Wednesday, May 12, 2010

Kuasa masjid - Orang politik berkuasa ?


IPOH, 12 Mei ; Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan suasana terhadap dua institusi penting yang termaktub di dalam Rukun Negara yang cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang masih merasakan mereka di pihak kebenaran walaupun mereka sebenarnya sudah di hukum oleh rakyat terhadap kesalahan yang mereka lakukan selama ini.

Kuasa Masjid dan Sultan telah di letakkan di dalam Perlembagaan Negara yang semua rakyat bersetuju dan patuh akan ketetapan tersebut. Tetapi di Negeri Perak perkara ini tidak timbul kerana semuanya telah dipolitikkan tanpa rasa segan silu lagi. Dimulakan dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid di Perak sudah lama dipolitikkan, malah Umno Perak sudah ‘dibenarkan’ menggunakan Institusi Masjid tanpa merasa bersalah.

Malah DPPN Pk amat bimbang dengan suasana tidak demokratik ini dan suasana ini akan merosakkan peranan sebenar Masjid sepertimana yang di tuntut oleh Agama Islam. Kuasa Sultan juga cuba dinafikan sehingga kini kerana isu perlantikan AJK Masjid di Perak masih belum selesai. Umno terus menggunakan kuasanya bagi menentukan rakyat di peringkat akar umbi yang menjadikan Masjid sebagai usaha bagi memastikan semua Umat Islam bersatu selama ini terus dilacur.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments: