Thursday, March 31, 2011

Pegawai Kastam berpangkat Datuk ditangkap bersama Datinnya

PEGAWAI KASTAM SUAMI ISTERI PENYANGAK WANG !, DALAM KERAJAAN BN


Rumah penuh wang: Pengarah kastam direman?
Pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, yang ditahan reman bersama isteri di rumahnya di Temerloh kelmarin oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin bertaraf pengarah.


Demikian menurut sumber yang belum disahkan, tetapi paling heboh sedang diperkatakan di negeri Pahang. PAHANG ! PAHANG ! PAHANG !
Rakyat Malaysia harap, kes ini janganlah umpama kambing hitam untuk menutup kerja yang sama melibatkan ratusan skandal sebegini.

Bagaimanapun sumber rasmi, belum mendedahkan identiti pegawai kanan kastam yang mana isterinya juga pegawai kanan agensi tersebut. Media semalam melaporkan SPRM
menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan kastam di Temerloh.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

“Saya hanya bagi klu bahawa pegawai tersebut mungkin berasal dari sebuah kampung di Temerloh. Beliau pernah aktif dalam Pemuda Umno beberapa ketika dulu,” kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Siasatan juga membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

3 comments:

Anonymous said...

BRAVO ZULU....

Itu baru ikan kembung.Ikan JERUNG DAN
PAUS bila lu orang nak 'SIANG'.

Anonymous said...

SOKONG...HANTAM SEMUA LA..BANYAK YG BERKELIARAN LAGI TU....

Anonymous said...

BRAVO ZULU/WELL DONE SPRM.... LAMA TAK DENGOR ISTILAH BZ TU . TPI JGN LAH ENDING KES NI TAK CUKUP BUKTI MCM KES PEWAJA.. KALAU MCM TU BPR KE SPRM KE DULU KINI DAN SELAMANYA TAKOK TU LAH KEWIBAWAAN NYA.....