Tuesday, January 25, 2011

Umno celaru urus ekonomi

Nurul Izzah: Ekonomi Bercelaru Di Bawah BN


LABIS 26 Jan. : Pengurusan ekonomi bercelaru di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional akan mengakibatkan generasi muda menanggung beban hutang negara yang semakin meningkat saban hari.

Justeru menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, agenda reformasi mengangkat martabat rakyat masih relevan dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Izzah yang hadir pada sesi penerangan Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak malam tadi menjelaskan hutang isi rumah yang mencecah hampir RM566 bilion selain bon kerajaan berjumlah RM159 bilion iaitu 24 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.

"Isunya, bagaimana wang negara diuruskan oleh kerajaan sedia ada. Akibatnya anak-anak akan menanggung sengsara akibat pengurusan ekonomi yang bercelaru," jelas beliau kepada pengunjung yang hadir.

Izzah turut menyentuh laporan media arus perdana yang memaparkan seolah-olah penduduk Tenang tidak kisah dengan kemerosotan ekonomi hidup di kawasan itu walaupun harga getah melambung tinggi sejak akhir ini.

Beliau menyeru agar rakyat membuat persiapan mental dan fizikal pada pilihanraya kecil nanti untuk memilih kepimpinan yang mampu menggalas tugas membantu meyampaikan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.

Tambah Izzah, masyarakat di daerah itu perlu menyampaikan maklumat penerangan yang diberi pemimpin Pakatan Rakyat kepada penduduk sekitar disamping menggesa supaya rakyat yang berhijrah ke luar untuk balik membuang mengundi.

"Kita perlu tahu apa persiapan, kita perlukan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab yang bersuara untuk kepentingan rakyat," jelasnya lagi.

No comments: