Friday, February 11, 2011

Pilih Datuk Bandar melalui pilihanraya, harap Umno nak berani

Lantik Datuk Bandar Melalui Pilihanraya- Izzah


KUALA LUMPUR 11 Feb.: Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dicadangkan supaya dipilih melalui pilihanraya, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurut beliau, sistem pengundian tersebut adalah relevan bagi membolehkan Datuk Bandar yang dilantik itu membentangkan laporan audit belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau ringkasnya DBKL di Parlimen.

Pada ketika ini, jawatan berkenaan dilantik oleh kerajaan persekutuan.

"Keperluan untuk melapor audit belanjawan DBKL ke Parlimen dilakukan agar warga Kuala Lumpur dapat mengetahui bagaimana dana bandaraya mereka dibelanjakan," Izzah yang juga Naib Presiden PKR menjelaskan demikian pada sidang media di kawasan berhampiran fasa pertama projek jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana, Jalan Pinang pagi tadi.

Nurul Izzah juga mempersoalkan adakah pembinaan jejantas sepanjang 142 meter yang menelan belanja sebanyak RM70,422 semeter.

Membabitkan syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, KLCC Holdings, DBKL dan Syarikat Prasarana Negara adakah ia dilakukan melalui proses tender terbuka soal Izzah.

"Apakah kos penyelenggaraan dan pengendalian terbabit akan meningkat di masa hadapan,?

Izzah juga menegaskan pembaziran wang rakyat ini akan membebankan lagi rakyat dengan potongan subsidi secara berkala.

"Yb Menteri Wilayah persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur wajid menjawab persoalan yang dibangkitkan supaya rakyat yakin tidak satu sen pun wang Negara dibelanjakan tanpa penilitian serius dan tanpa pembaziran,"katanya.

Kelmarin, Izzah mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan berhubung kos pembinaan jejantas itu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Rozan Asen Mat Rasip.

No comments: