Sunday, December 5, 2010

Protes kenaikan air : Polis melampau, senget sebelah seperti BN















KUALA LUMPUR, 5 Dis : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara sebagai keterlaluan.

Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis itu termasuk penangkapan lebih 70 aktivis.

"Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik," kata beliau kepada wartawan di sini.

Beliau turut berjanji akan menghantar laporan SUHAKAM mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.

Bahkan beliau turut mengulangi tekad SUHAKAM akan terus berjuang untuk kebebasan hak asasi manusia.

"Kita rasa perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat," tambah beliau.

Sementara itu, Exco selangor, Elizabeth Wong pula menganggap himpunan ini berjaya kerana memorandum dpt dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya rasa sukses kerana pihak kerajaan telah menyatakan akan memberikan peluang kerajaan selangor menawar semula harga air kepada syabas. Saya rasa suara rakyat hari ini sukses," kata beliau.

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.

Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.

Beliau beserta Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari turut mengadakan perbincangan dengan pihak polis supaya tidak terus menahan para peserta sebagaimana yang dijanjikan.

“Tetapi sangat malang apabila polis menggunakan kekerasan menahan pseserta himpunan,” ujarnya.

Menurutnya, pihak polis memberi jaminan akan membebaskan mereka yang ditahan dan tidak akan menangkap peserta yang mahu bersurai sekitar jam 3.30 petang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor akan membawa usul pada persidangan Dewan Rakyat nanti berhubung penangkapan peserta himpunan aman itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempersoalkan tindakan polis menahan peserta kerana pada awalnya berjanji memberikan kerjasama.

Beliau kesal kerana polis sedia memberi kerjasama kepada peserta himpunan untuk berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa polis bahawa memberi kerjasama kerana pihak Istana Negara sedia menunggu rombongan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak polis mengikut arahan siapa di sebalik penangkap yang dilakukan itu.

Menurut Suaram, sekitar 70 orang ditahan pada himpunan aman itu yang difahamkan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan Cheras.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: