KUANTAN: Pemuda PAS Pahang mendapat ketua baharu manakala Ketua Dewan Ulamak PAS negeri kekal apabila Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (gambar, kiri) melepaskan jawatannya kepada Ustaz Nazri Ahmad (gambar, kanan) manakala Ustaz Mokhtar Senik di pilih semula untuk menerajui Dewan Ulama PAS Pahang bagi sesi 2013/15.Shahril ialah bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau melepaskan jawatan kerana faktor usia, manakala Nazri ialah Ketua Pemuda Rompin dan menjawat Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri sesi lalu.
Jawatan Timbalan Ketua kini disandang Ustaz Fadhil Ibrahim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuantan.
Jawatan Naib Ketua pula disandang Abu Syahid Dibok.





KUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini
yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan
tertinggi Pas Pusat.


