
Tuesday, June 28, 2011
Rupanya pemuda UMNO berarak, buat bising, memekik macam orang biol hanya kerana nak beli bangunan PKR

Hajat nak bakar bangunan PKR : Tindakan pondan pemuda UMNO

Polis tidak dihormati angkara UMNO

PAPA GOMO mana boleh buktikan sebab dia tau cipta fitnah sahaja
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta ‘ganjaran’ RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu. Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.
“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.
“Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang,” kata Johari kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.
“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.
Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.
Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.
Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.
Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.
Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.
Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.
Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.
Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.
“Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kenal mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.
“Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya,” kata pemimpin PKR ini.
TERBARU : 1 JUTA bakal hadir Himpunan BERSIH 2.0
Dengan tajuk ’1 juta rakyat hadir Bersih’, akhbar Suara Keadilan edisi terbaru mengupas persiapan perhimpunan aman oleh Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bakal diadakan 9 Julai.
Menariknya, Suara Keadilan, kali ini tampil dengan keunikan tersendiri apabila latar muka depan dan belakang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, turut diwarna kuning- sesuai dengan tema Bersih.
Ia memuatkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung himpunan tersebut, selain berita tentang komitmen puluhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tekad untuk menjayakannya. Antaranya, Majlis Peguam Malaysia melalui kenyataan Presidennya, Lim Chee Wee.
Selain itu akhbar ini turut melapor kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pengundi hantu ketika pilihan raya.
Turut dimuatkan temubual bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menegaskan bahawa kebebasan untuk berhimpun terkandung dalam perlembagaan negara.
Antara lain, Ambiga berkata pihaknya telah melakukan begitu banyak perbincangan dengan SPR supaya melaksana sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, tetapi menemui jalan buntu.
Beberapa rencana menarik turut mengupas perihal Bersih- menyentuh halangan dan ketakutan melampau kerajaan Umno-BN terhadap tuntutan reformasi pilihan raya itu.
Selain tumpuan isu bersih, Suara Keadilan juga menyajikan isu panas politik semasa sepanjang minggu lalu. Antaranya kos penyelengaraan Scorpene yang meningkat lapan kali ganda, menjadi RM417 juta.
Belanja itu dimohon kementerian berkenaan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan minggu lalu- yang memperuntuk sebanyak RM13 bilion untuk pelbagai kementerian.
Suara Keadilan turut menyiarkan perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membelanjakan RM17 juta untuk lawatan ke luar negara.
Turut didedahkan, perbelanjaan kediaman rasmi PM dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM49 juta setahun seperti yang didedahkan di parlimen.
Akhbar terbitan tidak berkala ini juga menyiarkan berita mengenai kes akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang ditutup peguam negara.
Dengan menyiarkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, beliau berkata usaha menutup kes itu bagi melindungi kepentingan pemimpin tertinggi negara ini.
Selain itu, turut dimuatkan penyelewengan wang zakat yang dilakukan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali untuk membiayai kos guaman peribadi.
Ia menyusul kenyataan oleh bekas Mufti Wilayah, Datuk Md Hashim Yahya yang menegaskan bahawa penyelewengan wang zakat adalah berdosa besar dan harus diambil tindakan tegas./SK
Monday, June 27, 2011
Semakin ramai ditangkap, semakin kuat aura himpunan BERSIH 2.0

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.
Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.
Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.
Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.
Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.
Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.
NONEIa diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.
Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.
Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.
Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.
Pemuda UMNO hanya berani di belakang P#####Q polis
Hairan.. Balai Polis dekat saja tu.. tapi kenapa Polis takut untuk bertindak sedangkan jelas itu adalah perhimpunan haram.. sedangkan yang pakai dan jual 'T' Shirt kuning ditangkap mereka..
Adakah kerana mereka dari UMNO mereka bebas melakukan apa saja? kalau begitu income tax tu.. potong dari Ahli UMNO sajalah...
Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.
Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”
Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.
“Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.
Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR),” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.
Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.
“Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.


Berita dari : The Malaysian Insider
UMNO / BN takut kuasa rakyat

UMNO salah guna kuasa

PAS Pulau Pinang bentuk 'kabinet pilihanraya'
PULAU PINANG, 28 Jun: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyeru semua anggota perhubungan negeri dan ahli bekerjasama untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Justeru, beliau berkata, perlantikan jawatankuasa PAS negeri sesi 2011-2013 berdasarkan pengalaman dan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan sama ada ketika PAS berada di bawah ataupun atas.
Walaupun sedar pemilihan mereka tidak dapat memenuhi inspirasi semua ahli namun beliau berharap mereka dapat membantu bagi mengeratkan kesepakatan antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta membina kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.
Jawatankuasa itu, katanya bukan datang daripada dirinya sendiri malahan hasil perbincangan dengan ahli yang prihatin untuk melihat PAS Pulau Pinang meningkatkan prestasinya.
"Teka teki siapa yang akan dilantik dah pun terjawab. Kini masanya semua ahli bekerjasama untuk membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.
"Marilah bersama membantu memperkukuhkan PAS agar ianya mencapai kecemerlangan di Pulau Pinang," ujarnya selepas mesyuarat pembentukan PAS negeri sesi 2011-2013 bertempat di bilik mesyuarat Tuan Husain Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.
Timbalan Pesuruhjaya 1 diamanahkan kepada Ustaz Khalid Man, Timbalan Pesuruhjaya 2, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya 3 pula Ustaz Fauzi Yusuf.
Setiausaha Perhubungan pula dijawat oleh bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Noor Harun.
Sementara itu tiga orang penolong setiausaha dimandatkan kepada Alzarizal Ahmad, Izuree Ibrahim dan Jamil Abdul Rahman.
Bekas setiausaha, Fadhil Kemi diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari. Ketua Penerangan bertukar kepada Bukhori Ghazali dan Rosidi Husein dipertangungjawabkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN)
Antara Jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Fahmi Abdul Wahab, Jamaludin Said, Marziah Khamis, Mohd Helmi Harun, Ustaz Rizaludin Yahya dan Ustaz Mahadi Abdullah.
Dakwaan Ketua UMNO Parit Buntar meleset
Beliau mengulas kenyataan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian tentang masyarakat Cina yang dahulu menubuhkan Kelab Penyokong PAS sudah beralih arah kepada Barisan Nasional.
" Memang Kelab Penyokong PAS sudah tiada, kini ia telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
"Jadi kita tak guna lagi atas nama kelab, kalau kelab untuk kumpulan kecil-kecilan sahaja seperti UMNO Bahagian Parit Buntar yang nak tubuh Kelab Penyokong UMNO untuk menarik sokongan orang Cina. Kita sudah bertaraf Dewan dan ia telah diisytiharkan pada tahun lalu." katanya lagi
Menurut Ong lagi, sokongan bukan Islam khususnya orang Cina kepada PAS semakin ramai malah keahlian DHPP mencecah lebih 20,000 ahli.
" Orang-orang Cina semakin ramai menyokong PAS. Mereka sudah tidak percaya lagi pada parti seperti MCA dan Gerakan.
" Ini kerana MCA dan Gerakan sudah tidak mampu membela nasib kaum Cina. Mereka hanya membela nasib golongan tertentu sahaja"katanya
Tambah Ong, MCA dan Gerakan sendiri bersekongkol dengan UMNO yang sememangnya banyak korupsi dan tidak membela nasib rakyat.
"Oleh itu dakwaan Dato' Raman tenyata hanya untuk menyedapkan hati diri sendiri sahaja walhal mereka sebenarnya gusar dengan semangat kebangkitan orang-orang Cina yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
" Yang tinggal menyokong Barisan Nasional hanyalah mereka yang ada kepentingan peribadi sahaja seperti projek infrastruktur dan jawatan-jawatan dalam kerajaan ." katanya
SIAPA GANAS ? BERSIH atau PEMUDA UMNO, PERKASA dan POLIS

11 hari sebelum 9 Julai : BRAHIM ALI dah mula kendur nak berhimpun

Baju merah PSM dituduh komunis, baju merah Patriot Pemuda UMNO nak buat keganasan polis bagi laluan


manjungmari
Kira-kira 200 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, malam tadi.
Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.
Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.
EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.
Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.
Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Polis ‘tengok’ 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN
BERANI DI BELAKANG P@@@K@Q POLIS
Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.
Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.
Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.
Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.
Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.
RM 17 juta kos lawatan Najib, Ro$mah
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.
Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).
Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.
Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.





