Monday, December 6, 2010

Kesal tindakan polis

A  man is pinned down by police during a demonstration in Kuala Lumpur  December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and water  cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand over a  memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the National  Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

PARIT BUNTAR, 7 Dis. : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kesal dengan tindakan memperalatkan polis sehingga bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara.

Himpunan yang sepatutnya berlangsung dengan aman bertukar menjadi kecoh akibat tindakan polis menyembur gas pemedih mata dan memancutkan air berasid kepada orang ramai.

Demikian Kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kepada media hari ini.

" Himpunan ini adalah aman dan menjadi hak rakyat dan selaras dengan Perlembagaan untuk menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara.

“ Polis sepatutnya mengawal himpunan ini supaya berjalan dengan lancar, bukan bertindak ganas terhadap orang ramai yang berhimpun" Katanya

Beliau berkata, himpunan 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' ini memperjelaskan lagi kegagalan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak rasional bukan emosi bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

“"Perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat Selangor menuntut hak mereka. Tidak sepatutnya mereka dipukul dan ditangkap oleh polis.

" Jelas sekali tindakan ganas polis semalam dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan kroni Umno dan BN dan bukan untuk keamanan negara" Katanya lagi.

Beliau juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana menyalahgunakan polis demi menjaga kepentingan syarikat SYABAS.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berharap polis bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

“ Peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

“ Mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah sekiranya tidak diganggu polis” katanya

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di luar negara yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: