Sunday, February 10, 2013

TERKINI!!! Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS

10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin  di  surau  Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. 

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".

Read more ...

Saturday, February 9, 2013

GEGAR SELANGOR!!! Ceramah Panglima Ludah kesayangan pemuda UMNO dapat sambutan 25 OO orang


Tak cukup dengan ceramah, disertakan juga hiburan "live band" dari kumpulan ntah apa ntah, aku pun tak taw namanya. Nampak yg menyanyi tu Yabang, vokalis Jinbara. Ada awek cun jugak nyanyi kat pentas... Ni nak ceramah ke buat konsert?!



UMNO & BN telah menganjurkan siri ceramah "Kembara Anak Muda Sayangi Selangor" bertempat di seksyen 24 Shah Alam malam tadi. Oooohh, ceramah rupanya, ingatkan konsert.. 

Ceramah politik yg memperbodohkan rakyat + elemen hiburan maksiat lagi melalaikan, sambutan amatlah menggalakkan.. Lebih dari 25 orang hadir termasuk kanak kanak bawah 12 tahun (bukti gambar dibawah sekali budak lelaki pakai baju kaler oren bertopi hitam).. Tak percaya tanya Panglima Ludah kerana beliau salah seorang penceramah yg dijemput.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Sambutan lebih hebat, edaran limau dapat sambutan luar biasa


PARIT BUNTAR : Ahli Parlimen Parit Buntar  Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena  sambutan Tahun Baru Cina. 
 

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar  , Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina. 


Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar,  Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar. 

Read more ...

SAVE KEDAH!!! Ni dia muka-muka nak selamatkan Kedah, nampak jauh orang muda rupanya budak-budak




Sekali sekala tolong promosi takpa kut....banyak program depa kantoi kali ini senang2 ada 2 juta sebab sana banyak binatang terutama katak-katak......heh...heh...jangan bawak budak2 kanyak noo...salah hooiii...

Are U Ready Anak2 Muda Kedahan sekaliannnnnn!!!

Nie...Anak2 muda Kg Bukit Kura sudah tak sabar2 utk berhimpun di Charok Batang Padi Empangan Pedu pagi esok..tadi ketika mngunjungi padang awam Kg Bukit Kura sempena Kejohanan Bolasepak Sebelah 8 Kg Bukit Kura,Pedu ptg tadi..anak2 muda2 berebut2 amik sticker #SaveKedah. Kmudian scara berjamaah mereka melekatkan sticker tersebut di motorsikal dan kereta masing2..paling ironik bila ada diantara mereka mengoyak sticker gmbr n.ajis dan sticker 



Read more ...

JEMPUT RAJA GANGNAM!!! Guna 'Wang Gembira" untuk berjuta-juta gembira



"Ia tidak menggunakan wang kerajaan atau duit Barisan Nasional dan kami tidak melihat ia sebagai tindakan untuk meraih undi.
 
"Kami semua suka bergembira, jadi kami membawa Psy ke sini untuk membuatkan orang ramai gembira," - kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Nyonya Naib Presiden MCA ini jaga kata Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada bintang Youtube yang mencipta populariti dengan mencatatkan 1 bilion hits dan kini Psy memiliki 4.7 juta peminat di seluruh dunia. 


Read more ...

Friday, February 8, 2013

DEBAT AUTA EZAM VS NOH OMAR!!! Tarik kehadiran 20 OO orang sehingga kerusi pun tak nampak orang

Debat rakyat anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan Rakyat antara pendebat terkemuka seantaro dunia, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar lawan Penaung Waris Malaya Senator Ezam Md Nor malam tadi 8hb Februari 2013, di Lapangan Letak Kereta Depan KFC, Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam,  Selangor, telah mendapat sambutan yang cukup "hebat dan dahsyat".

Diberitakan tidak kurang "10,000 hadir untuk mendengar kedua pedebat handalan ini berdebat.

Read more ...

Thursday, February 7, 2013

UMNO PENING!!! UMNO halang Mazlan Aliman tapi mampu halang 40 peneroka ahli UMNO sertai PKR

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak). BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Read more ...

GANGGU CERAMAH MAZLAN ALIMAN!!! UMNO jadi dalang, polis pun terlibat?



Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC.

Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain.

Read more ...

BANGANG MAMAK PERKASA@UMNO!!! Kalut buat demo plastik dua kupang, bila suruh tunjuk bukti apa pun tak boleh....

RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon
Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) 


SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Read more ...

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Dua pemimpin UMNO terima tanah dengan harga RM 2



Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 01 SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).
Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009).

Read more ...

MENYAMAR JADI AHLI PAS!!! Taktik terdesak UMNO , buruk imej PAS di mata orang bukan Melayu

LAGI berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...


Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di atas.

Read more ...

Wednesday, February 6, 2013

PANAS!!! Gambar Pengurus Felda totok UMNO naik pentas rampas microfon Dato' Tuan Ibrahim

PhotoAlhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bg mengganggu majlis. 

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap. 

Read more ...

RM 1.2 JUTA!!! Pemimpin UMNO pamer longgokan duit depan penduduk


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Blogger Umno terkantoi, ceramah Dato' Afiff Sabri di kubu kuat Umno dikatakan tiada sambutan , hakikatnya.......




Gambar diambil blogger Umno semasa ceramah baru bermula rujuk blognya dengan tajuk..


Ini gambar sebenar ceramah di kubu kuat Umno Parit Buntar

PARIT BUNTAR : Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar. 
 

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.

Read more ...

PRU 13!!! PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Read more ...