"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum
apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai
Perdana Menteri.
Tuesday, December 11, 2012
GEBANG MAHATHIR!!! Kalau puas hati prestasi Najib, Mahathir tak akan sanggup turun ke cawangan-cawangan UMNO
NAJIB TAK JADI MASUK PUTRAJAYA!!! Dari 500 kini 2500 berhimpun tuntut hak dinafikan
Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.
Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.
PUTRAJA TERTEKAN!!! 500 berarak duduk dan bantah di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara
PUTRAJAYA
12 Dis: Seramai 500 rakyat sedang berhimpun di lapangan parkir
Imigresen di sini bermula 9.30 pagi tadi sebelum berarak ke bangunan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendesak kerajaan BN menyelesaikan
masalah rakyat, khususnya 300,000 masyarakat India yang tidak mendapat
hak kewarganegaraan.
Mereka masih menunggu kehadiran ribuan lagi rakyat dari seluruh negara yang bakal tiba dalam waktu terdekat.
Perarakan sejauh 500 meter menuju ke JPN di Presint 2 itu bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Suasana gamat meledak Putarajaya ketika ini apabila peserta yang
kebanyakannya rakyat berketurunan India melaungkan tuntutan mereka.
Antaranya berbunyi “Mana tuntutan kami, mana IC kami”.
TAK SANGGUP LAGI DIKECAM!!! Utusan tarik balik tulisan bodoh Zam Maidin kutuk BJ Habibie
Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia.
Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).
GELARAN DATO' MELAKA!!! Dulu Bintang Pelakon Shah Rukh Khan , kini Bintang Penangis UMNO yang dapat gelaran
Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka.
Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu.
DEMI AES!!! TV3 dan Mazidul Akmal Sidek sanggup membohongi penonton Majalah Tiga
Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3.
Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.
Read more ...
Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.
AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN!!! Bikin Musa Aman dan Nazri Aziz panas
Berikutan pendedahan sebuah akuan bersumpah yang dibuat bekas ahli majlis tertinggi (MT) Umno, Lajim Ukin, kelmarin, delegasi KEADILAN akan sekali lagi ke Hong Kong bagi memberikan maklumat terbaru skandal rasuah RM40 juta yang dinafikan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di Dewan Rakyat, Oktober lalu.
Rafizi dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi memaklumkan mereka semua kini dalam perjalanan ke negara itu dengan penerbangan Air Asia tetapi penerbangan terlewat tiga jam dari jadual asal yang sepatutnya bertolak kira-kira jam 3 petang tadi.
ORANG INDIA SIMPANAN TETAP!!! Vell Pari tempelak Najib hina kaum India
Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib aku boleh terima lagi.
Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim Umno sendiri, MIC!
S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).
Read more ...
Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim Umno sendiri, MIC!
S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).
Monday, December 10, 2012
BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Fakta Tanah Rizab Melayu jadi mangsa nafsu UMNO

“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.
ISU LYNAS!!! 4 Menteri mula ugut Syarikat Lynas, tak sedar sudah kena kencing
Kebodohan
empat menteri rejim Umno ini kian terserlah apabila dengan
mudahnya dipermainkan syarikat asing yang mereka sendiri izinkan untuk
bertapak di negara ini!
Keengganan
syarikat Lynas Advance Material Plant (LAMP) mengeksport keluar sisa
dari kilang mereka ke negara asal, Australia kini menjadi tanda tanya
apabila rejim Umno tersepit dengan perjanjian yang sudah
ditandatangani sebelum kilang tersebut dibina lagi.
BN TAMBAH GOYANG!!! Rakyat semakin ramai sertai PKR di Sabah

Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.
Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.
BEZA PR Vs BN!!! BN menambah hutang, PR mengurangkan hutang
Najib tambah hutang negara RM200 billion, mengaku pandai urus ekonomi
Hutang yang ditinggalkan Umno di Kelantan ialah RM718 juta.
Kerajaan Pas Kelantan bayar secara konsisten RM11 juta setiap tahun
kepada kerajaan pusat dan sehingga kini telah membayar RM220 juta.
Di Pulau Pinang, kerajaan negeri diketuai Lim Guang Eng
selesaikan hutang negeri sebanyak RM600.47 juta yang gagal diurus oleh
parti Gerakan BN hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Kini baki hutang hanya
tinggal RM29.66 juta.
MAKIN PANAS!!! Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO ( Syarikat Israel)
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
KANTOI LAGI!!! Gambar Jelajah Janji Ditepati Najib diedit untuk gambarkan ramai rakyat bersama Najib
Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan
kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak
surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar
yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang
dipaparkan.
Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan
Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib hingga penipuan
mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah
terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil
giliran dilondehkan tembelang mereka.
![]() |
| Keganjilan yg di bulat-bulat.. kahkahkah |
Subscribe to:
Posts (Atom)






