Monday, December 6, 2010

Khir Toyo dah tak jadi Ketua Pembangkang



SHAH ALAM, 6 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta merta.

Beliau mengambil keputusan itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, dua tahun lalu.

Difahamkan beliau akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim dalam masa terdekat.

"Berkenaan jawatan dalam parti, ia terserah kepada pucuk pimpinan UMNO mengenai kedudukan saya. Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri.

"Namun sebagai Wakil Rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya dalam kenyataan di blognya, semalam.

Sebelum ini, Mohamad Khir pernah digantung menghadiri persidangan dewan selama 12 bulan selepas mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: