
Umpama
pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi
menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang
sepatutnya.
Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Isteri
Najib itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan
buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan
kononnya fitnah ke atasnya.












