Wednesday, December 15, 2010

Anwar sokong Agong kembalikan kemuliaan institusi mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR52jXX1LQIqFNBuTXb81VZd79TrMb0D9eEIbYeUCVr4oPx9vyHda2Po-oKYqHxVjDmfbA7rt4uHWrafxgz5j0cig1m22V4W7PGvZqUxOhwpF4Opvy6BUfQkkRR15y4FbwzwxLjGY19nug/s400/anwar_ibrahim-smile.jpg

KUALA LUMPUR ,15 Dis. : Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh kepada bapa Saiful Bukhari Azlan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan untuk mempercepatkan proses mahkamah dalam kes fitnah liwat yang membabitkan beliau.

Katanya lagi, tindakan tersebut amat positif bagi menangkis kuasa yang selama ini menidakkan hak beliau sebagai tertuduh mendapatkan kerjasama mahkamah dan pendakwaraya untuk dibekalkan dengan dokumen-dokumen penting pembelaan.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketika, institusi yang dimuliakan sebagai tunggak perlembagaan dan negara melihat kerenah proses mahkamah sekarang ini. Saya tidak ada masalah," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen petang tadi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, sekatan peguambela daripada memperolehi nota klinikal dan senarai saksi memberi gambaran bahawa mahkamah tidak lagi dianggap sebagai institusi yang berperanan adil di negara ini.

Justeru beliau turut mendesak hakim dan pendakwaraya yang lebih profesional diberi tanggungjawab menggalas tugas tersebut selain menyatakan ia merupakan sekatan pertama oleh mahkamah dalam membekalkan nota klinikal kepada tertuduh.

"Yang melambatkan ialah kerana dokumen nota doktor tidak diberikan. Senarai saksi tidak diberikan. Mengapa dalam perbicaraan kes Anwar, kes sejahat ini oleh pihak pendakwa.

"Jadi kalau mahu menyegerakan, saya setuju. Pilih hakim yang berani, adil dan bebas. Pendakwa yang bertindak secara profesional. Beri bahan bukti dan keterangan sepertimana kes jenayah lain yang biasa," ujar beliau lagi.

Dalam sidang media yang sama, Anwar berpendapat kedudukan Mahkamah Syariah sewajarnya tidak dikhianati oleh Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berhubung kes Qazaf Saiful Bukhari Azlan selain membelakangkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negara.

"Jamil Khir Menteri Agama Umno mengkhianati tugas dan amanah ini dan mencemarkan nama baik Mahkamah Syariah dan kedudukan Agong sebagai Ketua Agama.

"Bolehkah Menteri Agama guna kuasa menyekat pendakwaan. Kalau betul mahu guna jasa baik dan campur tangan Yang diPertuan Agong, silakan. Betulkan kerenah fitnah jahat dalam kes pendakwaan di mahkamah sivil, mahkamah jenayah dan mahkamah syariah.

"Kalau Mahkamah Syariah sendiri dikrompomi sebegitu, apa erti Islam sebagai agama persekutuan. Maka saya kira merujuk jasa baik perkenan Yang di-Pertuan Agong bukan perkara janggal malah saya melihat ianya sebagai perkara yang amat positif," ujar Anwar lagi.

1 comment:

Amuraria said...

BILA LEMBU DAN KELDAI BUKAN KANGAROO DIANGKAT JADI PEMEGANG KEADILAN DIMAHKAMAH ! INILAH AKIBATNYA SENANG DICUCUK HIDUNG OLEH REGIM KORUP ANDA TAHU SIAPA !
LAINLAH KALU KANGAROO CEPAT SEDIKIT :)