Friday, February 11, 2011

Polis Tambahan perlu untuk cegah jenayah kerana ramai polis digunakan untuk jaga ceramah ?

Menteri KDN Patut Malu Tolak Permintaan MB


SHAH ALAM 11 Feb. : Datuk Seri Hishamuddin Hussein sepatutnya berasa malu kepada semua pihak kerana gagal menangani masalah keselamatan dan bukannya Menteri Besar Selangor seperti yang didakwanya.

Exco Selangor Dr Yaakob Sapari menjelaskan apa yang dihasratkan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah baik untuk keselamatan rakyat Selangor.

Ini merupakan kali kedua Menteri Besar menulis surat permohonan kepada Menteri Dalam Negeri yang mahu menubuhkan pasukan keselamatan polis tambahan bagi menangani isu jenayah di negeri itu. Bagaimanapun permohonan ditolak oleh kerajaan pusat tanpa alasan munasabah.

"Patut Hishammudin malu gagal untuk mengawal keselamatan negara. Patut Hishammuddin merasa malu masalah jenayah tak dibendung hingga ke hari ini," jelasnya.

Tambah Dr Yaakob lagi kadar indeks jenayah di Selangor menunjukkan pertambahan dan sewajarnya dibendung sebelum menular menjadi parah.

"Kita dapati kadar jenayah di Selangor tak banyak berubah, alasaan yang diberi oleh pihak polis tak cukup anggota maka kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), kita nak buat 'angelerie police'. Jadi dua opsyen kalau menteri tak mampu nak kawal jenayah, kita tambah anggota polis atau benarkan kerajaan negeri mengawal negeri," jelas Yaacob.

Beliau juga menjelaskan bahawa, Hishammuddin seakan tidak serius dalam menjamin keselamatan negara.

"Kita nak bantu dia nak tolong kawal soal keselamatan. Jadi nampaknya Hishammuddin dalam bab keselamatan ini dia tak serius sangat," katanya.

No comments: