Wednesday, February 9, 2011

Umno dibelakang sabotaj perarakan Rasul Maulud di Pulau Pinang ?

Perarakan Maulidur Rasul kena sabotaj lagi?

http://thestar.com.my/archives/2009/2/20/north/malik.jpgGEORGETOWN,9 Feb. : Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan.

“Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya.

“Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

“Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu.

“Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah’, tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud ‘Kesederhanaan dalam Islam’.

No comments: