Wednesday, January 29, 2014

KENAL MAMAT PERKASA NI!!! Buat demo masjid akan diserang, tunggu punya tunggu apa pun tarak

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/Perkasa-Kasut-300x262.jpg Kenal mamat ni, orang sama beza cuma di atas siang, di bawah malam
Kenal tak mamat dalam gambar di atas, bukankah dia baru buat kacau semasa kes roboh gerai haram.

Tiba2 je buat demo konon ada orang nak bom masjid, dok hasut jamaah masjid suruh percaya temberang mereka.

Mana ada orang nak bom masjid , puak2 ni saja yang bagi hangat.

Kes baling bom petrol dalam masjid, kes banner Jesus di luar gereja sama macam kes baling kepala babi dalam masjid suatu ketika dulu.

Yang peliknya kepala babi tu di 'cover' dengan guni, sampai sekarang polis tak dapat kesan siapa punya angkara. 

Read more ...

ABANG MAT DAH BERSUARA!!! PAS tak akan boikot kempen di Kajang


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Read more ...

Tuesday, January 28, 2014

INI RESPON TUAN GURU NIK AZIZ!!! Sikap PAS diputus oleh Presiden PAS, PKR tentu ada sebab-sebab tertentu, tunggu penjelasan PKR

http://www.ceritakita.coz.my/wp-content/uploads/2012/12/nik2.jpg
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.

Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.

Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.

Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi.

Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang.

UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Read more ...

PAPA GOMO TAK BOLEH LARI!!! Saksi sahkan manusia pengecut Papa Gomo asli

papagomo - Copy
KUALA LUMPUR 28 JAN: Tertuduh dalam kes fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Muhammad Azri Wan Deris disahkan sebagai blogger Papagomo oleh saksi pertama pihak plantif.

Mohd Fauzi Mohd Azmi, 38 tahun ketika perbicaraan semalam mengesahkan kepada hakim individu tersebut yang dikenalinya sebagai Papagomo.

Saksi tersebut juga merupakan seorang blogger mengakui pernah berhubung secara langsung dengan individu bernama Papagomo melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas.

Kata Fauzi, sekitar Mei 2009 beliau berjumpa Wan Muhammad Azri buat kali pertama bersama seorang blogger pro Umno dalam satu majlis perjumpaan blogger.

Read more ...

Monday, January 27, 2014

PRK DUN KAJANG!!! Pakatan setuju Anwar sebagai calon, Azmin dokong keputusan



Kuala Lumpur 28 Jan : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Antara pemimpin yang hadir dalam sidang media itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan  mewakili DAP dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Anwar - yang duduk di sisi Khalid - berkata keputusan bersama pimpinan Pakatan Rakyat itu dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".

Read more ...

GAME KANGKUNG LA PULAK!!! Popular sungguh kangkung tahun ini

 
 Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung bukan sahaja dipermain-mainkan pelbagai pihak, malah ia kini benar-benar dijadikan permainan.

Permainan bertemakan sayur popular itu kini mempunyai aplikasi permainan di sistem pengoperasian Android kelolaan gergasi Internet Google yang digunakan meluas di telefon pintar dan tablet.

Read more ...

BERITA TERKINI!!! PKR kosongkan kerusi DUN Kajang, beri laluan Anwar jadi MB

Post Pic
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh akan mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika menang.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan sudah menerima surat perletakan jawatan daripada Lee sebentar tadi.
Lee memenangi kerusi Kajang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu dengan mendapat majoriti 6,824 undi.
Beliau yang memperoleh 19,571 undi menewaskan calon BN Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi sementara empat calon lain hilang deposit. 

Read more ...

APA DAH JADI!!! UMNO kena saman dengan ahli yang direkodkan mati


KOTA KINABALU: Umno disaman dua anggotanya dari bahagian Kota Marudu supaya membetulkan maklumat peribadi mereka dalam rekodnya yang menyatakan mereka telah meninggal dunia.
  
Henry Jamry Yakim, 54, dan Jennifer Mongikal, 47, menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno sebagai defendan pertama, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai defendan kedua dan ketua Umno bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri serta setiausaha bahagian itu Emran Maidin masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.
  
Ketika ditemui di bangunan mahkamah di sini hari ini selepas sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi, peguam yang mewakili defendan pertama dan kedua Chin Tek Ming berkata anak guamnya serta dua defendan lain akan berusaha mengetepikan saman itu.
  

Read more ...

BATAL DEBAT!!! Khalid Samad dah dapat jangka, Noh Omar tunjuk lagak konon kesal


Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.
 
"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Read more ...

Sunday, January 26, 2014

SUMBAT KANGKUNG MULUT NAJIB!!! Kalau Cina dikatakan menghina, sekarang Melayu yang sumbat Umno/Perkasam nak buat apa?



Apa Kata Penyokong Umno Totok Bila Orang Melayu Pula Sumbat Kangkung Pada Mulut DS Najib ?

Kalau sebelum ini bila Adun PKR Berbangsa Cina menyumbatkan Kangkung kedalam mulut replika patung Datuk Seri Haji Najib Wassatiyah (DSHNW) dikatakan MENGHINA Pemimpin Melayu dan konon nya Menghina Orang Melayu keseluruhan, pada hal nya Orang Melayu disebelah Pakatan Rakyat (PR) SEBESAR KUMAN pun tidak Terguris beb dengan perbuatan Adun PKR Berbangsa Cina tersebut yang di ILHAMKAN sendiri dari MULUT LONGKANG DSHNW... kah kah kah!

Read more ...

GEREJA TAK GANTUNG!!! Dulu provok baling kepala babi dalam masjid, sekarang provok gantung banner di gereja , macam sama je


Kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang hari ini.

Ia bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).

Penggantungannya dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menulis di Twitter, pemimpin-pemimpin gereja menyatakan rasa sedih mereka dengan kewujudan kain rentang itu.

Read more ...

KANDAR KANGKUNG!!! Protes turun harga berjaya, Umno/Perkasam nak fitnah apa pula?


Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.
“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Read more ...

Saturday, January 25, 2014

LAWAK BODO UTUSAN!!! Pelakon Porno dijadikan perbandingan

 
Lawak pagi....amik perbandingan dgn pelakon lucah.....makin bodoh surat khabar ni.....kdg2 terlalu nk menilai diri tinggi tapi pemikiran rendah mcm ni la jadinya....mcm mana agaknya pemikiran anak bini penulis ni ek....sama rendah ke....Tin Sardin

Read more ...

CETEK AKAL!!! Gelaran baru bagi pemimpin BN yang persenda rakyat


Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

"Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.

Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Read more ...

SIRUL AZHAR HILANG!!! Kes bunuh Altantuya ikut skrip yang dirancang?

KUALA LUMPUR 25 JAN: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.

“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya.

“Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi.

Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie.

Read more ...