Wednesday, December 15, 2010

PAS tidak tunda pemilihan



















TEMERLOH, 15 Dis.:
Walaupun Umno, MCA dan DAP telah mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan parti mereka yang dijadual pada tahun depan ke tahun 2012, PAS bagaimanapun kekal meneruskan muktamarnya.

“Kata sepakat ini diperolehi dalam mesyuarat Jawantankuasa PAS pusat pada Ahad lalu yang membincangkan pelbagai isu parti,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata muktamar bagi semua peringkat kawasan akan berlangsung pada bulan Januari, 2011 manakala muktamar PAS Pusat akan berlangsung bulan Jun nanti.

“Walaupun muktamar tahun hadapan adalah tahun pemilihan, PAS menganggap ia tidak akan menimbulkan masalah besar bagi parti, bahkan muktamar di semua peringkat samada di cawangan, kawasan, negeri dan pusat adalah pemangkin kepada pembinaan semangat juang bagi menghadapi PRU akan datang.

Kecuali PRU diistiharkan tahun hadapan, PAS mungkin menangguhkan seketika bagi menumpukan gerak kerja PRU,” tegas beliau.

Beliau turut menambah bahawa PAS berasa yakin terhadap tarbiyah yang telah diberikan ahli dan seluruh kepimpinan untuk menyedarkan ahli-ahli bahawa jawatan adalah amanah bagi menjayakan cita-cita Islam, dan bukannya sesuatu yang harus direbut sehingga merosakan jamaah.

Jesteru itu, Tuan Ibrahim turut menyeru seluruh ahli PAS untuk mengambil peluang dalam muktamar akan datang untuk mengukuhkan parti dan hubungan antara ahli, dan berikhlas pada perjuangan di samping mendekatkan diri kepada Allah pada semua keadaan.

No comments: