Wednesday, February 9, 2011

Anwar cabar Najib kena pada jawatan mereka, Mohd Nor Deris cabar MB Kelantan mana ada kelas

Debat dengan MB atau PM

http://www.blogtokguru.com/web/wp-content/uploads/2009/07/tokguru2707.jpg
KOTA BHARU, 9 Feb.: “Hanya Menteri Besar atau Perdana Menteri”, itu syarat yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya terdapat individu yang mahu mengadakan debat atau dialog mengenai Islam dengan beliau.

Menurutnya, Islam membenarkan dialog diadakan tetapi beliau hanya mahu berdepan dengan individu yang berkuasa bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Dialog dalam agama ada, orang nak dialog dengan saya boleh, saya mahu yang ada kuasa, bukan individu biasa. Timbul dalam surat khabar saya mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, semua ini mengarut. Orang yang berkuasa itu ialah Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat Pusat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang bersedia untuk berdebat dengan individu yang berkuasa sahaja.

Jumaat lalu, Nik Aziz menyatakan kesediaannya berdialog dengan pihak yang berkaitan termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Pada sidang akhbar di Tumpat itu, beliau meletakkan syarat supaya debat tersebut diadakan secara terbuka bagi memastikan rakyat dapat turut sama menyaksikan isu yang dibincangkan.

Bagaimanapun semalam, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menafikan beliau mahu mengadakan debat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menganggap ia adalah percaturan individu yang ingin mengambil kesempatan.

No comments: