Tuesday, January 18, 2011

Keluarga Teoh tuntut siasat kecederaan leher Teoh

Surat Terbuka Keluarga Teoh: Harapan Makin Menipis


SHAH ALAM 18 Jan.: Kakak kepada mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri hari ini menuntut agar satu Suruhanjaya Diraja untuk ditubuhkan untuk meneliti kecederaan leher sebelum mendiang meninggal dunia.

Beng Hock ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Plaza Masalam 16 Julai 2009.

Dalam suratnya kakak mendiang turut mendesak agar Suruhanjaya berkenaan melantik tujuh panel tersohor berhubung perkara hak asasi manusia.

Bercakap kepada wartawan Tv Selangor petang tadi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren menyatakan peluang keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat kebenaran amat tipis selagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak bersedia menawarkan keadilan kepada rakyat tertindas.

"Saya tidak mempunyai keyakinan amat sangat keatas Perdana Menteri dan kerajaan untuk memastikan ada kebenaran dalam kes Teoh Beng Hock ini. Dari awal lagi mereka cuba untuk menutup kes ini dan bukan untuk mendedahkan kebenaran. Bukan sahaja kes ini, semua kes lain termasuk Kugan, Aminurashid mereka cuba menutup kes.

"Bukan mendedahkan kebenaran jadi bagaimana kita mahu yakin ke atas Perdana Menteri dan kabinet. Manakala ramai orang mati ditembak oleh polis, mati dalam tahanan, tapi tiada tindakan yang diambil Kementerian Dalam Negeri atau Perdana Menteri," ujar Surendren.

Surendren yang juga peguam berkata, bukti keterangan yang direkodkan oleh majistret dalam perbicaraan kes kematian Teoh Beng Hock sebelum ini tidak lengkap.

Justeru beliau tidak menolak agenda menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan keluarga mendiang dan rakyat.

"Jadi kita lihat bahawa keterangan yang disampaikan kepada majistrate di inkues itu tidak mencukupi ataupun penyiasatan tidak lengkap kerana semua dalam kuasa pihak berkuasa. Dalam kes sebegini, adalah jelas pihak berkuasa cuba menutup kes ini kerana ia merupakan satu politik yang memalukan," jelasnya lagi.

Tambah Surendren, kesulitan terpaksa ditanggung rakyat namun dalam masa yang sama gentar akan penyalahgunaan kuasa yang mampu dilakukan kerajaan.

"Jadi apapun kita boleh tingkatkan tekanan awam ke atas kerajaan untuk memastikan bahawa terdapat keadilan dalam kes ini. Itu sahaja yang kita boleh buat," jelas beliau lagi.

No comments: