Monday, June 27, 2011

Dakwaan Ketua UMNO Parit Buntar meleset

PARIT BUNTAR, 28 Jun : "Dakwaan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato' Raman Suliman menyatakan ramai orang Cina kini beralih arah kembali Barisan Nasional adalah meleset." kata Pengerusi Dewan Himpunan PAS Parit Buntar, Ong Choi Ee (gambar)

Beliau mengulas kenyataan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian tentang masyarakat Cina yang dahulu menubuhkan Kelab Penyokong PAS sudah beralih arah kepada Barisan Nasional.

" Memang Kelab Penyokong PAS sudah tiada, kini ia telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Jadi kita tak guna lagi atas nama kelab, kalau kelab untuk kumpulan kecil-kecilan sahaja seperti UMNO Bahagian Parit Buntar yang nak tubuh Kelab Penyokong UMNO untuk menarik sokongan orang Cina. Kita sudah bertaraf Dewan dan ia telah diisytiharkan pada tahun lalu." katanya lagi

Menurut Ong lagi,
sokongan bukan Islam khususnya orang Cina kepada PAS semakin ramai malah keahlian DHPP mencecah lebih 20,000 ahli.

"
Orang-orang Cina semakin ramai menyokong PAS. Mereka sudah tidak percaya lagi pada parti seperti MCA dan Gerakan.

" Ini kerana MCA dan Gerakan sudah tidak mampu membela nasib kaum Cina. Mereka hanya membela nasib golongan tertentu sahaja"katanya

Tambah Ong, MCA dan Gerakan sendiri bersekongkol dengan UMNO yang sememangnya banyak korupsi dan tidak membela nasib rakyat.

"Oleh itu dakwaan Dato' Raman tenyata hanya untuk menyedapkan hati diri sendiri sahaja walhal mereka sebenarnya gusar dengan semangat kebangkitan orang-orang Cina yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

" Yang tinggal menyokong Barisan Nasional hanyalah mereka yang ada kepentingan peribadi sahaja seperti projek infrastruktur dan jawatan-jawatan dalam kerajaan ." katanya

No comments: