Friday, February 11, 2011

PAS ada harapan besar menang di Merlimau

MERLIMAU: PAS menang jika dapat 75% pengundi Cina

MERLIMAU: PAS mahu mendapatkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi kaum Cina bagi mencerahkan peluang memenangi pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.
Jumlah pengundi Cina di Merlimau ialah seramai 2,250 orang atau 21 peratus dari 10, 679 pengundi.
Yang DiPertua PAS, Jasin Kamaruddin Sidek berkata, dalam pilihanraya umum 2008, PAS hanya mendapat sokongan pengundi Cina sekitar 41 peratus.
Calon PAS ketika itu ialah Mejar Bersara Jasme Tompang yang kalah kepada Allayarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan dengan majoriti 2,154 undi.

Bagaimanapun, Mohd Hidzir meninggal dunia akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac hari mengundi.
“Sasaran antara 70 hingga 75 peratus pengundi Cina boleh diperolehi kerana itulah janji DAP yang telah menubuhkan cawangan di Merlimau.
“Jika dapat sasaran itu, peluang PAS untuk menang kerusi Merlimau cerah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
PAS akan mengadakan mesyuarat untuk memilih calon Ahad ini.
Menurut Kamaruddin, empat nama telah dihantar kepada pucuk pimpinan untuk dipilih sebagai calon PAS di Merlimau.
Mereka ialah Kintan Man; Setiausaha Muslimah Melaka, Yuhaizat Abdullah; Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme dan Kamaruddin.
Kintan dan Yuhaizat merupakan anak tempatan Merlimau manakala Jasme dan Kamaruddin bukan tetapi masih dari parlimen Jasin.
Bagaimanapun, kata Kamaruddin yang bertanding Dewan Undangan Negeri Serkam dalam parlimen Jasin pada 2008, pemilihan calon PAS bukan berdasarkan sama ada mereka anak tempatan atau tidak.
Sebaliknya kata beliau, ia bergantung kepada beberapa kriteria termasuk jawatan yang disandang dalam parti.
“Syarat lain ialah calon yang bersih iaitu yang tidak melakukan dosa dan maksiat. Ini penting,” katanya.

3 comments:

a.samad jaafar said...

jika tidak silap saya, PRK di Tenang Pas mendapat 70 prts undi Cina. Maka, peluang yg sama di Merlimau agak cerah. Namun, apakah Pas mampu menarik undi masyaakat melayu ? Kebanyakan PRK membuktikan Pas gagal.. barangkali pendekatan Pas mesti diubah..ini cuma pandangan peribadi

Anonymous said...

Patut la pas asyik berselingkoh jer dengan DAP..mengharapkan undi cina semua banda jadi halal..mcm mana dengan undi orang Islam/Melayu???

Balik2 cina kafir juga yg untung ditatang oleh PAS...Melayu tinggal nama..walupun sebangsa dengan ahlul2 PASPISPUS..

Anonymous said...

Sebab banyak diperbodohkan Umno. Anon ni adalah antara yang bodoh dan membantu umno memperbodohkan orang Melayu