Wednesday, February 9, 2011

Cuti bersalin dari 60 ke 90 hari di Pulau Pinang

Kakitangan awam dapat cuti bersalin 90 hari

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/03/Lim%20Guan%20Eng%20parlimen.jpgGEORGETOWN. 9 Feb. : Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang mendapat kelulusan untuk melanjutkan cuti bersalin kakitangannya daripada 60 kepada 90 hari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menghantar surat lanjutan cuti bersalin kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 29 April tahun lalu.

“Kerajaan Pusat bersetuju berbuat demikian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan Bil.14 tahun 2010 bagi melaksanakan dasar baru kemudahan cuti bersalin pegawai awam Kerajaan Negeri pada 2 Disember lalu.

“Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010 dan ia disetujui dalam Mesyuarat Exco 12 Januari tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, cadangan itu disokong Kerajaan Negeri kerana cuti bersalin 90 hari adalah selaras dengan amalan lebih 80 peratus negara di seluruh dunia termasuk Singapura, India, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan itu, mana-mana penjawat awam negeri yang bersalin selepas 15 Oktober 2010 layak mendapatkan cuti 90 hari.

“Bagaimanapun, kelayakan cuti bersalin bergaji penuh terhad 300 hari sepanjang perkhidmatan pegawai berkenaan.

“Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin sama ada 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran,” katanya.

Guan Eng berkata jika, penjawat awam mengambil cuti 60 hari, mereka boleh menggunakannya sehingga anak kelima berbanding 90 hari cuti bergaji penuh yang terhad kepada anak ketiga sahaja.

No comments: