Wednesday, January 23, 2013

CERITA DEBAT DI PERAK!!! Yang Halal setia menanti, yang Haram tak mari-mari



Ini kisah Halal dan Haram di sebuah program debat negeri Darul Ridzuan...

Semalam berlangsung Debat Darul Ridzuan di antara Halal  dan juga Haram, ramai menjangka Haram tak akan  berani terima cabaran ini dan ianya tepat sekali, kerana sebelum ini Haram membuat macam-macam alasan tak mahu terima cabaran dengan sebab-sebab yang tak masuk akal manusia.

Perangai hipokrit Haram ini memang diketahui umum kerana hanya berani berucap dikalangan mereka saja ,bila diajak berdebat mengenai beberapa isu yang Haram fitnahkan kepada Halal, Haram pasti cuba lari sebab sifat pengecut piang hanya pandai menuduh tanpa fakta dan sumber.

Read more ...

SOKONGAN MENINGKAT!!! Janji Pakatan diterima rakyat, janji BN diragui


(Sokongan terhadap janji mansuh PTPTN)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan terhadap janji-janji yang dibuatnya berdasarkan satu kajian baru-baru ini.

Ia berlaku ketika Barisan Nasional (BN) terus memperlekehkan janji itu melalui slogan 'Janji ditepati'.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya melalui 1409 responden itu mendapati sebanyak 57 peratus menyokong cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak.

Read more ...

PANAS DI JOHOR!!! 9 bilik gerakan UMNO ditutup kerana 'Janji Dicapati'



Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..


Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Read more ...

LAWATAN NAJIB KE PALESTIN!!! Sekutu rapat UMNO kecam Najib bertemu pemimpin Hamas yang Malaysia sendiri tidak iktiraf

FreeMalaysiaToday

Lihatlah gambar wajah-wajah Islamis yang ke Gaza semalam

Read more ...

KAJIAN TERKINI!!! Semakin hampir pilihanraya, Pakatan semakin dapat kepercayaan rakyat


(Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Read more ...

JAMBUL TERJOLOL!!! Rosmah malukan Najib di Palestin, Jamil Khir , Nasharuddin , Zul Kulim tak nasihat ka?

Dengan muka tak tahu malu Rosmah tampa segan silu mengayakan jambul rambut terjojol di dalam lawatan konon-nya yang ulung bagi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Najib memang tidak berani menegur apatah lagi mengarahkan Rosmah supaya berpakain sopan ketika melawat kesebuah negera Islam yang amat terkenal sejarah para syuhada dan juga tempat dimana ramai dikalangan Nabi berada di sini suatu masa dahulu.

Sikap angkuh,sombong dan bodoh Rosmah tidak henti-henti dilakukanya,menyebabkan krebiliti Najib semakin jatuh disebabkan Rosmah.

Read more ...

Tuesday, January 22, 2013

PENDEDAHAN TERKINI!!! Kementah beli senjata secara rasuah - Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia

PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.

Read more ...

NAJIB TERSEDAK!!! Kenapa yang terdesak sangat Bank Islam?




Gara-gara analisis jujur yang tidak boleh diterima rejim Zionis Barisan Nasional (BN), Bank Islam Malaysia Berhad semalam membuat laporan polis kedua terhadap ketua pakar ekonominya yang digantung tugas, Azrul Azwar Ahmad Tajudin kerana mendapat dan membocorkan dokumen sulit bank.
Azrul Azwar menjadi perhatian baru-baru ekoran pandangannya bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan menang pilihanraya umum ke-13.

Read more ...

BN ULANGI!!! Trend jatuhkan PAS T’ganu untuk tumbangkan PR S’ngor

KUALA LUMPUR 23 Jan: Barisan Nasional (BN) dicurigai mengulangi trend menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu ke Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) berdasarkan pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di negeri itu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, melalui modus operandi itu, Umno BN berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 11 dan tidak mustahil pengalaman tersebut akan digunakan di Selangor berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh.

Katanya, keadaan ini membuktikan pengkhianatan Umno BN terhadap kedaulatan negara dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menang pilihan raya.

Read more ...

HAFIZ NORDIN KANTOI!!! Penyokong 'Janji Ditepati' diangkut berdemo kononnya ahli PAS

Ramai mungkin yang tidak menyedari bahawa salah seorang dari beberapa individu yang mendakwa diri mereka adalah ahli PAS Pulau Pinang yang mengadakan demo dihadapan pejabat Karpal Singh pagi tadi mengenakan 'T' Shirt 'Janji Ditepati'.

Gambar di atas mungkin kurang jelas yang mana satukah individu yang dimaksudkan itu kerana kemeja yang dikenakan bagi melindungi 'T' Shirt tersebut masih berkancing dengan rapi.

Read more ...

UMNO MAIN ISU IBU TUNGGAL!!! Sokongan wanita Melayu Selangor terhadap Pakatan naik 5 peratus

KUALA LUMPUR 22 Jan: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sokongan wanita Melayu Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu naik lima peratus dari 48 peratus pada Februari 2012 kepada 53 peratus.

Menurutnya, tinjauan yang dikhususkan di Selangor itu dibuat sebuah agensi bebas kajian pemasaran, namun tidak menamakan syarikat tersebut.

Read more ...

FITNAH ANWAR!!! Nallakaruppan pula gagal dalam rayuan

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/march2012/20/nalla-march20.jpg
Putrajaya - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan.

Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Read more ...

Monday, January 21, 2013

UTUSAN EDAR PERCUMA DI UNIVERSITI!!! Tetapi tiada mahasiswa yang sudi membacanya

BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI.

Betapa hina dan jijiknya akhbar lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia dimata rakyat terutamanya dikalangan pelajar Intitusi Pengajian Tinggi...Diberi percuma pun tak de siapa yang terliur nak ambil belek jauh sekali nak membaca... Nak jadikan kertas kesat tahi ayam dan bungkus nasi lemak pun mereka tidak teringin.

Begitulah pandangan ikhlas Omakkau apabila melihat rakaman gambar suasana longgokkan akhbar yang paling banyak kalah kes fitnah dalam sejarah negara...

Read more ...

1406 CERAMAH!!! UMNO perkuda Kemas dan Jabatan Penerangan di Perak

72 + 400 + 40 + 894 = 1406  program ceramah yang akan dilaksanakan bagi seluruh Perak,itu yang tertera dalam sebuah dokumen yang dipercayai dari sumber dalaman UMNO negeri.



Wah..!!! banyaknya program yang dibuat UMNO Perak,SU UMNO Perak dikatakan akan memulakan lawatan pusing seluruh Perak bermula hari ini 22 Jan 2012 dan hingga tarikh akhir bagi segala program tersebut ialah 2 Mac 2013. 
Tepatlah agaknya dengan tarikh pembubar Parlimen yang dijangka berlaku...


Read more ...

SETELAH UTUSAN KALAH!!! Hasan Ali pula bakal disaman kerana fitnah Anwar


Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali

KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

Read more ...