Thursday, July 15, 2010

28 pasukan rebut piala Dr. Khairuddin


MANJOI , 15 Julai : Sebanyak 28 pasukan dari sekitar bandar raya telah menyertai kejohanan bola sepak tahunan bagi merebut Piala Dr Khairuddin Abdul Malek di padang Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin berkata, kejohanan berkenaan adalah penganjuran kali keenam oleh Unit Amal PAS Tambun.


Menurutnya, kejohanan berkenaan turut memiliki keunikannya yang tersendiri apabila ianya turut melibatkan pasukan yang dianggotai oleh pekerja warga Myanmar yang bertugas di sini.

“Pertandingan ini agak unik dengan penyertaan pasukan Han yang dianggotai oleh warga Myanmar. Bagaimanapun, pasukan berkenaan hanya mampu berpuas hati muncul sebagai naib johan pada kali ini.

“Diharapkan pada masa hadapan, lebih banyak pasukan sebegini dapat menyertai kejohanan ini dan sekali gus menjadikannya sebagai antara kejohanan yang berprestij di bandar Raya Ipoh,” katanya.

Pasukan Lintau A telah muncul juara pada kejohanan berkenaan dengan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1,000 beRserta Piala Pusingan dan Piala Pertandingan.

Majlis perasmian kejohanan sehari itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malek.SH

1 comment:

Anonymous said...

Genial brief and this post helped me alot in my college assignement. Thank you for your information.