Monday, June 27, 2011

TERBONGKAR : UMNO upah anak saya RM 50 untuk berdemo



Ingat lagi laporan Malaysiakini yang mengatakan kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ketika Datuk ‘T’ dihadapkan ke Mahkamah? Kalau dah lupa sila baca di (SINI)

Kononnya kehadiran mereka adalah itu adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Benarkah mereka benar-benar hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'?

Tidak sebenarnya.. antara mereka adalah budak-budak sekolah sebenarnya yang tidak tahu untuk apa mereka dibawa ke situ dan mereka juga mendakwa mereka dibayar RM50 seorang…


Umno upah anak saya sertai demo sokong Datuk T – bapa pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.

Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk ‘bekerja’ selama tiga jam pada hari berkenaan.

“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.

Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.

Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.

“Dari Taman Wahyu ada kira-kira 30 orang tetapi mereka dapat tahu ada dua bas semuanya. Mereka ditawar kerja itu oleh penduduk tempatan dikenali sebagai Isa – orang suruhan pemimpin Umno bahagian bergelar Datuk.

“Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.

Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

sebab itu pemimpin umno suka anak-anak kita jadi ketahuan hala jadi senang depa nak jadikan alat kepentingan umno.