Thursday, July 15, 2010

Lawatan pemuda PAS Perak ke parlimen

IPOH, 16 Julai : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini mengambil peluang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia bagi mengikuti persidangan Dewan Rakyat yang masih berlangsung.

Lawatan yang diketuai oleh Mohd Munir Ali Timbalan Ketua dan lapan orang Exconya yang turut bersama ingin melihat sejauh mana peranan yang dimainkan oleh semua wakil rakyat yang telah dipilih bagi mengutarakan permasalah daripada rakyat.

Pemuda PAS Perak juga kesempatan bertemu dengan semua Ahli Parlimen daripada PAS selepas sesi berehat tengahari dan juga telah mengadakan perbincangan ringkas.

Lawatan ini juga bertujuan bagi persedian bagi mengikuti Persidangan DUN Perak yang akan diadakan pada 3 Ogos ini kelak. Permohonan telah dibuat oleh Pemuda PAS Perak bagi mengikuti persidangan DUN tersebut jika dibenarkan.

Pemuda PAS Perak mengadakan kunjungan hormat Presiden PAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Pejabatnya di Kuala Lumpur.

Pertemuan yang diketuai oleh Mohd Munir Ali Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak bersama lapan orang Exconya dapat bertemu dengan Datuk Seri Hadi dengan suasana mesra bagi membincangkan peranan Pemuda PAS terutama di Negeri Perak.

Harapan yang tinggi diletakkan Datuk Seri Hadi bagi memastikan Pakatan Rakyat Perak mendapat semula memerintah kerajaan negeri kelak. Pertemuan yang hampir tiga puluh minit itu juga membincangkan usaha agar Pemuda PAS menggerakkan daftar pemilih baru.

Pertemuan tersebut dibuat bersempena juga lawatan kerja Pemuda PAS Perak ke Parlimen Malaysia pada hari yang sama.

Dato' Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang memberi nasihat kepada DPPN Perak


No comments: