Wednesday, February 16, 2011

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal kena baca kenyataan media penerbit 'My Balik Pulau'

Kontroversi My Balik Pulau: Kenyataan Five Arts Centre

Five Arts Centre telah digemparkan dengan perbalahan politik yang berterusan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang, berkenaan dengan projek sejarah lisan yang telah dikendalikan oleh kanak-kanak berdasarkan temubual bersama wargatua di kawasan itu.

Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-Ed) telah menerbitkan risalah "myBalikPulau" berdasarkan hasil temubual yang merupakan usaha kerjasama kanak-kanak Balik Pulau.

Projek ini yang ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang dengan usahasama dari Kementerian Pelancongan dan DiGi, kini telah dicemuh malah dituduh memutarbelitkan sejarah secara sengaja dan dikatakan mempunyai unsur-unsur yang menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong telah menggambarkan buku risalah sejarah ini sebagai satu ancaman dan mendesak agar risalah ini diharamkan.

Sementara itu, sekumpulan NGO yang menggelar diri mereka Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) telah turut serta dalam tunjuk perasaan dengan membakar risalah tersebut.

Tindakbalas yang melampau ini telah mengejutkan
Five Arts Centre dan kami mengecam tindakan yang, bagi kami, merupakan satu kesempatan untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengekalkan politik kaum yang memecahbelahkan.

Sumber gambar: Five Arts Centre
Kita seharusnya memuji usaha kanak-kanak untuk berinteraksi dengan golongan warga tua dalam menghasilkan projek sejarah lisan ini.

Sejarah yang diperolehi secara lisan merupakan maklumat yang telah dikongsi melalui pengalaman masa lampau individu-individu yang masih hidup sama ada pengalaman mereka sendiri ataupun yang lain.

Maklumat yang dikumpulkan hanyalah sebagai panduan dan bukannya sumber muktamad tetapi ia mampu menghasilkan laporan berdasarkan pengalaman saksi pada zaman dahulu yang telah melalui peristiwa yang penting dan juga yang biasa dalam kehidupan mereka.

Risalah "myBalikPulau" perlu dijaga untuk kegunaan generasi akan datang sebagai ilmu tetapi sebaliknya ia telah difitnah.

Kami menggalakkan setiap warga Malaysia untuk membaca "myBalikPulau" dan menyelami kandungan serta melibatkan diri dalam dialog mengenai isu ini.

Five Arts Centre
tidak berhasrat untuk terlibat dalam perbalahan politik remeh tetapi ingin mempertahankan hak penggiat seni untuk berkarya tanpa campur tangan politik. Seni jugalah yang telah mengajar kita untuk meluaskan minda melampaui batasan, dan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembina masyarakat Malaysia.

*Kenyataan media oleh Marion D'Cruz (gambar kanan) selaku pengasas Five Arts Centre, Kuala Lumpur.

5 comments:

Hamdan Rukun said...

OOO!!! UNTUNG KORANG, SENI.

KENAPA TANK ANGGAP INTERLOK PUN SENI.

TULISAN SASTERAWAN NEGARA LAGI.PAS

PUN KELAM KABUT SURUH UBAH!!

Anonymous said...

wat gapo mu bagi luncai masuk berak buat tahik. ore jenis ni otak letak di kepala lutut

Anonymous said...

Hoi Luncai hang tak baca ka, penerbit tu bagi tau dia kerjasama dengan kementerian kerajaan BN.

BN tu PAS ka Umno, Umno la bodoh

Hamdan Rukun said...

AKU PEDULIK APA UMNO KER, PAS KER, DAP KER.

AKU CAKAP TENTANG KEBENARAN. KALAU UMNO TAK BETUL, MAKA TAK BETULLAH.

HANGPA LAINLAH. PAS BAYAQ HANGPA, TAK BETUL PUN KENA KATA BETUL.

Anonymous said...

luncai kata peduli apa umno, yang dok pi merata blog buat taik pertahan umno tu apa?.

Sanggup tahan berak 2 hari macam si saipol, nak berak busuk dalam blog orang. Peduli apa umno?

orang buka bodoh macam umno la luncai