit Negara 2011.
Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 yang diumumkan

Read more ...

SELEPAS SOI LEK HINA ISLAM!!! Najib lulus peruntukan RM 30 Juta permintaan Soi Lek


Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM 30juta atas permintaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA, untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina(SMKJC).

Pengumuman dibuat setelah Islam dihina dan diperlekehkan sebegitu buruk dan teruk oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.

Seolah-olah memberikan gambaran dan mesej, lagi kuat menghina dan mencaci maki hamun  Islam, lagi banyak peruntukkan akan dapat dari Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

GURU PONDOK YANG KELUARKAN FATWA HARAM SOKONG DAN UNDI DAP KERANA KAFIR HARBI SEKADAR DAPAT RM2JUTA SAJA...HINA, MAKI HAMUN ISLAM DAPAT RM30JUTA...ISLAM WASSATIYAH..

 
SEKOLAH AGAMA RAKYAT DILAYAN MACAM BANGSAT, YANG HINA ISLAM DIHORMAT.OMAK KAU


Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Nizar rasmi cawangan baru PAS di Taman Desa Aman


PARIT BUNTAR, 20 Okt. :  PAS Parit Buntar menambah lagi kekuatan apabila berjaya menubuhkan sebuah lagi cawangan penaja PAS di Taman Desa Aman dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Serong.
 
Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah merasmikan penubuhan cawangan penaja berkenaan di Taman Desa Aman.
 
“ Kehadiran lebih 300 penduduk taman dan kawasan berhampiran menambahkan semangat jawatankuasa cawangan yang baru ditubuhkan ini.
 
“ Sebelum perasmian, Dato’ Seri Nizar telah dipakaikan t-shirt PAS Taman Desa Aman dan menerima borang keahlian baru dari Ketua Penaja PAS Cawangan Ahmad Termiji Md. Nor” katanya
 
Menurut Hairul Nizam, Mesyuarat Agung penaja PAS Cawangan tersebut telah diadakan sebelum itu, di mana perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) telah dibuat dengan jayanya.
 
 “Penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar. 
 
“ Penubuhan cawangan Taman Desa Aman juga akan menguatkan lagi jentera pilihanraya PAS bagi Unit Peti Undi ( UPU ) Titi Serong” katanya

Sementara itu, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut sebagai menandakan sokongan rakyat di Parit Buntar kepada PAS bertambah padu. 
 
 “ Kehadiran penduduk yang ramai pada malam ini menunjukkan penubuhan cawangan ini mendapat sokongan penduduk setempat.
 
"PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak” katanya
 
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penaja cawangan dan semua petugas yang berjaya menganjurkan majlis perasmian cawangan dengan begitu berjaya.
 
Nizar menyampaikan ucapan perasmian
 
Penduduk mendengar ucapan penceramah 

Read more ...

KES NAYA!!! MIC mengamuk tapi kena batang hidung sendiri

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/mic-new.jpgUmpama kata pepatah Melayu, ibarat meludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung sendiri!

Apalah nasib MIC dan presidennya, G Palanivel kelmarin yang bersungguh-sungguh menghentam kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan isu pembangunan kondominium bersebelahan kuil di Batu Caves sedangkan rupanya ia diluluskan semasa zaman Khir Toyo menjadi menteri besar!


Hasilnya, kerajaan negeri hari ini menolak dakwaan bahawa ia meluluskan projek perumahan berhampiran Batu Caves, yang membuatkan jawatankuasa kuil dan penduduk sekitar bengang.


Pegawai khas Exco, Xavier Jayakumar, A Pakkiya Nathan mendedahkan bahawa projek perbandaran telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada tahun 2007 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri.


Semalam, Pengerusi Sri Maha Mariamman Devasthanam, R Nadarajah yang menguruskan kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, berikrar akan mengadakan perhimpunan aman pada hari Jumaat untuk membantah pembinaan dua kondominium 29 tingkat di kawasan itu.


Beliau berkata bantahan aman yang bertujuan untuk meletakkan tekanan ke atas kerajaan negeri yang diterajui oleh PKR ke atas projek boleh menimbulkan bahaya kepada struktur di Batu Caves.


Palanivel juga menimbulkan kebimbangan terhadap projek, mengatakan bahawa ia akan menjejaskan kestabilan terhadap gua dan patung.


Walau bagaimanapun, Pakkiya Nathan menggesa kedua-dua presiden MIC dan jawatankuasa kuil supaya tidak mempolitikkan perkara itu.


"Projek ini telah diluluskan pada tahun 2007. Dan apa yang telah jawatankuasa kuil dan MIC lakukan dalam tempoh lima tahun, "katanya.


"Ia adalah pelik bahawa pengerusi jawatankuasa kuil datang untuk tahu melalui teman," katanya.


Beliau berkata bahawa projek perbandaran yang dicadangkan terdiri daripada rumah teres, kondominium dan lot kedai.


"Kita (kerajaan negeri) mengalu-alukan jawatankuasa kuil untuk tampil ke hadapan untuk membincangkan perkara itu dengan pihak berkuasa negeri," katanya.


JALAN PULANG 

Read more ...

TU DIA!!! Chua Soi Lek jadi idola pelakon video seks Alvin Tan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW76QNsNoNNeQaVxj9YpNhxaCFm8n3zP8s6gkj7If6Qm3NbgjRU4HP5KvGElgkmz0fVTfimA_BkU7_nkX-7-3Bri9q-2RKDvUA0d4FOAc9nuhP7Hc42GCFXzmQInKcfS5UGD1FzqXk1hs/s1600/chua_alvin.jpgBLOGGER kontroversi, Alvin Tan yang hangat diperkatakan minggu ini gara-gara menyiarkan gambar dan video aksi seks bersama kekasihnya di blog mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idola.

I used to look up to Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out

Pelajar berumur 24 tahun dari Universiti Kebangsaan Singapura itu menulis "Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dari segi seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul".

Pada 2007, rakaman peribadi Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor telah tersebar di khalayak ramai dan beliau mengakui bahawa beliaulah orang di dalam video tersebut.


Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Namun menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman parti MCA yang berlarutan.


Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat sebarang jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya.


Alvin Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog.


Nampaknya budaya seks bebas yang dibawa oleh Chua Soi Lek yang sering kali menghina Islam ini sudah menjadi ikutan anak muda. Kini Chua Soi Lek sudah boleh berbangga, kerana berjaya menjadi pelakon seks yang diminati.


ReJaM© "
Siapa perjuangkan seks bebas? Lu fikirlah sendiri... "

Read more ...

TERSERLAH RUPA SEBENAR IBRAHIM ALI!!! Mempertahankan tindakan Soi Lek menghina hukum hudud


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mempertahankan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang secara terbuka mengkritik pelaksanaan hukum hudud.

Ibrahim menyifatkan kritikan itu hanya satu sisi pandangan Chua dan menganggapnya sebagai ‘perbezaan pendapat’.


“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu.
“Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Selangor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.


Sebaliknya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP adalah punca kepada tercetusnya polemik sama ada hukum itu wajar dilaksanakan di negara ini.

Beliau berkata masalah tidak timbul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenyataan Chua kerana hukum itu masih belum dibuat, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.


“MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP,” katanya.


Chua kebelakangan ini lantang mengkritik apabila meramalkan peluang pekerjaan 1.2 juta rakyat akan terjejas terutamanya di sektor perkhidmatan dan pelancongan sekiranya hukum hudud dilaksanakan.


Malah dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-59 hujung minggu lalu, beliau turut mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara tidak stabil, paling korup, dan tak selamat.


Selain itu, Chua juga melancarkan kempen anti hudud dengan membuat tafsiran secara sinikal bagi slogan DAP, Ubah ( Untuk(U) Bentuk (B) Agama(A) Hudud (H) serta Change (Choose (C) Hudud (H) At (A) Next (N) General (G) Election (E)).


Cadangan hukum hudud ditimbulkan PAS yang mahu ia dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, namun menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada masyarakat beragama Islam sahaja.


Read more ...

Sunday, October 21, 2012

PANAS!!! Nizar minta calon PR di Perak yang bermasalah tarik diri

DS Nizar sedang berucap kepada jentera Pilihanraya PAS Perak ,kelmarin 21 Oktober ,dekat Taman Meru,Jelapang,Ipoh.


Peserta Perakite sedang mendengar amanat DS Nizar
Ipoh,21 Oktober-Ucapan DS Nizar kelmarin 21 Oktober ,amat menarik. Beliau meminta untuk calon-calon yang ada masalah untuk menarik diri daripada dicalonkan,


Beliau memberitahu musuh politik  UMNO akan menggunakan apa saja untuk memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang ,gambar fitnah beliau  bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.

Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. Sisi Bukit
Ucapan Nizar ini ditujukan kepada siapa? kepada calon PAS, PKR atau DAP.
Memandangkan ucapan ini dibuat kepada jentera pilihanraya PAS Perak, maka berkemungkinan besar ucapan ini ditujukan kepada calon PAS yang bermasalah tapi masih mahu dicalonkan bertanding.
Nizar bukan sahaja meminta calon bermasalah menarik diri malah meminta dibongkarkan lebih awal masalah calon berkenaan sebelum dibongkarkan oleh UMNO.
Persoalannya, siapakan calon PAS yang bermasalah?
Namun, diharapkan ucapan ini juga ditujukan kepada calon PKR dan DAP yang bermasalah.   

Read more ...

TERKINI!!! Siapa arahkan Musa Hassan batal sidang media?


Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006 dibatalkan.


Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.


Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.


Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.


Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis negara, Rahim Noor pada 20 September 1998 selepas Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September tahun yang sama.


Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.


Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia tidak diadakan.


Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan oleh Ismail Omar sehingga sekarang.


JALAN PULANG

Read more ...

AMBIK KO!!! Kamera AES sudah menyembah bumi, ini kisahnya....

Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan
yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya  dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya,

akibat dari kejadian itu 
sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain
yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik  tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu..

ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga

RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? 
sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan

lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat

menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban 
ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.


by @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome. kahkahkahkah


Erapasca

Read more ...

UMNO PENGECUT!!! Chua Soi Lek boleh hina hudud depan Najib, tanda lemahnya UMNO

Presiden MCA, Chua Soi Lek terus menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.


NONE
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Najib yang turut mendengar ucapan berapi Soi Lek berkenaan isu hudud kemudiannya memuji pendekatan yang dikatakan sambil menambah ia menaikkan semangat ahli BN menghadapi pilihanraya umum.


Katanya, DAP diperalatkan PAS bagi memenuhi cita-cita tinggi menawan Putrajaya sedangkan MCA yang menolak hudud dilaksanakan tidak dibantah Umno sehingga ke hari ini.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".

Dalam perkembangan berkaitan, MCA mendakwa telah bersedia menghadapi perang Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan penuh semangat kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kejayaan lebih besar.

Berpegang slogan "Berperang dengan Penuh Keberanian", Soi Lek berkata, MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan.

"Kami telah mengubah cara bekerja dengan menjadi lebih bersikap tegas, menyatakan pendirian dan mengambil pendirian dalam beberapa isu yang kami anggap tidak wajar ke atas rakyat.

"Kami telah menyatakan suara hati kami supaya kerajaan dapat mendengarnya dengan jelas dan nyata dan kepimpinan baharu MCA komited untuk terus bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Read more ...