Tuesday, January 25, 2011

Kroni sapu kekayaan Sarawak

Kekayaan Sarawak Tidak Dinikmati Rakyatnya


SHAH ALAM 26 Jan. : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Tan Sri Taib Mahmud bahawa gagasan pembangkang iri hati dengan kekayaan negeri itu.

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai Sarawak mengakibatkan banyak pihak berasa dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sedia ada.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

Bercakap kepada Tv Selangor Baru Bian menjelaskan bahawa kekayaan negeri Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Taib Mahmud dan kroninya sahaja.

" Kalau kita memperkatakan kekayaan, Ketua Menteri dan kroni -kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak ," katanya.

Tambah Baru Bian lagi, Laporan Ketua Audit melaporkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak,dan jawapannya jelas bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai Ketua Menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran,kerana banyak rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung bila-bila masa sahaja.

" Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah 5 tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat Sarawak bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan Barisan Nasional ," katanya.

No comments: