Sunday, December 5, 2010

Kerajaan Selangor diminta buat tawaran semula beli konsesi air

























KUALA LUMPUR, 5 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, pihaknya akan membuat tawaran semula untuk membeli aset empat syarikat konsesi air Selangor pada harga kira-kira RM6 bilion dengn persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Khalid, kerajaan Persekutuan semalam meminta kerajaan negeri membuat tawaran semula kepada Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abbas untuk membeli aset mereka.

"Saya telah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, semalam telah bersetuju membenarkan kerajaan negeri membuat tawaran tentang penyusunan semula air.

" Saya akan membuat dokumen penawaran pembelian tersebut yang bernilai melebihi RM6,000 juta kepada konsesi-konsesi air ini.Saya turut berterima kasih kepada Istana Negara dalam usaha memanjangkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku," ujar Khalid lagi, selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini, hari ini.

Lebih 15,000 rakyat berpakaian baju merah membanjiri ibu kota bagi menyertai himpunan aman 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' anjuran kerajaan negeri.

Himpunan tersebut bagi menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan restu kerajaan persekutuan Umno- Barisan Nasional.

Ia juga untuk menyampaikan hasrat rakyat yang mahukan kerajaan negeri dan bukan syarikat kroni menguruskan bekalan air di Selangor.

Kerajaan negeri sebelum ini membuat tawaran untuk membeli aset air di Selangor dengan nilai RM5.7 bilion untuk kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abbas.

Adalah difahamkan kerajaan pusat tidak bersetuju dengan tawaran itu dan mahukan pampasan hampir RM10 bilion ringgit untuk empat syarikat berkenaan.


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan persetujuan kerajaan persekutuan untuk kerajaan negeri membuat tawaran semula kepada syarikat konsessi sebagai perkembangan baik untuk menyelesaikan kemelut pengurusan air Selangor.

" Dari satu sudut, ya (ia baik) kerana memandangkan kerajaan pusat memang mahu membawa kita ke meja perundingan dan kita juga bersedia untuk berunding.

" Jika mereka benar-benar mahu kita berunding, bagus kerana kita memang bersedia untuk membeli (syarikat berkenaan), maka ini satu perkembangan positif.

" Ini merupakan satu petanda bagus apabila kerajaan pusat minta kerajaan negeri untuk berunding dengan syarikat konsesi, kerana isu ini telah tertangguh untuk tempoh yang agak lama,"tambahnya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: