Sunday, December 5, 2010

Harga minyak, gas, gula naik kerana BN rasa kuat menang di Galas dan Batu Sapi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrJ9eODlhHXVbik0I0umeOP2s1xAbY1hXHXBPqfk2VvujhUSrzMLIR_Z-94K5a8D5pdOJ3uF0AWWgA7Rx3TSAhRsEwjqbS5XRLbr5EVz_5IDLxjIqE6TZIVmoc9MWObcwTvZ6vO-aGmtNe/s400/logo+barang+naik.jpg

BAYAN BARU , 5 Dis. : Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dikatakan menjadi punca Kerajaan Pusat yakin untuk menaikkan harga barang sekali gus mengurangkan subsidi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat dakwaan demikian berkata, apa yang berlaku bukan kebetulan kerana apabila BN kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, harga barang dan harga minyak tidak pula dinaikkan.

“Apabila menang, mereka yakin mereka kuat, rakyat sokong mereka dan tak kisah untuk buat keputusan naikkan harga barang,” katanya.

Selain itu, kata Guan Eng, gejala rasuah yang semakin berleluasa dalam pentadbiran juga menyebabkan hutang negara meningkat secara mendadak dari setahun ke setahun.

Menurutnya, pada 2007, negara menanggung hutang RM267 bilion dan meningkat kepada RM285 bilion pada tahun berikutnya.

“Pada 2009, hutang itu meningkat kepada RM362 bilion dan terus meningkat kepada RM408 bilion pada tahun ini. Saya rasa Kerajaan Pusat mungkin tiada pilihan sehingga terpaksa menaikan harga barang-barang serta mengurangkan subsidi kerana hutang negara naik dengan begitu mendadak,” katanya.

Persoalannya, kata Guan Eng, mengapa hutang negara boleh naik begitu sekali sedangkan kita mempunyai hasil minyak yang banyak dan Petronas meraih keuntungan RM70 bilion hingga RM80 bilion setahun.

Menurutnya, apabila amalan rasuah tidak mampu dibendung dengan berkesan, rakyat yang terpaksa menanggung akibat apabila harga barang dan keperluan seperti bahan api terpaksa dinaikkan kerajaan.

Guan Eng berkata, jika Kerajaan BN dapat memastikan urus tadbir berjalan dengan baik, pasti ia tidak akan membebankan rakyat malah akan membantu rakyat.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng mmencadangkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengikut langkah Polis Diraja Malaysia potongan sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang mahu menjelaskan saman mereka dalam tempoh dua minggu.

Guan Eng berkata, PDRM seharusnya meneruskan tawaran kadar munasabah sehingga 50 peratus bagi saman trafik setiap masa bukan hanya dalam tempoh dua minggu sahaja kerana ia amat menyusahkan dan membuang masa orang ramai untuk beratur panjang bagi membayar saman.

“JPJ harus mengikut jejak langkah ini dan saya merayu kepada kawan baik saya, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya mempertimbangkan semula perkara ini untuk kesenangan rakyat.

“Kepada PDRM, Kalau mahu tolong, tolong sampai habis dan jangan dua minggu sahaja,”katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: