Monday, June 27, 2011

Baju merah PSM dituduh komunis, baju merah Patriot Pemuda UMNO nak buat keganasan polis bagi laluan


komunispcpolis
Baju merah ini dituduh komunis

Bukan aku pandai mulut nak buka cerita atau nak mengata-ngata... tetapi ini adalah fakta... bacalah disini

Almaklum kita semua sudah pun yang PSM tu sebelum ini dikenali PSRM lambang kepla kerbau,,, semua orang tau itu sosialis..sepupu sepapat dengan komunis,,, tak payah ceritalah,,, aku tak hairan pun ,,,,,,,,,,,

Tapi yang aku hairan yang dah dok ada kuasa 54 tahun dah, pun dok sekongkol dengan komunis... ni apa cerita.... lagi sekali ... ini bukan fitnah,, seperti Zahin Hamidi dok kata... blogger PR punya blog ada fakta.... wakaka....




Ish,ish... siapa dalam gambar tu,,, amoi pun ada,,, ini amoi China Doll dalam video tu ka.... aihhh Manjungmari... jangan dok buat cerita merapu tak tentu hala... yang pakai baju melayu bersampin UMNO tu tak payah cerita,,, tu melayu mengaku keturunan anak raja....

Tiga orang lagi apek Cina tu siapa, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dengan Tony Phua ka... wakaka.... aku pun tal kenai siapakah mereka....

Ceritanya adanya ada di sini ....

hiss UMNO boleh pula bekerjasama..... ini macam pun ada ka.... phiiirahhhh... kwahk.......pthuihhh..

manjungmari

Baju merah juga tapi yang ini disayangi polis

Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Adam, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 200 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, malam tadi.


Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.


Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.


EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.


Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.


Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.


Polis ‘tengok’ 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN


BERANI DI BELAKANG P@@@K@Q POLIS

Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.


Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.


Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.


Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.


Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.


Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.

No comments: