Friday, July 9, 2010

Che Gu Bard ditahan pois

REMBAU, 9 Julai : Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Che Gu Bard, ditahan pihak polis dan kini dibawa ke ibu pejabat daerah Seremban.

Difahamkan, beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau ditahan sekumpulan 15 anggota polis ketika baru sahaja hendak mempengerusikan mesyuarat PKR Cabang Rembau di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang, jam 9 malam ini.

Sumber memberitahu, beberapa anggota polis telah hadir sejak awal di perkarangan pejabat tersebut.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 12 malam tadi selepas diambil keterangan.

Rumahnya di Bukit Chedang, Seremban turut digeledah polis selepas beliau ditahan.

Difahamkan penahanannya ada kaiatan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kandungan tulisan di blognya dan juga ketika berceramah yang didakwa ada kaitan dengan Altantuya.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya disiasat bawah akta hasutan.

Bagaimanapun menurut seorang rakannya seperti dilapor Suara Keadilan, tidak menolak kemungkinan, Badrul ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh saudara terdekat Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan anggota Pergerakan Pemuda Umno berkaitan satu artikel yang ditulis oleh beliau dalam blognya bertajuk "Warkah Terbuka Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'Hepi Besday, Sir!' bertarikh 10 Jun 2010.

Artikel tersebut menyentuh mengenai peranan institusi raja dan tanggungjawab terhadap rakyat.hrkh

No comments: