Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia.
Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.
Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka.
Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.











