Friday, December 10, 2010

Bebaskan mahasiswa yang ditangkap polis

















KUALA LUMPUR, 10 Dis. : Penangkapan tiga pemimpin mahasiswa memprotes kenaikan harga bahan api dan gula petang tadi menunjukkan pentadbiran Najib sedang menuju era Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai “kegelitaan demokrasi”, kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Hilman Idham.

Ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap di pekarangan Majlis Putra, Putrajaya dan bangunan Jabatan Perdana Menteri ialah Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Ridzuan Othman, aktivis Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Ahmad Shukri Abdul Razak dan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

“Najib akan bertindak seperti era Mahathir menjadi Perdana Menteri, mungkin lebih autokratik dengan tangkapan demi tangkapan ke atas rakyat, mahasiswa dan ahli politik jika protes berterusan dilakukan selepas kenaikan harga petrol, gula dan LPG,” kata Hilman kepada The Malaysian Insider.

“Tidak mustahil selepas ini lebih banyak lagi tangkapan akan dilakukan kerana kerajaan yang angkuh tidak pernah menggunakan saluran diplomasi, mereka akan menangkap sesiapa sahaja rakyat termasuk mahasiswa yang berhimpun secara aman menolak keangkuhan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

“Rakyat tidak pernah dibawa berbincang mengenai kenaikan ini, mahasiswa yang mahu menjadi 'jurubicara rakyat' sendiri ditangkap seolah-olah memperlihatkan Putrajaya di ambang kegelitaan demokrasi dan Najib nampaknya sedang menunjukkan sikap angkuh mempertahan Putrajaya dari diambil alih oleh pihak lain (Pakatan Rakyat).”

Bagaimanapun Hilman berkata, penangkapan ketiga-tiga mahasiswa terbabit tidak akan melunturkan semangat mahasiswa untuk terus menyanggah urus tadbir kerajaan pusat yang dianggap tidak menguntungkan rakyat.

Bahkan mahasiswa menurut Hilman, tidak akan apologetik untuk menyatakan bahawa Barisan Nasional akan tumbang pada pilihan raya umum ke-13 kelak disebabkan keangkuhan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I.

“Keangkuhan itu tidak akan terhenti dan mahasiswa tidak akan pernah apologetik untuk mengatakan bahawa pemerintah akan ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujar Hilman, mahasiswa tahun tiga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hilman turut mempertikai pentadbiran Najib dalam menguruskan ekonomi negara.
“GDP (gross domestic product) negara pada suku ketiga 2010 (5.3%) menyusut teruk berbanding suku pertama (10.1%) menjadi indikator jelas bahawa ekonomi negara tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih.

“Slogan rakyat didahulukan adalah tidak lebih daripada sekadar retorik politik untuk menggula-gulakan penyokong-penyokong yang buta politik dan menyokong secara buta tuli.

“Walhal hakikatnya, rakyat tidak pernah berada pada konsiderasi nombor wahid,” ujar Hilman dalam kenyataannya.

Dilaporkan lebih 100 mahasiswa berpakaian serba hitab — ala-ala berkabung — menyertai perhimpunan aman tersebut.

Memorandum diserahkan oleh Presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk Jabatan Perdana Menteri.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak lima sen, diesel juga naik lima sen, gas naik lima sen sehingga RM1.90 sekilogram dan gula juga naik 20 sen sekilogram.

Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga sehingga akhir tahun ini.

Kenaikan itu menurut kerajaan sebagai langkah merasionalisasi subsidi kerajaan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


3 comments:

adf55650 said...

Aneg kenyataan Hilman. Kata-katanya mencerminkan pendirian PAS sendiri. Selama ini pernahkah PAS mencadangkan langkah-langkah alternatif bagi setiap tindakan kerajaan?
Pernahkah PAS mencadang sesuatu yang bernas selain daripada menafikan shj tindakan kerajaan?
Ini yang rakyat mahukan. Jika PAS mampu menunjukkan bhw mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih baik, sudah pasti akan mendapat sokongan.
Selama ini PAS hanya mampu mengatakan yg tidak betul shj. Yang betulnye mana?
Nak dikatakan terdapat contoh yg baik pun tiada. Kelantan masih kotor, ekonomi tak berkembang, pembangunan tiada. Air masih keroh selepas 20 tahun memerintah.
Kedah telah mula mengalami nasib yang sama. PR di P.Pinang dgn bermacam kontroversi. Selangor pula asik merampas harta.
Jangan setakat cakap shj. Buatlah sesuatu. Demo sana sini pun tidak memberikan faedah.

Anonymous said...

Apa yang mu cakap ni, macam tak tentu arah. Hujah kepala lutut Umno macm ni la.

Hujah kat orang kg Umno , boleh a mcm ni. Umno kampung ckp mcm ni anguk2 sbb tak da maklumat. Maklumat dpt suma Umno bohong punya, jadi bodo tak sudah.

Anonymous said...

ntah apa2 umno sekor ni. jenis ada akai tapi simpan dlm telor.